CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Ingat Lucu Ke Sebarkan Kertas Jawapan Murid?" - Netizen Perli Guru Yang Memalukan Pelajar

1-11-2018 04:30 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 9229| Komen: 21|Original author: Oleh: Azza




Pernahkah ketika melayari media sosial, anda terjumpa status mengenai jawapan peperiksaan pelajar sekolah? Jika ya, pernahkah anda terfikir bagaimana soalan tersebut boleh dijadikan bahan jenaka sedangkan itu adalah perkara sulit. Lebih menyedihkan jika nama pelajar itu tidak dipadam ketika ditayangkan di media sosial hingga memalukan pelajar tersebut.

Hal inilah yang membimbangkan ramai guru lama apabila melihat ia menjadi trend sekaligus ditertawakan oleh netizen lain. Etika perguruan juga turut dipersoalkan kerana nampaknya guru muda sekarang ini lebih mementingkan penerimaan netizen berbanding kefahaman pelajar mereka sendiri.

Kredit foto: Twitter


Menurut Sal, fenomena yang menyaksikan guru muda memuatnaik jawapan pelajar di media sosial semakin menjadi-jadi. Lebih memalukan kerana jawapan yang dipaparkan menjadi bahan jenaka kepada netizen lain. Ini sebenarnya tidak patut berlaku kerana pelajar masih dalam proses pembelajaran. Lagi pula jika pelajar tersebut menjawab mengarut bermakna guru tersebut juga tidak mengajar dengan betul kerana murid boleh salah faham.

Hal ini membuatkan pelajar yang mengenali tulisan mereka akan berasa malu dan mungkin menyimpan dendam. Jika pelajar ini ditegur secara berhadapan pastinya tidak menjadi masalah, tetapi apabila dicanang di media sosial, kesannya akan lebih parah.




Kredit foto: Carian Internet

Teguran tersebut dipersetujui oleh netizen lain yang merasakan guru sekarang terlalu mementingkan media sosial berbanding tugasnya yang sebenar. Mereka lebih galak merakam gelagat pelajar di dalam kelas berbanding memberi kefahaman kepada murid-murid. Antaranya ialah merakam gelagat Tik Tok bersama anak murid, menceritakan masalah pelajar di laman media sosial dan pelbagai lagi.


Kredit foto: Carian Internet

Dengan begitu banyak teguran terhadap perangai segelintir guru ini, timbul persoalan adakah perlu guru menggunakan telefon pintar ketika mengajar kerana ia memberi pengaruh tidak baik kepada murid-murid.

Bagaimanapun pendapat tersebut tidak dipersetujui oleh netizen lain yang menganggap tidak semestinya guru sahaja bertanggung jawab dalam hal ini. Ini kerana ada juga saudara mara pelajar tersebut yang menjadikannya tular. Jadi untuk menyalahkan guru semata-mata adalah tidak tepat.


Kredit foto: Carian Internet
Guru adalah kerjaya yang mulia dan dipandang tinggi kerana mendidik anak bangsa ke arah yang lebih cemerlang.  Jangan hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. - CARI 
25

Bagus
23

Marah
30

Terkejut
26

Sedih
27

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (159 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fushimi 1-11-2018 04:48 PM
yang penting iols terhibur jawapan bebudak tu
Quote exclusive_vvip 1-11-2018 04:48 PM
minta maaf lah, bab kertas soalan dan jawapan merapu pelajar tu, i rasa org bodoh je yg percaya...tu rasanya org yg bukan cikgu yg uploa,sbb lapar like dan viral...entah soalan dalam buku latihan memana diorg gi scan/fototstat, pastu tulis jawapan merapu..then,tanda guna pen merah..pastu acah2 tu jawapan murid...choiiii
Quote prettyuglybabe 1-11-2018 05:17 PM
zaman batak likes ni sesapa pun boleh upload entah apa benda..
Quote chazey 1-11-2018 07:45 PM
exclusive_vvip replied at 1-11-2018 04:48 PM
minta maaf lah, bab kertas soalan dan jawapan merapu pelajar tu, i rasa org bodoh je yg percaya...tu ...

Tapi memang hada kes autentik, pelajar yang tulis. Macam stodens aiol yang biawak sangat jawapannya but so far kami kat sekolah tak pernah sebarkan. Maki ada la. Stoden yang jawab gini bukannya bodo. Tapi malas blaja.
Quote renko 1-11-2018 08:39 PM
tah2 sendiri tulis sendiri viral
nak femes n retweet
biasa la tu
Quote renko 1-11-2018 08:40 PM
exclusive_vvip replied at 1-11-2018 04:48 PM
minta maaf lah, bab kertas soalan dan jawapan merapu pelajar tu, i rasa org bodoh je yg percaya...tu ...

mesti geng2 acah2 tweet famous n instafamous
dasar xde life punya manusia
Quote imanmariam 1-11-2018 09:53 PM
chazey replied at 1-11-2018 07:45 PM
Tapi memang hada kes autentik, pelajar yang tulis. Macam stodens aiol yang biawak sangat jawapanny ...

Biawak sgt jawapannya? Kenapa level biawak sis?
Quote Meiizu 1-11-2018 11:02 PM
Edited by Meiizu at 1-11-2018 11:03 PM

Aku penah tegur dlm fb kalau betul cikgu tolong lah jaga integriti kerja..ada mamat bodoh mana entah -bukan cikgu- pi reply komen katanya menteri & top gomen atas takpeduli pun pasal integriti & siap suruh aku tegur menteri.
Ehhhhhhhhh  
Quote batmana 2-11-2018 12:05 AM
krja tk berkat.psl tk amanah
Quote beautifulliar 2-11-2018 09:10 AM
chazey replied at 1-11-2018 07:45 PM
Tapi memang hada kes autentik, pelajar yang tulis. Macam stodens aiol yang biawak sangat jawapanny ...

Meols pnh jadi pemeriksa kertas jawapan exam bebudak skolah menengah mmg ada yang btol2 xde ilmu jwab apa adenye and ada jgk yg spesis otak mmg tkde dh bodo mls belajar sengaja jawab ntah ape pape smpai ada yg hint2 lucah exspecially paper sains.Sengaja conteng jwapan mngarut sbb xnk bg krtas jwpan kosong
Quote saviour_09 2-11-2018 09:11 AM
cikgu muda2 hijabista la ni
batak post segala  benda jadi kat sekolah
kene hencap pandai pulak counter balik tugas molia2 yadayadayada....
slut sangat perangai
Quote salmon-suki 2-11-2018 09:20 AM
Y ni boleh terima lg,y jenis nak bertiktok,bergambar filter setebal mungkin ngn aanak murid n post kt socmed tu sy kurg hadam ler..pstu y bersmule ngn anak murid bagai...ni laa bila nk jd ckgu tp x beretika,tak memahami profesion sbnr as a cikgu,cmni laa jadinya..

Bangga kemain bila makpak ada y "jatuh hati" sbb ckgu cntik/hensem..y lg satu,ckgu y lukis bulatan tu....xtaw ape y duk heboh sgt psl lukis bulatan tu.."sharing" atau batak like n fame?
Quote mrsT 2-11-2018 11:27 AM
fushimi replied at 1-11-2018 04:48 PM
yang penting iols terhibur jawapan bebudak tu

sama lahhh.. "sinar mata mu..." adoiiii.. tak menahan jawapan. but tak patut jugakk lahh di upload set soalan atau jawapan.. tapi kekadang soalan cikgu2 yang bijak ni pun pelik jugakk.. macam recently satu soalan gambar mak ayah (gambar 1) gambar mak ayah (gambar 2) soalan dia tak silap mcm mana gambar berdua jadi berempat mana dtg yang dua lagi tu.. serius mcm mana nak jawap soalan mcm tu..

Quote duri_durians 2-11-2018 11:30 AM
ada dua perkara yg sangat merisaukan:

1) guru2 yg terlalu ghairah dgn perkongsian di media sosial - tiada integriti dan fokus dalam pekerjaan.

2) murid2 yg terlalu bangang - hasil didikan guru2 yg tak fokus dgn pengajaran ke?



Quote exclusive_vvip 2-11-2018 08:13 PM
chazey replied at 1-11-2018 07:45 PM
Tapi memang hada kes autentik, pelajar yang tulis. Macam stodens aiol yang biawak sangat jawapanny ...

ada jugak rupanya..hihi
Quote Megikari 2-11-2018 10:29 PM
Adik i yg kerja cikgu kata, memang wujud insiden student bagi jawapan pelik2 masa exam. Kadang2 yg tak terjangkau dek akal kebongokkan jawapan diorang tu.

Bab cikgu berselfi pulak, memang aku meluat kalau cikgu2 ni selfi dalam kelas time mengajar. Tak kisah la kalau time tu student ko tengah buat kerja sekalipun, cikgu patutnya pantau and bantu, bukannya duduk kat meja berselfi. Pastu bising pasal besarnya jasa n tanggungjawab kat sekolah n beban tugas menimbun.

Bila kena kritik, spesis cikgu muda kaki selpi-upload-ig-sila-puji ni la yang akan sentap lebih. Sama la mcm ada cikgu pompuan nama azwa kot yg komen sentap siap buat karangan guna all capital letters kat post tu. Bila kena tegur, mula la buat ayat ego bodoh sombong.
Quote EncikH 5-11-2018 12:05 PM
Cikgu selfie, share jawapan kelakar, MHO....nothing wrong with that, apa salahnya sharing some fun at work, as long as tak reveal si pelaku.

Zaman sekarang dominated by tech savvy people, we all share things.
Quote abangadek 5-11-2018 12:23 PM
mmber i askar, 24jam selpie, i wonder time bila dia jaga negara
Quote annehuda 5-11-2018 01:04 PM
ekceli la kan, bile cikgu2 share psl murid diorg, ye lah mayb kite yg tgk ni tak kenal budak tu, tapi org terdekat mcm jiran jiran, kawan satu sekolah, makbapak sepupu sepapat mesti kenal budak tu. ada risiko budak tu kena buli nnt. kalau netizen buli ko bleh tutup socmed, kalau yg depan mata ni ngejek takkan nk tutup mata je

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.043718 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top