CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sumbat Pil Dalam Kemaluan Untuk Gugur Kandungan Kerana Kecewa Putus Tunang

22-10-2018 01:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9315| Komen: 99

Kecewa bekas tunang enggan bertanggungjawab, seorang wanita bertindak menggugurkan kandungannya berusia 20 minggu.

Berita Harian melaporkan, kejadian berlaku di Kuala Nerus, kira-kira jam 1 pagi pada Jumaat lalu. Dalam kejadian, wanita berkenaan membeli 10 biji kapsul ubat gugur yang dijual menerusi Facebook bernilai RM600.


Difahamkan, suspek berusia 22 tahun itu menelan dua biji pil berkenaan, manakala selebihnya dimasukkan ke dalam kemaluan selain turut minum air berkarbonat.


Gambar Hiasan

Menurut laporan, suspek dikatakan putus tunang pada Jun lalu dan dipercayai tertekan apabila bekas tunangnya tidak mahu bertanggungjawab.


Ketika kejadian, suspek bersendirian di rumah sewanya apabila dia mengalami sakit perut selepas satu jam mengambil ubat berkenaan, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman.

Difahamkan, suspek kemudian melahirkan bayi lelaki cukup sifat seberat 304 gram, namun sudah tidak bernyawa kira-kira jam 11 malam hari sama.

“Suspek kemudian mengambil keputusan ke klinik swasta berhampiran bersama mayat bayinya yang sudah dibersihkan dan dibalut dengan tuala kira-kira jam 12 tengah hari untuk memaklumkan mengenai keguguran itu sebelum pekerja di klinik berkenaan memberikan nombor telefon individu untuk dihubungi bagi urusan pengebumian.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit meminta suspek membuat laporan polis terlebih dahulu sekiranya mahu menyempurnakan urusan pengebumian menyebabkan suspek ke Balai Polis Gong Badak bagi melaporkan kejadian itu.

“Suspek turut membawa mayat bayinya yang diletakkan di dalam bakul motosikalnya,” katanya.


Gambar Hiasan

Tambah Suffian, suspek kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 315 Kanun Keseksaan kerana perbuatan dilakukan dengan niat hendak mengelakkan anak daripada dilahirkan hidup atau hendak menyebabkan ia mati selepas dilahirkan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - CARI
38

Bagus
41

Marah
39

Terkejut
28

Sedih
35

Lawak
45

Bosan

Friends Rank (226 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote owenkatz 22-10-2018 01:27 PM
kelu.



                                         
Quote lazim 22-10-2018 01:32 PM
Alah sian dia.. abby abadi kan ado.. dia du pesan babby2 bg dia .. dia blh uruskn  cr fmily angkt.
Quote Decaffeinated 22-10-2018 01:33 PM
Kalau pakai kondom x perlu pergi sejauh itu... now berapa kredit ko dah kutip dekkk...
Quote minguk 22-10-2018 01:34 PM
tu la akibat percaya dengan jate taguna!
Quote dewi 22-10-2018 01:35 PM
Decaffeinated replied at 22-10-2018 01:33 PM
Kalau pakai kondom x perlu pergi sejauh itu... now berapa kredit ko dah kutip dekkk...

kredit kasi separuh la kat si jantan.. pompuan saja tak de nak leh jadi kan
Quote VirginLady 22-10-2018 01:50 PM
betul2 naif budak ni

lapan bijik dia hadap, pastu p klinik siap p balai...

geleng paler
Quote prettyuglybabe 22-10-2018 01:55 PM
tak guna punya jantan..
semoga mandul selama-lamanya..
Quote senahitam 22-10-2018 01:56 PM
secara x langsung berita ni mengajar orang mcm mana nak bunuh baby dalam kandungan. budak ni dah buat dan berjaya....huhuhuhuhu.

harap xde la orang lain mengikut lepas ni. dah la iklan pil gugur ni bersepah orang jual.

xkan la xde sekelumit pun rasa sayang kat baby dalam perut tu.....20 minggu dah rasa tendang2 kot.

Quote orgsepang 22-10-2018 01:57 PM
Tak tau nak kata apa lagi. Kenapalah tak biarkan saja anak tu lahir
Quote sharlenetexas 22-10-2018 01:58 PM
senahitam replied at 22-10-2018 01:56 PM
secara x langsung berita ni mengajar orang mcm mana nak bunuh baby dalam kandungan. budak ni dah bua ...

Berjaya gugur tapi naaib baik tak mati.
Quote JohnnySins 22-10-2018 01:59 PM
amalkan SEKS SELAMAT...wakakakakkakakakka
Quote haryatie 22-10-2018 02:11 PM
kesiann
jantan x guna tu elok mampus mereput..
mcam sial jerk perangai..
Quote putericahaya999 22-10-2018 02:11 PM
dna baby tu jgn lupa ambik
Quote shernazz 22-10-2018 02:16 PM
Harap dia nyesal lah dgn kesalahan dia neh.
Jangan pasni ko menyundal..
Bina hidup baru dek...
Quote sukacactus 22-10-2018 02:17 PM
Susah & payah ko hadap sorang2
Yg sama bersedap sedapan elok2 je nnt kahwin cari ank dara..huh!
Quote shernazz 22-10-2018 02:17 PM
lazim replied at 22-10-2018 01:32 PM
Alah sian dia.. abby abadi kan ado.. dia du pesan babby2 bg dia .. dia blh uruskn  cr fmily angkt.

Msalahnya dia follow ke idok abby abadi neh?
Hahahaha
Quote white_musk 22-10-2018 02:21 PM
Jahat sungguh lelaki melayu.  Mungkinkah Tuhan Awlloh yang mengajarin orang melayu supaya berkelakuan jahat sokmo?
Quote Nonones 22-10-2018 02:22 PM
20 minggu??? dah boleh rasa baby tu menendang dah sikit2. dah besar baby baru nak gugur kau dah kenapa dek? jaga je la terus, sakit dapat dosa dapat masuk penjara pun kau dapat
Quote ckenj 22-10-2018 02:22 PM
kesian kat baby...why dpt mak cmtu..

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.161452 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top