CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hotel Tak Wujud, Ibu Bapa Xavier Tersadai Di Korea

19-10-2018 01:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10798| Komen: 110|Original author: Oleh: Myra Rozi

Niat untuk menggembirakan ibu bapa dengan menghadiahkan pakej percutian ke Korea bertukar tragedi apabila ditipu selepas hotel yang ditempah sebenarnya langsung tidak wujud.

Harian Metro melaporkan, lelaki yang dikenali sebagai Xavier, 26, kerugian hampir RM5000 selepas menempah hotel tersebut melalui laman web tempahan dalam talian popular di negara ini.

Menrutnya lagi, tempahan hotel dibuat Ogos lalu untuk empat orang, iaitu ibu, bapa dan saudaranya.

Foto: Harian Metro
“Sebelum ini berpuluh-puluh kali saya menggunakan laman web itu untuk membuat tempahan hotel termasuk bercuti di dalam negara kerana mudah dan menjimatkan. Pemilik hotel memberikan tawaran potongan harga.

“Pada peringkat awal membuat tempahan hotel, tiada masalah namun seminggu selepas itu ada individu menghubungi saya menggunakan nombor telefon Korea Selatan supaya membuat pembayaran terlebih dahulu berjumlah RM5,000."


Pada mulanya Xavier langsung tidak mengesyaki individu tersebut.


“Ibu bapa saya masing-masing berusia 49 dan 50 tahun gembira dan terharu kerana akhirnya berpeluang menjejakkan kaki ke Korea Selatan kerana itu antara impian mereka sebelum ini.

“Namun lain pula jadinya apabila mereka tiba di Korea Selatan, 11 Oktober lalu apabila mendapati hotel yang saya tempah sebenarnya tidak wujud menyebabkan mereka terpaksa tunggu di lapangan terbang lima jam.

“Mujur di lapangan terbang itu ada sambungan Wifi lalu ibu terus menghubungi saya bagi memaklumkan perkara terbabit menyebabkan saya panik dan bimbang jika berlaku perkara tidak diingini kepada mereka.

“Saya cuba hubungi nombor telefon yang diberikan individu itu namun gagal selain semakan di laman carian mendapati hotel itu sebenarnya tidak wujud."

Disebabkan itu ibu bapanya terpaksa mengeluarkan RM5000 untuk penginapan sembilan hari 8 malam di hotel lain.

“Saya ada buat aduan di laman web tempahan dalam talian itu namun hingga kini mereka tidak memberikan maklum balas mengenai perkara terbabit.

“Pada masa sama, saya juga buat laporan di Balai Polis Keningau, Sabah dan berharap tiada lagi individu lain ditipu seterusnya memusnahkan impian mereka untuk bercuti." -CARI
5

Bagus
21

Marah
18

Terkejut
10

Sedih
15

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote samasam90 19-10-2018 09:12 AM
choi, taklah tersadai mana pun.. saman jah laman web tu dekk
Quote rifaa 19-10-2018 09:12 AM
apa laman web tu? bnb ke?
kena bagitau la, so org len x tertipu gak
Quote bottombikini 19-10-2018 09:15 AM
ingatkan tersadai kena tahan kat imi lagi cam kes bebudak yg viral tu
aparaaa
Quote ell768 19-10-2018 09:17 AM
hoh sama mcm kes aku duk booking hotel utk LIMA taun depan laa ni..lam website dh proceed byr setel seme..bila cek hotel drg ckp drg x open rate tu..so drg mmg x akan except booking yg dh dibuat tru website tu..sebab website tu letak rate murah dr yg sepatut nya..so kesimpulan lepas book online kene cek balik kt hotel tu..
Quote jetrofa 19-10-2018 09:18 AM
entah2 hotel tu kat korea utara..
Quote fushimi 19-10-2018 09:21 AM
ell768 replied at 19-10-2018 09:17 AM
hoh sama mcm kes aku duk booking hotel utk LIMA taun depan laa ni..lam website dh proceed byr setel  ...

website apa tu sis

jangan segan segan nak war war kan seantero dunia

benda baik kena share

jangan lupa nama hotel sekali
Quote fushimi 19-10-2018 09:24 AM
takkan masa ko tempah tak baca review dari guest yang lepas lepas

pastu kena bayar dalam yuan pulak



Quote wadiunong 19-10-2018 09:35 AM

kecuaian lelaki ni jugak. kata dah banyak kali tempah hotel guna website tu. tak kan la tak pernah baca policy & guideline tempahan especially terms of payment. mana pernah hotel/ airbnb call suruh bank in? takkan itu pon tak terpikir. lain la ambik pakej holiday dari mana2 agent. ha itu banyak kes tipu.

patut call/email dulu pihak hotel tu konfemkan betul ke tak kena bayar amount tu. ni mesti kerja staff hotel tu.
Quote gujiwa 19-10-2018 09:47 AM
kesilapan besar dia direct transfer..

ruginya..
Quote tanakkampung1x 19-10-2018 09:51 AM
Website apa agaknya?

Agoda? Airbnb?Bookings?
Quote prettyuglybabe 19-10-2018 09:54 AM
booking.com ke?
i selalu compare, antara booking.com dengan agoda, agoda murah lagi..
and so far guna agoda, memang tak ada masalah..
payment pun ke agoda bukan direct ke hotel..
Quote chicozinn 19-10-2018 09:57 AM
jetrofa replied at 19-10-2018 09:18 AM
entah2 hotel tu kat korea utara..

mati lanak tersadai kat korea utara..
Quote jetrofa 19-10-2018 10:03 AM
haha.. cipta sejarah gitu.. first malaysian tourists ke north korea...ker dah ada yg sampai dulu as tourist
Quote aHoi83 19-10-2018 10:13 AM
Bertahun guna agoda n airbnb tk penah ada masalah lg.
Quote mieymiey 19-10-2018 10:13 AM
Nasib mak ayah ada duit.
Quote nini_azmi 19-10-2018 10:19 AM
prettyuglybabe replied at 19-10-2018 09:54 AM
booking.com ke?
i selalu compare, antara booking.com dengan agoda, agoda murah lagi..
and so far g ...

Ye sis.aku pun sama mcm ko.aku sll compare booking.com n agoda. Agoda lg murah tp ada sesetgh apartmnt hanya ada dlm booking.com shj
Quote ira_229 19-10-2018 10:28 AM
Edited by ira_229 at 19-10-2018 10:34 AM
tanakkampung1x replied at 19-10-2018 09:51 AM
Website apa agaknya?

Agoda? Airbnb?Bookings?


Baca kat fb katanya lelaki ini tempah apartment melalui booking.com.. lepas tempahan  diterima..dia telah menerima email dari owner apt tu menyuruh bankin byran sewa penuh utk secure booking.. jika tidak aprtmnt akan diberi ke penyewa lain. dgn tak berfikir panjang lelaki ni terus membuat bayaran penuh melalui online.
Quote ira_229 19-10-2018 10:31 AM
aHoi83 replied at 19-10-2018 10:13 AM
Bertahun guna agoda n airbnb tk penah ada masalah lg.

Cuba baca kat benang pelancung ada je yg kena pakai booking.com..semua da confirm termasuk bayaran bila sampai hotel dah tak ada..owner bangkrap tapi booking.com masih offer hotel tersebut..kejadian di istanbul..
Quote tanakkampung1x 19-10-2018 10:32 AM
ira_229 replied at 19-10-2018 10:28 AM
Baca kat fb katanya lelaki ini tempah apartment melalui booking.com.. lepas tempahan  diterima..du ...

Oh .

Saya pun selalu booking melalui booking.com juga tapi tak pernah kena suruh direct transfer. At least now kena berhati2 lah sebab dah ada kes penipuan mcm ni

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.071132 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top