CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tak Adil! Atlet Para Yang Menang Medal Sahaja Disambut Melalui Pintu Depan Di KLIA

16-10-2018 12:54 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 3545| Komen: 9|Original author: Oleh: Whitney

Kredit foto: Utusan Online
Kejohanan Sukan Para Asia Jakarta 2018 yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Indonesia baru sahaja melabuhkan tirai. Menariknya, sekali lagi atlet paralimpik negara mengukir kejayaan dengan membawa pulang 17 pingat emas dan ia merupakan pencapaian terbaik negara dalam sejarah sukan para Asia. 

Jika suatu ketika dahulu, sukan paralimpik negara ini dipandang sepi kerana kurang mendapat perhatian tetapi ia telah membuka mata ramai pihak apabila kejayaan demi kejayaan dirangkul oleh atlet-atlet sukan paralimpik seperti Ziyad Zolkefli, Mohamad Ridzuan Puzi, Latiff Romly dan ramai lagi dalam setiap  kejohanan yang disertai. Kejayaan mereka diraikan dengan begitu meriah kerana berjaya mengharumkan nama negara. 


Seorang pengguna twitter telah memuat naik status tidak berpuas hati dan kecewa dengan layanan yang tidak adil diberikan kepada atlet paralimpik negara yang baru pulang dari Kejohanan Sukan Para Asia Jakarta 2018 baru-baru ini. Ini kerana para atlet yang menang medal dibenarkan melalui jalan hadapan sebaik tiba di LapanganTerbang Kuala Lumpur (KLIA) manakala yang kurang bernasib baik melalui jalan lain. Para atlet yang menang disambut meriah dengan kehadiran beberapa orang menteri bagi meraikan kejayaan mereka.  

Syed Saddiq beri respon
Hal ini mendapat respon daripada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang turut perasan dengan situasi tersebut. Beliau bagaimana pun telah berjumpa dengan para atlet yang tidak memenangi medal dan tetap berasa bangga dengan usaha mereka dalam kejohanan sukan tersebut.

Tak patut pilih kasih
Ada netizen yang juga perasan dengan sambutan dan layanan yang tidak adil terhadap para atlet paralimpik negara. Ada yang turut melahirkan rasa kesal dan ada yang cuba untuk bersangka baik. 

Siapa yang bagi arahan?
Netizen juga mempersoalkan bagaimana keadaan sebegitu boleh berlaku dan siapakah yang bertanggung jawab memberi arahan supaya atlet yang memenangi medal sahaja dibenarkan melalui jalan hadapan yang mana disambut oleh menteri-menteri, ahli keluarga dan orang ramai. 

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada semua atlet paralimpik yang sentiasa berusaha untuk mencipta pencapaian terbaik sekaligus mengharumkan nama negara. - CARI 

28

Bagus
25

Marah
21

Terkejut
41

Sedih
37

Lawak
33

Bosan

Friends Rank (185 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meteorspeed 16-10-2018 01:07 PM
menteri gak ker salah so..sapa yg bagi arahan suh ikut pintu belakang tue yg patut dipersalahkan
Quote dewi 16-10-2018 01:15 PM
little hitler everywhere perasan bagus . suka2 kasi arahan
Quote meklalala 16-10-2018 01:19 PM
macam la rules dia..huhu tapi bagi je lah keluar pintu sama kan..

dulu masa mek duty on sea games macam tu lah..mek LO team malaysia..kalau bawak balik atlet yg dapat pingat emas dijemput bagai nak rak kat lobi hotel..kalau bukan emas takde sambutan okey..
Quote CiliPadiSedap 16-10-2018 01:21 PM
double standard nya.
Quote buragazz 16-10-2018 02:49 PM
Aku baru tau yang dua pupu aku ada dalam kontinjen Para ni siap menang perak lagi acara Men's Shot Put.. acara apa tu ekk.. Mohamad Aliff..
Quote serawadurian 16-10-2018 03:40 PM
Double standed laaaaa
Quote Artemesiaa 16-10-2018 05:24 PM
Siannya yang bagus disanjung yang kalah diabai harap ianya tak lunturkan semangat mereka untuk berjaya juga
Quote Jorja 16-10-2018 05:42 PM
Bukan dah lama mcm ni kah
Quote giyomi 16-10-2018 06:40 PM
Bullshit alasan salah faham dikalangan pegawai, klu dah terbukti, then please sack these pegawai who worth nothing. again please. kita tak perlu pegawai buta hati yg kerja sambil lewa.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.148873 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top