CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Kerana Mulut Jahat Netizen, Elyana Nyahaktif Instagram

29-10-2018 02:18 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 16878| Komen: 154|Original author: Oleh: Azza





Dek tulisan yang tidak bertanggungjawab, penyanyi dan pelakon, Elyana akhirnya menyahaktif akaun instagramnya. Tulisan yang mengandungi kata-kata kesat itu menuduh diri Elyana yang tidak menutup aurat itu sebenarnya punca sakit kansernya makin melarat. Malahan Elyana juga dituduh menaikkan nafsu syahwat lelaki dan juga tiada rasa malu ketika memuat naik gambar yang tidak bertudung.

Sebelum menyahaktif, Elyana juga sempat membalas komen jahat tersebut bahawa dia tidak akan memaafkan insan yang mengeluarkan kata-kata 'nasihat' tersebut.

Kredit foto: Twitter


Kredit foto: Carian Internet

Di IG Story juga Elyana menulis yang dia sebenarnya sudah bersedia untuk membuat rawatan, namun dengan 'nasihat' dan komen netizen yang langsung tidak membina, dia sudah berputus asa. Apatah lagi terlalu ramai yang mengaitkan dengan perkataan mati semata-mata.

Kredit foto: Twitter

"Orang begini bukan nak menegur, tapi nak membunuh semangat pesakit!"

Dengan tiada lagi akaun Instagram, kita tidak dapat lagi melihat perkembangan terbaru Elyana.

Oleh sebab itu, Alan menerusi laman Twitter menyeru netizen supaya membuat aduan terhadap akaun pembuli siber ini yang mempunyai profile baik-baik tetapi komen jahat pada mereka yang sakit seperti Elyana. Malahan menerusi pencarian di Internet, pembuli ini sentiasa menulis kata-kata baik di laman Facebooknya.

Hal ini membuatkan netizen berasa orang yang memberi komen baik-baik ini lah sebenarnya sangat jahat kerana bertopengkan kebaikan.



Kredit foto: Carian Internet
Malahan rakan artis yang juga merahsiakan sakitnya turut menasihatkan netizen supaya netizen berhati-hati sebelum memberi komen terhadap sesiapa jua kerana ia boleh membuatkan orang tersinggung.

Bagaimanapun, ada sahaja yang bersetuju bahawa teguran adalah perlu kerana ia mengurangkan gambar tidak senonoh untuk ditonton.

Kredit foto: Carian Internet

Semoga Elyana bangkit kembali dan meneruskan rawatan supaya lebih sihat. - CARI
10

Bagus
9

Marah
11

Terkejut
7

Sedih
7

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lazim 29-10-2018 02:27 PM
xblh tgk elyana dh. setajah dengan lobai ni imaginasi tggi sgt tengok rambut pon naik syahwat
Quote wordlife 29-10-2018 02:29 PM
lambat reporter cari ni cedok dari twitter kali ni? dh masuk hari ke 3 kalau tak silap
Quote Lavender_Violet 29-10-2018 02:31 PM
Elyana tak cool.
Dah knp nak merempan?
Org bg nasihat kot...
Lain kali jgn post public minta simpati kalau tak boleh tahan mulut netizen
Mengada sangat lah sbb komen2 netizen smp nak stop treatment
Yg menanggung ko bukan netizen
Fikir diri & family sudah lah
Baru kena tegur mcm tu smp nak stop treatment segala
Apa2 pun semoga Elyana cepat sembuh
Nak sembuh kena consistent dgn treatment
Quote virgo19 29-10-2018 02:35 PM
betul la orang tu cakap, cuma kenyataan tu memang menyakitkan. harap elyana dapat teruskan rawatan utk sembuh demi anak dan keluarga, bukan sebab netizen. di samping tu banyakkanlah beribadah, sebab kita tak tahu bila2 masa kita akan dijemput. memanglah tak payah tunggu sakit pun boleh mati, tapi bila dah sakit ianya seakan2 pasti.
Quote aikee04 29-10-2018 02:35 PM
Moga elyana tabah....
Quote Themilo 29-10-2018 02:36 PM
kalau meols, patutnya deactivate ja acc IG ni for temporary.. buat stress jaa baca hencapan netizen nurraka semua nih..
Quote munchkin 29-10-2018 02:40 PM
Orang yg kecam dia ni menyibuk je.

Tapi ko pun elyana reply uiihhh "aku tak maafkan siapa kutuk or tegur tu". Dasyat.
Quote munchkin 29-10-2018 02:41 PM
Lavender_Violet: Elyana tak cool.Dah knp nak merempan?Org bg nasihat kot...Lain kali jgn post public minta simpati kalau tak boleh tahan mulut netizenMengada sangat la ...


Ntahnya. Bodoh sangat. Tak pikir ke treatment segala tu utk anak suami keluarga dan kawan yg sayang dia.

Dia hadap sangat dengan viewers ig tu. Sampai hala tuju hidup kesihatan berpaksikan pada komen2 tolol dalam ig tu
Quote lazim 29-10-2018 02:43 PM
munchkin replied at 29-10-2018 02:40 PM
Orang yg kecam dia ni menyibuk je.

Tapi ko pun elyana reply uiihhh "aku tak maafkan siapa kutuk  ...

dia nk tnjuk dia terluka, n semoga org yg acah2 alim ni sengsara tanggung dosa sesama manusia. sebab aku rasa melampau sgt nk sebut sampai naikkan syahwat. simpan sendiri la. jgn kata elyana, aku yg baca pon stress tgk perktaan mati kat ig elyana. byk kot

Quote ahat 29-10-2018 02:45 PM
Lavender_Violet replied at 29-10-2018 02:31 PM
Elyana tak cool.
Dah knp nak merempan?
Org bg nasihat kot...

bukan sebab dia tak cool..pesakit kanser memang sensitif..saya pernah jaga arwah mak saya yang meninggal sebab kanser. salah cakap sikit pon dia boleh sentap dan anggap org tak faham dia..so elyana tak salah kalau dia cepat sentap bila netizen tegur dia dengan cara mengaibkan
Quote haryatie 29-10-2018 02:46 PM
sian dia..
nape lah nk kutuk2 dia
mcam la yg mengutuk tu akn sepjg hayat hidup dgn baik
xde dugaan, xde ujian
harap dia tabah dn kuat
Quote September14 29-10-2018 02:53 PM
Get well soon
Quote mandak20 29-10-2018 02:53 PM
Dosa memang masing2, tapi bila dah keep upload gambar, harus faham akan sentiasa ada nasihat. Memang ramai yg bersimpati, tapi bukan saja sebab sakit tapi belum terbuka mata untuk kembali ke fitrah. Rugi masa yg ada disia2kan utk berdendam dengan orang yg tak dikenali dan berfikiran negatif. Ambil segala nasihat dan kecaman untuk ubah ke arah yg lebih baik, tinggalkan memori yg baik untuk keluarga, belajar redha dan lapangkan hati dari segala dendam. Semua manusia pun tetap akan pergi menghadap Illahi suatu hari nanti.
Quote munchkin 29-10-2018 02:54 PM
lazim replied at 29-10-2018 02:43 PM
dia nk tnjuk dia terluka, n semoga org yg acah2 alim ni sengsara tanggung dosa sesama manusia. seb ...

Komen tu mmg tak patut. Tapi dia tulis dia tak maafkan sampai bila2 tu shows diri dia tu cam mana.

I pernah tengok ig live dia. Sibuk ngan viewers. Masa tengah makan. Anak dia layan diri sendiri.

Now apa dia dapat melayan ig viewers?. Dapat komen2 tolol and she wants to stop treatment.

Treatment dia buat tu utk siapa? Dari answer dia mcm utk pemenat ig viewers dia tu.

Kalau utk anak suami keluarga dah lama dia persetankan aja komen2 tolol dan teruskan treatment utk family dia. Sooo affected by komen tolol lalu nak stop treatment. Bodoh amat.
Quote Misty21 29-10-2018 02:58 PM
I doakan u kembali sihat and tabah
Mulut puaka yng mengata kena ulcer je lol
She mayb takde outlet lain untuk luahkan her sickness mayb through her ig
She kan retiss
People with cancer is so stress
They takle think right
As much orng sentap she pun bole kannn
Hope she deactivate terus
Cos stress can cause cancer cells weaken and bole make our immune weaken so cancer cell can spread faster
Quote munchkin 29-10-2018 03:12 PM
mandak20 replied at 29-10-2018 02:53 PM
Dosa memang masing2, tapi bila dah keep upload gambar, harus faham akan sentiasa ada nasihat. Memang ...

Rugi masa yg ada disia2kan utk berdendam dengan orang yg tak dikenali dan berfikiran negatif.

Satu ayat yg brilliant
Quote Rantaie 29-10-2018 03:15 PM
ek eleh dia ni pun..ko takde life ke elyanot? dah sakit nak tettttt!!! pun masih nak pikir duniawi...buat org menyampah kat ko ni tau?
Quote prettyuglybabe 29-10-2018 03:16 PM
patutnya dari awal dia dah tinggalkan segala socmed dan tumpukan pada treatment..
u fight untuk hidup demi diri sendiri atau untuk followers?
kalau still nak share the journey, off je la comment or buat blog..
biar people see tanpa comment apa-apa..
manusia ni dah tentu macam-macam jenis..
u can avoid kalau tak hadap socmed..
Quote Saussurea 29-10-2018 03:30 PM
Keep supporting.

Lihat semua komen(154)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.245982 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top