CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tak Tahu Nak Bawa Apa Dalam 'Hand Carry' Bag Anda? Nah Lihat List Ini

7-11-2018 03:05 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 10840| Komen: 12|Original author: Oleh: faizal

Travel menaiki kapal terbang adalah sesuatu yang mengujakan. Almaklumlah, bukan selalu dapat naik kapat terbang kan? Dan dalam rasa teruja itu, sudah pasti perkara yang paling tak seronok tentunya nak packing barang.


Foto: Google

Bagi yang pertama kali hendak menaiki kapal terbang, sudah pasti anda tertanya-tanya apakah barang yang perlu dibawa di dalam hand-carry bag dan boleh dibawa masuk ke dalam kapal terbang.

Foto: Google

Bukan sebarang barang boleh dibawa menaiki kapal terbang ya! Jom ikuti list barang-barang asas yang patut anda bawa di dalam hand-carry bag anda.


1. Passport.

Foto: Google

Ini merupakan dokumen yang paling penting yang anda perlu pastikan sentiasa ada dengan anda di dalam beg hand-carry anda kerana tanpa pasport, anda tidak akan dapat ke mana-mana.

2. Beg duit, wang tunai dan kad kredit.

Ini adalah benda paling penting. Seeloknya bawa wang lebih untuk kecemasan. Selain cash, anda juga digalakkan untuk menggunakan kad ATM atau kad kredit. Cara ini lebih selamat kerana anda tidak perlu menukar dan membawa wang tunai banyak-banyak apabila melancong. Pastikan anda telah mengaktifkan fungsi penggunaan di luar negara bagi kad anda.

3. Itenari, dokumen perjalanan, hotel dan lain-lain dokumen tempahan.

Ada negara yang meminta agar anda menunjukkan apa sahaja dokumen perjalanan anda semasa pemeriksaan. Jadi, adalah lebih baik jika anda letakkan dokumen-dokumen ini di dalam hand-carry bag anda dan pastikan mudah untuk mencarinya.

4. Pen.

Bawalah sekali sekurang-kurangnya sebatang pen kerana anda akan memerlukannya untuk mengisi beberapa borang saat anda tiba di sesuatu negara.

5. Eye drops, lip balm dan pelembap.

Di dalam kabin kapal terbang adalah ber-aircond. Bagi perjalanan yang memakan masa yang lama, anda digalakkan untuk membawa barang-barang ini supaya kulit anda tidak kekeringan sepanjang perjalanan. Tetapi harus diingat, jangan bawa dalam kuantiti yang banyak. Jika melebihi had, pemeriksa di kaunter akan membuangnya pula.

6. Telefon bimbit.

Jangan lupa bawa telefon bimbit anda. Selain sebagai alat komunikasi, anda boleh juga menyimpan dokumen-dokumen anda di dalam bentuk digital. Lebih mudah dan kemas kan.

Inilah antara barangan asas yang perlu ada di dalam han-carry bag anda. Namun, ini hanyalah sebagai panduan sahaja. Anda boleh sahaja menambah barang-barang yang lain mengikut kesesuaian dan keselesaan anda. - CARI 
18

Bagus
23

Marah
16

Terkejut
16

Sedih
15

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NekNgah 7-11-2018 03:13 PM
Jangan lupa basic toiletries and sepersalinan pakaian, sebab selalu aje terjadi, destinasi passenger dan luggage tak sama... hahaha...
Quote serawadurian 7-11-2018 03:38 PM
Botol kosong juga perlu  juga kalao pergi negara yg xde paip air dlm toilet.
Quote meisapoya 7-11-2018 06:21 PM
serawadurian: Botol kosong juga perlu  juga kalao pergi negara yg xde paip air dlm toilet.


Yup. Nangis kalau x de air nih. Nak lagi senang, bawak bekas air kotak kosong yg dah potong tepi. X nak guna, boleh penyekkan. Jimat ruang.
Quote Peterpan17 7-11-2018 09:19 PM
NekNgah replied at 7-11-2018 03:13 PM
Jangan lupa basic toiletries and sepersalinan pakaian, sebab selalu aje terjadi, destinasi passenger ...

ya, itulah yg aku selalu buat. Aku bawa baju utk 2 hari punya termasuk inner wear. toiletries mmg selalu aku handcarry tak pernah chk in. pindahkan toiletries dlm botol2 kecik yg khas utk travelling. beli kat Guardian atau Watson travellers kit pack.
Quote precious_chicas 8-11-2018 07:51 AM
dua beg sebagai hand carry.

1) cabin bag: letak sweatshirt, spare sepasang pakaian, underwears (wajib!), pads/pantyliner, toiletries, sepasang kasut/sandal, selipar jepun, perfume, mekap, tiger balm, botol air kosong (dlm flt minta FA isikan air mineral), kuih2 yg mudah hancur--> ni biasanya kalau travel musim2 raya even kuih tempeyek dalam balang plastik pun leh hancur weh kalau letak dalam checked luggage.

2) henbek silang: untuk letak passport & boarding pass, earfon, fon, fon charger, dry & wet tissue (kena stenbai ni kalau2 masuk toilet yg jenis takde air), purse, lip balm, earplugs, losyen dlm botol kecik (recycle botol syampu amik kat hotel), pen (juga boleh diguna sebagai pertahanan diri).
Quote fishcracker 8-11-2018 08:49 AM
Gula2 mint n wet wipes pun wajib sumbat dalam hand carry
Quote Elle_mujigae 12-11-2018 10:24 AM
Nice thread...


Dari video kita tgk kat youtube, antara yg penting, pen dan botol air kosong...
Quote abudhabizz 12-11-2018 04:14 PM
My list:
1. Basic toiletries including toothpaste and toothbrush (if naik business class, takyah ni sbb dpt free kan), moisturiser, lip balm, wet wipes/hand sanitizer,hand lotion, travel size perfume
2. Ubat2: Tiger balm & panadol
3. Face mask to prevent dry skin, esp if long haul flight
4. Light snack like chocs and also mint!
5. One set of baju and seluar. Learnt this hardway, my flight was delayed for the entire night. We were given hotel room to sleep, but i dont have any spare baju. Semua dah check in. So yups, at least one set, just in case.
6. Socks and a pashmina! Sejuk ok dalam flight
7. A book! to kill time and whenever nothing interesting to watch on inflight entertainment

Others in ur handbag are the usual la like money, travel documents, handphone, earphone, powerbank (powerbank cannot check in tau).
Quote CiliPadiSedap 8-12-2018 06:11 AM
Haah setuju kalau travel luar negara toilet mereka tiada paip air.miskin.sengkek.kepala paip pun xmampu beli.

Biasanya kaka cedok kt singki paip atau tarik penutup tangki toilet diy guna tiub kaka bawa dan guna macam biasa. Sangat xselesa kena guna toilet automatic .. dahlah dia tembak merata lepas tu pressure tinggi..

Bagi siapa xpandai guna toilet automatic standby paip getah atau bekas air..bagi sesiapa jakun janganlah main toilet tu ..silap2 peranakan boleh lari kalau salah tekan button.. jangan buat perangai hodoh pergi cuci tangan dalam toilet automatic entah2 dia guna air singapore air new water..

Pekara paling bangang ciptaan manusia selepas iphone adalah toilet automatic..
Quote farlis 9-12-2018 04:30 PM
Baju spare tu wajib uolssss..sepersalinan
ha..kalau hb i, selipar tu pentingg ( satu perangai pelik hb i laaaa)
Tapi selipar dia ni jugakla pernah jd penyelamat utk i bila kasut i tercabut tapak kt airport huhu
kalau i tambah alat mekap hihihi

Kalau travel..mmg i la kena makesure everything complete
benda2 penting semua kt i..
Pen, passport, powerbank, ubat2 semua dkt i..
dh jadi ala2 doraemon plakk..




Quote mesmerize 9-12-2018 08:23 PM
bawak baju kalau perjalanan yg jauh n kena transit. supaya masa transit bole mandi2 tukar baju. tidak la berkepam berlengas rasa untuk meneruskan perjalanan seterusnya. wet wipes utk beristinjak di toilet2 yang takde bidet n kering kontang. yg lain2 tu biasa la wallet, passport, phone, camera, moisturizer etc.
Quote korokure 9-12-2018 10:46 PM
First aid kit, kut berlaku yg tak dijangka.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.038160 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top