CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Orang Lain Pun Nak Makan. Dasar Melayu Pengotor!

31-10-2018 12:16 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 9676| Komen: 52|Original author: Oleh: Whitney


Menjaga kebersihan adalah satu amalan yang sangat penting dalam kehidupan. Apabila diri dan persekitaran di sekeliling kita bersih, ia akan mewujudkan suasana yang selesa. Sebagai mana kita menjaga kebersihan ketika berada di rumah, begitu jugalah ketika berada diluar. Tetapi, hakikatnya masih ramai yang tiada kesedaran untuk menjaga kebersihan ketika berada diluar rumah terutamanya di tempat awam atau di kedai-kedai makan.   

Seorang pengguna twitter ini berasa bengang dengan sikap beberapa orang wanita yang makan di Family Mart tetapi meninggalkan sisa makanan mereka yang bersepah di atas meja dan juga lantai. Walaupun tong sampah telah disediakan, tetapi mereka menganggap urusan mengemas dan membersihkan meja makan bukanlah tanggung jawab mereka sebagai pelanggan dan hanya berlalu begitu sahaja tanpa memikirkan keperluan pelanggan lain yang ingin duduk dan makan di meja tersebut. 



Macam mana mereka makan tu sampai habis bersepah atas lantai?

Dah tegur tapi tak diendah

Akibat sakit hati dengan sikap mereka, wanita ini sempat menegur salah seorang daripada mereka supaya membersihkan sisa makanan mereka di meja tersebut tetapi tidak diendahkan. Akhirnya, wanita ini yang membersihkannya. Jadi, status twitter ini ditujukan kepada tiga orang wanita bertudung tersebut supaya tidak mengulangi perkara yang sama dan selalu menjaga kebersihan.    


Ramai pula netizen yang sentap!

Ramai netizen yang sentap dengan ayat yang ditulis di status twitter wanita ini kerana ia ditujukan kepada tiga orang wanita bertudung dan menuduh orang melayu pengotor! Masing-masing berasa panas dan mngecam wanita ini kerana menggunakan ayat yang tidak sopan. Tetapi, jika bukan kalian yang buat, tidak perlu la terasa. Betul tak?



Memang ramai yang jenis tak kemas meja
Ada netizen yang bersetuju dengan status wanita ini kerana masih ramai netizen yang mempunyai sikap suka meninggalkan sisa makanan selepas habis makan terutamanya di restoran-restoran makanan segera. Lagi-lagi, mereka juga mudah sentap apabila ditegur. Apa salahnya mereka mengemas dan membersihkan meja selepas makan agar pelanggan seterusnya pula dapat menggunakan meja tersebut.
 

Jadi, kalau sudah makan tu, pandai-pandai la kemas dan bersihkan meja. Bukan susah pun. Kalau di rumah kalian boleh menjaga kebersihan rumah, begitu juga di luar dan tempat-tempat awam. Apabila persekitaran bersih, mata pun sedap memandang dan tidaklah menyusahkan orang lain. Setuju tak? - CARI 

6

Bagus
9

Marah
9

Terkejut
7

Sedih
19

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 31-10-2018 12:18 PM
Hijabjsta kah depa...
Acah acah letak kat ig makan udon kenoden tah tu
Quote oak.balustrade 31-10-2018 12:26 PM
Rupa dah lawa (i believe) sayangnya lack of table manners. High possibility rumah bersepah, dapur berkerak & toilet berlendir. Hujung2 pose ootd depan cermin mcm namee isham
Quote prettyuglybabe 31-10-2018 12:28 PM
bukan ni katanya perempuan ni tweet semata-mata nak fame ke?
Quote Gingerly 31-10-2018 12:30 PM
Org tak beretika.. Mcm tu la
Quote Artemesiaa 31-10-2018 12:34 PM
Bukan di Family Mart je ditempat2 lain pun sama je pasti akan jumpa meja bersepah sebegitu.
Quote vimash 31-10-2018 12:38 PM
kalau x pi buang pun, susun eelok lap sisa kotoran, senang pekerja nak pi buangkan..
Quote adila39 31-10-2018 12:38 PM
sadly...i melayu bertudung. But yes i have to agree. Mmg ramai melayu pengotor...sadly!!! its true!!!! mmg sakit hati tengok perangai makan sepah. But not just melayu.. all malaysians!!! malaysia baru sikap dan adab makin pupus!
Quote meklalala 31-10-2018 12:44 PM
didiklah diri sendiri supaya pandai makan pandai simpan..biar lah kat mana mana anda makan pun..
Quote cikanggun 31-10-2018 12:45 PM
Selalunya yg hijjabster ni kat luar mmg kemain vogeh... tp kat rumah kebanyakkan nya pengotor giler hikhok..
Quote tri-max 31-10-2018 12:46 PM
ntah knp aku bayangkan hijabista macam heliza helmi makan dan berhuhuhaha dgn member2
smbil membetulkan lipstik & gedik
then ciao lepas makan, dgn penuh perasaan berlalu pergi smbil flip tudung

gross btul, kat tmpt awam  wat macam ni kat umah deyolss camna la gamak nyer
Quote Mary_jane 31-10-2018 12:49 PM
Tak perlu lah kot mention bertudung, melayu bagai. Dah macam hape perangai label2 orang. Diam2 pergi bersihkan dapat pahala. Nak post kat twitter tu mesti acah2 good. and of course bbnu.
Quote prettyuglybabe 31-10-2018 12:58 PM
pompuan yang tak bertudung ramai gak pengotor..
but well... asalkan dapat bash bertudung untuk sejukkan hati dia tak bertudung
Quote chinta89 31-10-2018 01:04 PM
bertudung ke tak bertudung ke... ramai je yg mcm ni.

cuma bila melibatkan perempuan, bertudung plk, lagi lah napok x molek sikap tu. gtuhhh.
Quote buragazz 31-10-2018 01:12 PM
Aku suka thread ni.. memang kebanyakkan nya orang kita especially klu makan kat fast food or kat panggung wayang.. padan muka.. tau pulak sentap...
Quote awanearisu 31-10-2018 01:22 PM
Edited by awanearisu at 31-10-2018 01:23 PM

Nak tengok adab makan calon isteri sebelum jadi isteri, eloklah pantau ketika mereka makan bersama rakan-rakan.
Calon suami pun boleh
Quote knnk 31-10-2018 01:22 PM
Takyah cakap melayu. All Malaysians sama ja.
Yang tempat I, bakal2 doctor/dentists, future health practitioners we even have doctors and dentists in the house. Sama ja semua pengotor.
Lepas makan, letak ja atas meja tu. Padahal terang- terangan dan tampal sana sini, kat tong sampah tu pun ada tampal sila buang sisa makanan anda di sini. Letak pinggan/mangkuk sudu etc di sini.
Masih lagi ramai malaun pemalas nak mam, tak nak buat. Kesian tau acik2 cleaner, auntie uncle cafe tu. Haih
Quote AbukRokok 31-10-2018 01:46 PM
dah lah bertudung melayu plak tu
berok punya melayu bertudung
melayu frree hair thorbaek

konsepnya
Quote snazzydaisy 31-10-2018 01:58 PM
Iols tak suka masuk Family Mart, so freakin’ smelly, buka pintu aje boleh dah laa harga mahal!
Quote cik_sssara 31-10-2018 02:13 PM
Memang sakit mata tengok meja bersepah macamtu. Situasi pernah jadi kat I. I tak tegur pun tapi I kemas meja tu cepat-cepat depan-depan sebelum diaorang blah. Kemas siap lap meja, kalau tak terasa tu taktahu lah. Dan meja sebelah I (mungkin diaorang tengok situasi tadi) lepas makan diaorang kemas elok-elok

Kalau makan dengan budak-budak memang I akan ajar diaorang kemas. Dan lama-kelamaan diaorang buat sendiri. Lepas makan susun pinggan sama pinggan, gelas, asingkan sisa, letak semua satu sudut supaya pekerja senang angkat, lap meja.

Dan bukan tempat makan je, dekat groceries pun sama. Mana barang bersepah tu I tolong susun balik (yang depan mata jela bukan semua). Pernah sekali tu I susun barang ni, ada budak kecil ni dok tengok je. Bila I blah, dia berkenan barang tu then amik. Mungkin cari mak dia, takde. Dia letak balik kat shelf tu elok-elok

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.108026 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top