CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dah Bertahun Nyanyi, Apa Lagi Tak Puas Hati?"- Siti Nordiana Mula Hilang Sabar

25-10-2018 02:58 PM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 17013| Komen: 107|Original author: Oleh: Amirah

Siti Nordiana sudah hilang kesabarannya apabila netizen begitu sibuk mencari kesilapan dirinya. 

Dia terpaksa melepaskan rasa marah untuk mempertahankan dirinya yang sering menjadi mangsa kecaman netizen.


Ada sebilangan netizen yang cuba mahu menjatuhkannya sejak dirinya bergelar juara Gegar Vaganza untuk musim kedua.

Foto: IG Nana
"Saya bukan jenis yang suka meluahkan perasaan atau berkongsi masalah di laman sosial. Tetapi, apabila mendiamkan diri, semakin banyak komen diterima hingga pada satu tahap ia menjatuhkan semangat saya.

"Sudah bertahun saya menyanyi, tetapi mereka masih tidak berpuas hati.


"Tetapi, entah kenapa mereka sengaja mencari kesalahan hingga saya bertindak membalas dua komen netizen dengan bertanya apa masalah sebenar mereka," katanya pada Berita Harian Online.


Netizen yang tidak tahu berbudi bahasa itu semakin hari semakin melampau mengkritik tanpa usul periksa.

Nana sebenarnya malas mahu mengambil tahu tentang kritikan yang tidak membina dirinya untuk lebih berjaya.

Keadaan menjadi buruk apabila dia ditugaskan untuk berduet dengan Billy Zulkarnain ketika membuat persembahan di Gegar Vaganza baru-baru ini. Mereka mengatakan persembahan Nana tersebut hambar.


Nana pula telah dipilih untuk menjadi mentor bagi program Mentor 7 tidak lama lagi dan pemilihan itu juga turut dipertikaikan.

Nana harus tabah melayan kerenah netizen yang memang gemar cari silap manusia. Sukar untuk mengubah persepsi netizen sebegini. Buat sahaja perkara terbaik. - CARI
17

Bagus
29

Marah
18

Terkejut
22

Sedih
19

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (127 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 25-10-2018 03:19 PM
Biasalah tu acik nana oi, kadang netizen main hentam komen je. Tabahlah nak. Atau ni semacam promo untuk mentor?
Quote armin 25-10-2018 03:21 PM
Sedangkan artis hollywood pun kena hadap perangai pprt netizen. Inikan siti nordiana
Quote annadonna 25-10-2018 03:24 PM
relakslah nana sendayan. Tokti tu apa orang tak panggil dia. Dahi penyek, perampas laki orang, bela jin dengan telur di jamban, dia relax aje. Ko nak jadi bintang kan, hadap ajelah. Kalo tak nak pi balik jadi kaunselor kat kolej sana.
Quote beautifulliar 25-10-2018 03:31 PM
Apehal hashtag #suarapenambahzuriat tu?
Quote greantea 25-10-2018 03:31 PM
saja jek tu bt2 marah. kan nak jadi mentor. barulah nama up. iols ok jek dgr dia nyanyi
Quote laksmanabentan 25-10-2018 03:32 PM
promo mentor 7 ni....
tup2 lepas tu protege si nana lepas ke semi final ker..
makin ramai yg keji, makin ramai ler nak tgk mentor 7 tu...
Quote BoongaKertas 25-10-2018 04:02 PM
beautifulliar replied at 25-10-2018 03:31 PM
Apehal hashtag #suarapenambahzuriat tu?

meols pun perasan! omg, motip hashtag tu?
Quote scrocth 25-10-2018 04:06 PM
Peminat pun dh lama bersabar tgu acik nana improved. Sejak persembahan hambar bsama ziana zain di abpbh 2-3 tahun lepas lagi dgn seribu satu alasan. Sampai satu tahap peminat pun dh fedap acik nana oii.
Quote lolita737 25-10-2018 04:12 PM
mmg nampak dia kadang2 menyanyi agak hambar..

xmcm mula2 keluar GV dulu.
Quote damian_lee 25-10-2018 04:19 PM
Jadi retis ni senang
Boo layan jer comment2
Kalau baca comment satu2 nampak sangat kesunyian and batak like and pujian ....

Kalau layan
Mmang mental
Quote AppropriateNick 25-10-2018 04:26 PM
Mary_jane replied at 25-10-2018 03:19 PM
Biasalah tu acik nana oi, kadang netizen main hentam komen je. Tabahlah nak. Atau ni semacam promo u ...

sememangnya betul pun. aku dah lama perhatikan nana ni rakan duet yg paling jahanamkan rakan duet die!...serius

sejak af megastars apa lagi GV sebelum2 ni pun...tlg sedar diri la sendayan kampung
Quote AppropriateNick 25-10-2018 04:27 PM
scrocth replied at 25-10-2018 04:06 PM
Peminat pun dh lama bersabar tgu acik nana improved. Sejak persembahan hambar bsama ziana zain di ab ...

tau xpe..mmg sejenis takde usaha nak improve kan
Quote AppropriateNick 25-10-2018 04:28 PM
lolita737 replied at 25-10-2018 04:12 PM
mmg nampak dia kadang2 menyanyi agak hambar..

xmcm mula2 keluar GV dulu.

aha...now you know kan kenapa die mmg tak pernah nak up? sebab sejenis attitude dan negative aura gitu..meskipun TV gigih upkan
Quote afidahoney27 25-10-2018 04:29 PM
Ignore jah sis...bila org pertikai, buktikan komen tu semua salah, all the best
Quote refleCtion 25-10-2018 04:29 PM
In some situations, she syg layak dicerca yachh for under the par vocak performance....nana jgnla downgrade your ability setarap wany hasrita
Quote Mary_jane 25-10-2018 04:31 PM
beautifulliar replied at 25-10-2018 03:31 PM
Apehal hashtag #suarapenambahzuriat tu?

Bzbodies nyer # kot. Mencari kelainan gamaknya.
Quote Mary_jane 25-10-2018 04:35 PM
AppropriateNick replied at 25-10-2018 04:26 PM
sememangnya betul pun. aku dah lama perhatikan nana ni rakan duet yg paling jahanamkan rakan duet  ...

Dia cuba gak mengupgrade kan diri but still. I neutral je dengan acik nana lagipun dia ada fans yang ramai. Bab duet tu memang yes kelaut. Macam dia tak konfiden berduet, kalau solo okay plak. Mungkin enjin lambat panas untuk mencipta chemistry. Gitew.
Quote asmara_me 25-10-2018 04:39 PM
memang hambarkan duet ngan billy, so?
Quote pumpkinpatch 25-10-2018 04:44 PM
aku tak pernah minat ngan dia ni. Boring doh!   Dia jenis play safe. Nak nyanyi just to live her daily life. Bagi aku lah.

Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.059308 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top