CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Idol Band Korea Dakwa Didera Oleh Produser Mereka Sendiri

7-11-2018 10:54 AM| Diterbitkan: sandyandy| Dilihat: 6069| Komen: 14|Original author: Oleh: sandyandy



Dunia KPOP kecoh dengan pertelagahan antara Band Idol Korea, iaitu The East Light dan Media Line Entertainment, syarikat pengurusan mereka. The East Light debut pada tahun 2016 dan lebih dikenali sejak salah seorang ahli iaitu Lee Woojin menyertai Mnet "Produce 101 season 2".


Menurut laporan XportNews pada 18 Oktober 2018 (sumber Soompi), ahli band yang terdiri daripada 6 remaja lelaki ini mendakwa dimaki hamun dan menerima penderaan fizikal oleh CEO Kim Chang Hwan  dan Produser mereka, Yoon Yeong Il PD sejak 2015 hingga kini, sebelum debut lagi!


19 Oktober 2018, ketua kumpulan The East Light, Lee Seok Chul dalam satu sidang media mengesahkan dakwaan Xportnews dan memberikan butir-butir penderaan yang mereka hadapi. Antaranya, mereka kerap dipukul dengan kayu besbol dan mikrofon. Dia juga mendakwa lehernya dijerut dengan tali gitar setiap kali membuat kesilapan dalam persembahan. 


Selain itu, adiknya,Lee Seung Hyun yang juga merupakan bassist The East Light dikurung dan menjadi mangsa kekejaman PD berkenaan apabila dia tanpa perikemanusiaan mencekik, menyepak dan memukul mangsa. Malah, remaja lelaki itu turut dipaksa merokok walaupun dia masih lagi di bawah umur. CEO mereka yang sepatutnya menjaga kebajikan mereka, malah menyokong tindakan PD itu dan hanya berkata 'Do it easily'.


Foto: Soompi


Mungkin ada yang terfikir kenapa mereka tidak menentang perlakuan kejam persis binatang ini dari awal, namun mereka memikirkan masa depan sebagai pemuzik dan khuatir tidak dapat berdiri di atas pentas lagi. Namun, pada 4 Oktober, Seunghyun akhirnya isytihar pemberontakan terhadap produser tersebut, dan akibatnya dia disuruh keluar dari band The East Light oleh CEO mereka. 


Kesan dari penderaan ini, dia menerima rawatan psikiatri dan ambil keputusan untuk meninggalkan posisinya sebagai bassist The East Light bersama abangnya. Semoga kebenaran memihak kepada mereka. - CARI 

sumber :twitter Korean Updates

12

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aleesyasofia 7-11-2018 11:26 AM
tak ada yg pelik pon.. sbb idol mmg byk jer yg kena dera mental fizikal.. tue sbb byk yg bunuh diri..
Quote umbut 7-11-2018 11:51 AM
Kpop nampak heaven.. tapi hakikat diorang seksa utk kekal popular...  


Quote nisako 7-11-2018 12:24 PM
well mmg pun ade yg kena………..
Quote borrow 7-11-2018 01:45 PM
Yg kena sexual abused pun ada , bwh umur plak tu.

Quote whadda 7-11-2018 03:07 PM
kesiann.. melampaunye cara deraan dia.. btw gambar kedua tu budak2 kpop ke.. kerap nampak muka2 camtu kat jinjang
Quote clara_nur 7-11-2018 03:09 PM

benda ni dr zaman 90an lagi..
tak caya tanya Kim Jongkook..
sbb asal ada group kena abuse ni, mesti nama dia naik skali..
sbb dia sendiri lalui zaman gelap dan kena abuse dgn produser..

Quote helicornia 7-11-2018 04:09 PM
kenapa la nak dera2 orang nih..haish tak paham aku
Quote nadie90 7-11-2018 08:57 PM
Sisi gelap dlm nk jd artis kt Korea....company plk yg mmg xfamous lgsg...tp tula msih rmai yg xputus asa nk jd artis....klu yg ad bkt buat lgu, xbrgntg dgn agensi...bleh survive sndiri...
Quote dani-rox 7-11-2018 09:33 PM
band ni kot yg ai baca kat blind gossip bulan lepas... psl salah seorg ahli kumpulannya hospitalized, bukan saja dipukul malah dirogol oleh ceo/produser.
Quote nishikido 10-11-2018 02:44 PM
Kumpulan sistar pernah buat statement dekat junior2,idol perempuan terutamanya kalau tiada urusan jangan keluar rumah lagi2 tanpa ditemani..selain pd or manager membuli dorang juga dibuli oleh sunbae(senior) dan knowing culture korea seniority always win dorang terpaksa patuh arahan sunbae.dan idol perempuan biasanya disuruh bagi extra service and leeteuk suju pernah mengiyakan statement ni.. adik2 junior ni dijadikan pemuas nafsu senior2.mana tak mereng idol2 kat sana.nak survive dah la susah
Quote sandyandy 4-12-2018 05:01 PM
nishikido replied at 10-11-2018 02:44 PM
Kumpulan sistar pernah buat statement dekat junior2,idol perempuan terutamanya kalau tiada urusan ja ...

Kesian sangat kat diorang.dalam duk seronok perform on stage, kena hadap kecaman anti la,kena hadap perangai buruk org atasan la. Memang mental kena kuat
Quote xmynnx 13-12-2018 10:00 AM
nishikido replied at 10-11-2018 02:44 PM
Kumpulan sistar pernah buat statement dekat junior2,idol perempuan terutamanya kalau tiada urusan ja ...

kat mana nak baca/tengok statement sistar dgn leeteuk ni?
i wonder big company mcm sm, yg, jyp pun sama ke?
tapi memang teruk kan budaya seniority kat korea?
adakah lepas dorang debut pun dorang kena dera jugak mcmni?

ada yg iols baca sisi hitam dunia kpop ni sampai artis2 baru (singer or actor) "dibela" sugar mummy/daddy.
i wonder artis fav i pun kena mcmni ke eh
Quote nishikido 13-12-2018 02:41 PM
xmynnx replied at 13-12-2018 10:00 AM
kat mana nak baca/tengok statement sistar dgn leeteuk ni?
i wonder big company mcm sm, yg, jyp pu ...

Tak ingat la rancangan apa..tapi hyolyn sistar ada cakap,jangan keluar tanpa ditemani sesiapa or tanpa urusan penting..she cakap pon cover2 and sambil gelak..u know, issue ni sensitive kan.pastu leeteuk cakap idol lelaki pon sama..kalau lelaki bukan pasal seksual tapi dibuli or something..kalau dipanggil tapi xdatang dorang kena pukul or job xbanyak sebab diboikot sebab mulut senior ni lah..scary
Quote hrhliana 14-12-2018 05:08 AM
budaye kesenioritian die mmg trok...tp kebayakan yg survive dlm industri jenis yg kuat2 gak bertahan..yg lemah berkubur la sambung blajo jer..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.078984 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top