Seorang wanita maut dalam satu kejadian langgar lari di hadapan Shaftbury, Putrajaya. Mangsa yang juga seorang kakitangan Telekom Malaysia Bhd. (TM) Unifi dilanggar dan diseret oleh sebuah kenderaan ketika sedang melintas jalan.
Utusan Online melaporkan, mangsa Wan Amirah Wan Alias, 31, dilanggar oleh kereta yang dipandu 'gila' oleh seorang lelaki yang dipercayai warga asing. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian yang tular di media sosial menyaksikan mangsa bnerjalan menuju ke kereta pada pukul 7.45 malam selepas selesai membeli teh ais di kedai berdekatan.
Kereta tersebut dipandu laju sebelum merempuh sebuah lagi kereta di bahagian kiri jalan. Mangsa yang berlari untuk menyelamatkan diri tidak bernasib baik kerana pemandu tersebut membelok ke kanan jalan dan merempuhnya. Mangsa diseret beberapa meter sebelum jatuh ke bawah kenderaan tersebut. Dia dilaporkan koma dan menerima rawatan di Hospital putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia jam 2.13 pagi. Maklumat dari media sosial menyatakan, kereta yang melanggar adalah dari jenis Hyundai putih dengan nombor pendaftaran 7999. Jenazah mangsa dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur selepas solat Asar hari ini. -CARI
|
5
Bagus |
7
Marah |
6
Terkejut |
14
Sedih |
5
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT