CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Saman Guru Tak Masuk Kelas 7 Bulan

31-10-2018 10:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15705| Komen: 183

Bekas pelajar sebuah sekolah di Kota Belud memfailkan saman terhadap bekas guru bahasa Inggerisnya atas dakwaan tidak masuk kelas selama tujuh bulan, lapor Berita Harian.


Gambar Hiasan

Nafirah Siman, 18, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi menyaman Jainal Jamran yang didakwa melakukan perbuatan itu pada 2015 ketika dia berada di Tingkatan Empat.

Saman yang difailkan pada 16 Oktober lalu melalui tetuan Roxana & Co turut menamakan pengetua sekolah, Suid Hanapi, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Kementerian Pendidikan dan kerajaan sebagai defendan.

Dalam samannya, Nafirah mendakwa Jainal tidak hadir mengajar sejak Februari hingga Oktober 2015, kecuali pada satu minggu ketika sekolah dilawat pegawai dari Kementerian Pendidikan.


Menurutnya, tiada tindakan diambil walaupun beberapa aduan sudah dibuat. Malah, pengetua terbabit turut didakwa menutup kes guru berkenaan dengan memalsukan kedatangan Jainal yang kononnya tidak hadir hanya dua bulan.


Foto: MalaysiaKini

Plaintif menuntut pengisytiharan bahawa semua defendan melanggar tugas statutori di bawah Akta Pendidikan selain mencabul hak perlembagaannya bagi mendapatkan pendidikan.

Remaja itu juga menuntut pengisytiharan bahawa berlaku pelanggaran tugas dan ‘misfeasans’ di pejabat kerajaan serta menuntut ganti rugi dan kos.

Mahkamah menetapkan 19 November ini sebagai sebutan semula kes. - CARI
13

Bagus
22

Marah
17

Terkejut
19

Sedih
10

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 30-10-2018 10:17 PM
Seriusly? Wowww....
Quote Mina2215 30-10-2018 10:18 PM
Owh woww kalau betul la dakwaan student tu, siap laa korang
Quote KakiSelpi 30-10-2018 10:23 PM
Chekgu Suraya lg bgs mcm ni.....
Quote sofiazara 30-10-2018 10:24 PM
pengetua boleh kena tindakan tatatertib. sbg penyelia dia x pantau guru bawah tanggungjawab dia
Quote tobobon 30-10-2018 10:28 PM
dengan ini meols menyeru MN diriku @chazey memberi sepatah dua kata

rasanya mungkin sheols tau lebih sikit
Quote makita 30-10-2018 10:31 PM
Wow caya lah. Masa meols darjah 3, setiap kali bila subjek agama islam, ustaz dtg dgn muka lalok, tros tido kt meja. Kalu murid bising dia ngamok. Gila punya ustaz mkn gaji buta.
Quote noraidil_06 30-10-2018 10:32 PM
Akk kagum.
Banyak duit adik ni
Quote raihaneem 30-10-2018 10:42 PM
Bagus dik, tak brtanggungjwb guru tu
..
Masa saya sek mengh mmg ada cikgu mls masuk kelas..smpai p panggil cikgu di bilil guru. Bukan bz pun..dok nyembang.
Masuk kelas melengung ja...dah la form 5 waktu tu...sek asrama penuh pulak tu.
Quote Catpaw 30-10-2018 10:52 PM
Nak saman jugalah cikgu iols yg masuk kelas tapi tak ajar pun voley?
Quote chazey 30-10-2018 10:55 PM
tobobon replied at 30-10-2018 10:28 PM
dengan ini meols menyeru MN diriku @chazey memberi sepatah dua kata

rasanya mungkin sheols tau le ...

Tak kenal. But kat grup wazep daerah hada cikgu2 kepoh pasal ni.
Quote belon 30-10-2018 10:55 PM
Elokla saman.. Aku ni pun cikgu jugak tp tak setuju cara cikgu ni
Quote chazey 30-10-2018 10:56 PM
tobobon replied at 30-10-2018 10:28 PM
dengan ini meols menyeru MN diriku @chazey memberi sepatah dua kata

rasanya mungkin sheols tau le ...

Jangan memain. Jadik berita front page woo.

IMG-20181030-WA0064.jpg
Quote chazey 30-10-2018 11:01 PM
Korang boleh dapat full info cikgu ni if korang google. Menurut google, tahun ini heshe sebok main bowling. Selayaknyalah.

Quote sarahmirza 30-10-2018 11:29 PM
Eloklah saman.
Jadikan amalan biasa.
Habiskan duit kerajaan je bayar gaji depa.
Lepas tu sampai mampus pulak nak kena bela bagi pencen.
Quote kucen_miang 31-10-2018 12:00 AM
kaka @chazey kah? leka main kat forum
Quote purpler 31-10-2018 12:01 AM
tengok kat google, cikgu tu guru disiplin jugak....
macammana tu....
Quote hyie 31-10-2018 12:58 AM
memang wujud pun cikgu yang tak datang langsung ke sekolah. Kawan meols yang pernah mengajar kat pedalaman sabah (heshe orang sabah), penah je citer cikgu tu dah 3-4 tahun (atau lebih) tak pernah datang ke sekolah tapi gaji jalan yach. Tiada tindakan diambil. Mungkin pihak sekolah dah bagi warning letter etc, tapi cikgu tu bolayan jah. Chuolss rasa???

Lagi satu, kat sekolah heshe tu, siap ada sistem giliran (buat sendiri) untuk cikgu2 balik awal ikut hari. Maksudnya, kalau sepatutnya balik 1pm, tapi diorang balik la kol 10am macam tu. Tak ke sial tu? KPM sibuk jual vontot ke nyah?

Yang takde jiwa pendidik tu, tak payah lah gatal nak apply keje cikgu.
Quote chazey 31-10-2018 01:32 AM
kucen_miang replied at 31-10-2018 12:00 AM
kaka @chazey kah? leka main kat forum

Halo dek, akak bukan bapok kay!
Quote chazey 31-10-2018 01:38 AM
Edited by chazey at 31-10-2018 01:43 AM
hyie replied at 31-10-2018 12:58 AM
memang wujud pun cikgu yang tak datang langsung ke sekolah. Kawan meols yang pernah mengajar kat ped ...


Biasa la cikgu2 babi ni. Minggu lepas masa ai kursus pon hada yang berani betol tak datang yah. Gila ka? Ada sorang cikgu pompuan itu, datang waktu pagi jah. Petang lesap. Sepanjang 4 hari sheol buat gitu yah, pehtu hari kelima yakni hari terakhir sheol lansung tak datang. Tatau la if pi sekolah. No wonder kelig sheol selalu kutuk sheol. Pengetua sheol garang but sheol pon dah tak koser kot nak bising.

Lupa pulak ai. Lagik dahsyat ada satu sekolah pedalaman ini, lansung tak hantar wakil. But ai know dari awal ai ngaja deyol kuat memberontak, memang tak ngam dengan orang PPD dan memang sengaja tunjuk protes dengan seringkali skip aktiviti peringkat daerah huntok subjek weols. Fyi sekolah tu ranking paling corot (keputusan public exam) di daerah aiol. Cash la kan.

Personally bagi aiol, tak baik la buat gitu. Cikgu2 ni ibarat hidop dalam satu komuniti kecik yang saling memerlukan so senangkan la sesama sundri, elakkan la menyusahkan orang lain karna ko pentingkan diri.

Lihat semua komen(183)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.106501 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top