CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Awas Scam Beli Syiling Lama! Ini 9 Cara 'Kantoikan' Scammer

18-12-2018 05:58 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 9672| Komen: 10|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Pernah tak anda mendapat komen-komen di Instagram, kononnya seseorang dari Amerika Syarikat atau United Kingdom ingin membeli wang syiling lama anda dengan harga yang lumayan? Jangan terpedaya!  Memang ada pasaran yang lumayan dan sah bagi penjual dan pembeli wang syiling, tetapi tidak kurang juga penipu-penipu atau scammer yang mengambil kesempatan daripada kejahilan kita untuk membuat penipuan.


Kredit foto: Carian Google


Berikut 9 cara untuk mengenali para scammer ini. 


1. Agresif Dalam Pengiklanan

Kredit foto: Twitter

Orang yang sama akan membuat beratus-ratus komen di banyak Instagram dengan harapan ada 1-2 orang yang terjebak. Jika anda membuat komen balasan seperti 'how much'? mereka akan direct message (DM) anda serta merta.

 

2. Akaun Instagram Palsu


Kredit foto: Carian Google


Mereka menggunakan akaun Instagram palsu. Jarang menunjukkan muka atau ahli keluarga dalam gambar. Jika ada yang mempunyai gambar wajah, sebenarnya bukanlah milik mereka tetapi gambar yang diambil dari carian Google. Akaun mereka hanya ada beberapa gambar berulang-ulang dan sering dormant (tidak dikemaskini)

 

3. Menggunakan Bahasa Melayu Yang Salah


Kredit foto: Carian Google


Walaupun dalam biodata mereka kononnya dari Eropah atau Amerika, mereka akan membuat iklan dalam Bahasa Melayu, malahan ada yang akan memulakan dengan 'Assalamualaikum' untuk menarik perhatian anda. Begitu juga dengan kapsyen di Instagram mereka. Apabila anda cuba berbual dalam Bahasa Melayu, mereka akan menjawab dalam Bahasa Inggeris.

 

4. Mengaku Orang Inggeris Tetapi Bahasa Inggeris Lintang Pukang


Kredit foto: Carian Google


Anehnya, bila anda cuba berbahasa Inggeris dengan mereka, terlalu banyak kesalahan tatabahasa, termasuk yang mudah, ini  tidak sepatutnya dibuat oleh penutur Bahasa Inggeris yang asli. Menurut rekod siasatan polis, ada scammer ini berasal dari Afrika (bukan semua), kerana reputasi negara mereka yang buruk, mereka menyamar sebagai orang Barat.

 

5. Menawarkan Harga Tidak Munasabah


Kredit foto: Carian Google


Antara tanda yang paling mudah dikenali, mereka akan menawarkan harga yang tidak munasabah ataupun mereka akan menerima berapa sahaja tawaran anda tanpa bersoal jawab. Mereka kemudiannya akan meminta nombor akaun anda untuk membuat pembayaran tanpa ingin memeriksa keaslian syiling yang anda ingin jual. 

 

6. Mahu Segerakan Transaksi


Kredit foto: Carian Google


Satu lagi tanda mudah dikenali adalah mereka akan membuat transaksi pembayaran secepat mungkin. Beberapa minit selepas anda memberi nombor akaun , mereka akan hantar bukti kononnya telah membuat pembayaran kepada anda. Malangnya, wang itu tidak wujud!

 

7. Konon Wang Ditahan atau Ada Wang Proses Tambahan


Kredit Foto: Carian Google


Kemudian, di sinilah, mereka akan memasang jerat, kononnya duit yang mereka hantar telah ditahan oleh imigresen / bank / pihak berkuasa dan anda perlu bayar yuran tambahan . Mereka mendakwa wang yuran itu akan dikembalikan semula kepada anda setelah selesai`. Kini, giliran mereka pula yang memberi nombor akaun untuk anda bayar yuran tambahan atau wang proses itu, dengan harapan anda terpancing umpan palsu ini.

 

8. Guna Akaun Bank Tempatan


Kredit Foto: Carian Google


Bila anda meminta akaun mereka untuk membayar yuran tambahan tersebut, mereka akan berikan akaun tempatan yang berpangkalan di Malaysia. Milik rakyat Malaysia. Menurut polis, kemungkinan scammer ini bersubahat dengan warga tempatan, atau telah menipu warga tempatan dengan menyewa akaun bank mereka untuk kerja haram ini.

 

9. Mengugut Jika Anda Batalkan Urusniaga


Kredit Foto: Carian Google


Jika anda batalkan urusniaga, mereka akan cuba mengugut kononnya anda telah melanggar undang-undang.


Jadi kenali scammer sebelum anda menjadi mangsa! Kongsikan artikel ini dan tag saudara-mara anda supaya mereka juga tidak terjebak dengan tawaran yang tidak masuk akal. - CARI 


7

Bagus
19

Marah
14

Terkejut
13

Sedih
9

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (72 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dubuk 18-12-2018 06:18 PM
Jika anda batalkan urusniaga, mereka akan terus report ke FBI.. tanpa menunggu lama tiba tiba FBI terjongol di whatsapp anda dengan profile logo FBI.  hello..  
Quote Sang_Pencinta 18-12-2018 07:12 PM
dubuk replied at 18-12-2018 06:18 PM
Jika anda batalkan urusniaga, mereka akan terus report ke FBI.. tanpa menunggu lama tiba tiba FBI te ...

Kan? Serta merta FBI tercegat depan pintu lah kononnya?

macamlah FBI banyak masa nak datang rumah lol
Quote cekgihani 18-12-2018 07:53 PM
Mcm2 menipu skg
Iols suka dengar yg orang rakam kt youtube tu
Quote Spicymami 18-12-2018 09:14 PM
Yg bodoh tu yg tertipu.  Begini punya obvious masih lg ada yg tertipu
Quote dokupangg 18-12-2018 09:16 PM
I sell tahi hidung for living {:laugh Jenuh ko mining pepagi dekkkk
Quote LipasComel 19-12-2018 08:02 AM
akaun atas nama kenching kuat ni
Quote fifie_olin 19-12-2018 08:30 AM
x kuasa nk layan scammer bangang ni
Quote kakyungpilah85 19-12-2018 08:48 AM
haha..bersepah scammer ni kat ig..ntah gambar org putih mana dy rembat ntah..xleh blah hr tu nampak pakai gambar gordon ramsey..ingat org bangang mcm dy agak eh!
Quote tri-max 19-12-2018 02:52 PM
yg terbaru scammer kat FB marketplace guna signage tulisan ereb
igt aku boleh termakan ke dgn skill penipuan yg lapok tu
bila aku ugut nak report polis terus de-active wassap/fb
kelakar gak bila layan depa nih
Quote Beautifulliar. 19-12-2018 02:57 PM
Tgelak meols bc conv tu tahik idung segala

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.073289 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top