CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Nak Muntah...Takpe, Muntah Je." Netizen Terharu Abang Bomba Bagi Muntah Atas Baju

29-10-2018 02:21 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 4462| Komen: 6|Original author: Oleh: Whitney

Kerjaya sebagai ahli Bomba merupakan satu bidang yang begitu mencabar dan menguji kekuatan mental dan fizikal. Ramai yang tahu, ahli bomba berperanan dalam operasi memadam kebakaran dan menyelamatkan nyawa serta harta benda. Jadi, untuk menjadi seorang pegawai mahupun ahli bomba, perlulah berani dan sanggup menanggung beban tugas yang berisiko tinggi. 


Kredit foto: Gambar hiasan (utusan) & Efi (Abam Ambulans Official)
Walaupun ramai yang memandang ahli bomba sebagai gagah dan serius dalam menjalankan tugas tetapi mereka sangat bertimbang rasa dan memiliki hati yang cukup murni. Kadang kala, mereka turut melakukan perkara diluar tugas utama mereka demi membantu orang awam yang memerlukan pertolongan mereka.

Seorang pengguna Facebook telah memuat naik satu status yang begitu menyentuh hati. Gambar yang dimuat naik menunjukkan baju kalis api seorang anggota bomba dipenuhi dengan muntah seorang kanak-kanak yang terlibat dalam sebuah kebakaran. Ibu bapa kanak-kanak tersebut dikatakan berada dalam ambulans bagi menerima rawatan lanjut akibat kecederaan yang mereka alami. Sementara itu, anggota bomba yang dikenali dengan nama Azlan itu meriba kanak-kanak tersebut ketika berada di dalam jentera bomba bagi mententeramkan dan melindungi kanak-kanak itu. 


Masih tersenyum walaupun baju kalis api yang dipakai telah dikotori dengan muntah. 

Netizen memuji dan berasa sangat bangga 

Ramai netizen yang terharu dan bangga dengan sikap bertimbang rasa dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh anggota bomba itu. Dia sanggup mengotorkan baju kalis api yang dipakai dengan muntah kanak-kanak tersebut.  Ialah, dalam situasi yang cemas dan sedih, ia sedikit sebanyak dapat melegakan perasaan kanak-kanak tersebut yang berada dalam keadaan takut dan tidak selesa. 

Apalah sangat, hanya muntah saja!
Netizen yang sudah memahami tugas anggota bomba dan keadaan yang biasa dialami oleh mereka  telah berpendapat, apalah sangat dengan muntah kanak-kanak itu. Ini kerana, anggota bomba sudah biasa melihat dan berhadapan dengan situasi yang lebih teruk dan meloyakan selain daripada terkena muntah. 

Kenangan berharga 
Netizen turut berpendapat baju yang dipakai oleh anggota bomba itu adalah kalis api dan tentunya ia juga kalis muntah dan tidak meresap. Sebab itulah dia membiarkan kanak-kanak itu muntah sahaja di atas pakaian yang dipakainya. Netizen berharap kisah anggota bomba yang begitu baik ini menjadi kenangan berharga buat kanak-kanak itu nanti. 

Benarlah, kerjaya bomba bukanlah sekadar untuk memadamkan kebakaran, menyelamat nyawa dan harta benda semata-mata tetapi secara tidak langsung melibatkan sokongan emosi kepada mereka yang ditimpa malang.   - CARI 

13

Bagus
15

Marah
22

Terkejut
19

Sedih
11

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (98 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 29-10-2018 03:14 PM
senyum je la...………...abg bomba
Quote pai.kacang 29-10-2018 03:21 PM
tahniah abang bomba
Quote besarkecik 29-10-2018 03:40 PM
Nak pelok.. Pelok la
Quote Artemesiaa 29-10-2018 03:41 PM
Dia relakan sebab nak pujuk adik tu yang sedang dalam trauma
Quote K_Lily 29-10-2018 05:17 PM
mulia tugas bomba ni...
Quote talapia 30-10-2018 04:44 PM
kesian aku tgk budak tu.... Dalam keadaan trauma mcm tu... abam bomba tu la satu2nya tempat dia rasa safe dan protected. Nampak dia tenang dok atas riba tu. Sedangkan parents dia sedang dirawat. Budak tu pon kita tgk badan comot2.. mangsa kebakaran kan.. mujurla xde cedera apa2...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.068237 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top