CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Indahnya Gunung Bromo, Seakan Di Dunia Lain! Ini Panduan Untuk Kaki Travel Tanpa Ejen

21-11-2018 11:53 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 13571| Komen: 25|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Bagi kaki melancong pencinta alam, Gunung Bromo adalah salah satu tempat yang wajib dikunjungi di Indonesia. Walau bagaimanapun jika anda mempunyai perancangan berpergian tanpa menggunakan ejen, anda akan menghadapi cabaran kerana perkhidmatan pengangkutan di sana masih tidak berapa memuaskan.


Kredit foto: Beritagar


Tetapi penulis sendiri telah melakukakan backpacking secara solo ke Bromo dan ingin berkongsi pengalaman. Semoga panduan ini bermanfaat untuk sesiapa yang ingin ke Bromo;


1. Persediaan


Kredit foto: Azie's Kitchen


Untuk pengetahuan, Gunung Bromo yang terletak di Pulau Jawa adalah sebuah gunung berapi yang masih aktif. Gunung ini mempunyai ketinggian 2329 meter dan bukanlah puncak tertinggi di Taman Nasional Bromo Tengger Semeru, tetapi paling terkenal dan paling banyak dikunjungi oleh pelancong. Oleh kerana bentuk muka buminya yang sejuk dan berdebu, persediaan sangatlah penting.


Selain keperluan seperti makanan dan air (yang boleh juga boleh dibeli di gerai-gerai sekitar puncak), kaki travel juga perlu membawa pakaian tebal, penutup mulut (mask) kerana krater Bromo aktif mengeluarkan sulfur, kasut yang bersesuaian, lampu suluh, krim pelindung matahari dan pelembab mulut/kulit.

 

2. Pengangkutan



 

Kredit foto: Berita Metro


Umumnya, terdapat dua cara untuk ke Bromo iaitu melalui Kota Malang dan Kota Surabaya (menginap di kaki gunung Bromo sendiri). Kota Malang terletak kira-kira 53 km dari Bromo dan mudah mencari penginapan. Perjalanan subuh pagi melalui sewaan jip dari Kota Malang mesti dibuat seawal mungkin untuk mengejar pemandangan matahari terbit di Gunung Penanjakan bersebelahan Gunung Bromo. Seusai seharian berkeliling dengan jip, anda bolehlah kembali ke penginapan di Malang.

 

Kredit Foto: Kompasiana


Penulis menggunakan cara kedua melalui Kota Surabaya, dari kota ini perlu menaiki bas awam ke pekan Probolinggo dan disambung dengan menaiki bison (seperti van awam) menaiki kawasan pergunungan sehinggalah sampai ke Cemero Lawang, sebuah kampung bersuhu dingin yang terletak di kaki Gunung Bromo. Di sini, terdapat chalet yang boleh disewa melalui online lebih awal atau mengetuk rumah-rumah tumpangan milik penduduk kampung yang kebanyakannya dari suku Tengger beragama Hindu.

 

 3. Penginapan


 

Kredit foto: Lava View Bromo


Bagi yang melalui Kota Malang, penginapan murah boleh didapati sekitar stesen kereta api Malang. Kebanyakan penginapan ini menyediakan jip sewaan yang boleh dikongsi dengan penghuni lainnya. Bagi yang memilih tinggal di kaki gunung Bromo dan menempah secara online, dua hotel paling popular ialah Café Lava Hostel dan Lava View Lodge.

 

Penulis sendiri yang tiba pada waktu hampir malam memilih untuk bertanyakan rumah tumpangan orang kampung dan bernasib baik kerana seorang ibu yang menjual jagung di tepi jalan ada bilik kosong untuk disewa. Suaminya juga mempunyai jip yang sedia untuk disewa keesokan harinya.

 

4. Itinerari

 

Jadi setelah sampai di kaki Gunung Bromo, apakah tempat-tempat menarik yang boleh dilawati? Ternyata ada banyak tempat menarik di sini bergantung kepada masa anda, tetapi berikut beberapa perkara yang wajib dibuat;

 

·         Matahari Terbit Di Gunung Penanjakan


 

Kredit foto: Bromo Travel Guide


Sila pastikan anda menyewa jip untuk perjalanan seawal subuh. Pemandangan matahari terbit sekitar jam 5.30 pagi sangat indah di Gunung Penanjakan.  Seawal 4.00 pagi, anda perlu bersedia dengan pakaian bersesuaian untuk mendaki Gunung Penanjakan. Untungnya, jip akan membawa anda menaiki gunung tersebut separuh jalan, dan anda bolehlah meneruskan pendakian sekitar 30 minit lagi ke puncak.

 

·         Pasir Berbisik


 

Kredit foto: Agen Wisata Bromo


Selesai melihat matahari terbit di Gunung Penanjakan, jip sewaan akan membawa anda ke Gunung Bromo dan anda akan melalui padang pasir yang gundul seakan gurun. Tempat ini dikenali di kalangan orang tempatan sebagai Pasir Berbisik, sempena tajuk sebuah  filem yang melakukan penggambaran di lokasi ini. Kerana lapisan pasir yang tebal di sini, jip tidak akan dapat sampai ke krater Gunung Bromo jadi anda ada pilihan sama ada merentasinya secara berjalan kaki atau menyewa kuda.

 

·         Bukit Teletubbies / Padang Rumput Savannah


 

Kredit foto: Jelajah Bromo


Dalam perjalanan ke Gunung Bromo, anda akan melalui sebuah bukit yang indah. Bukit ini dinamakan Bukit Teletubbies kerana bentuknya seakan latar tempat kartun popular tersebut. Manakala hamparan rumputnya yang menghijau dinamakan padang Savannah. Jika anda datang ketika letusan gunung berapi baru berlaku, hamparan hijau ini akan dipenuhi oleh debu dan digantikan pemandangan padang jarak padang terkukur

 

 ·         Kawah Gunung Bromo


 

Kredit foto: Wisata Bromo




Kredit foto: Wisata Bromo

Perjalanan kaki sekitar 30 minit sepanjang Pasir Berbisik akan membawa anda ke kaki Gunung Bromo sedia untuk menanjak ke puncak. Untuk mendakinya tidaklah terlalu sulit, kerana disediakan 250 anak tangga. Jika terlalu penat, bolehlah berehat sejenak kerana sepanjang tangga ini adalah port paling cantik untuk mengambil gambar. Di puncaknya, anda akan disuguhi dengan pemandangan kawah gunung berapi gergasi yang masih panas berasap dan menyemburkan gas sulfur yang beracun. Ingat, jangan melebihi laluan dan batas yang ditetapkan untuk bergambar!

·         Air Terjun Madakaripura


 

Kredit foto: Klayapan.com


Seusainya lawatan ke kawah Bromo, anda bolehlah bergerak kembali ke penginapan untuk pulang atau destinasi seterusnya. Tetapi jika anda ada masa terluang, tidak berapa jauh dari Gunung Bromo terdapat sebuah air terjun dinamakan Madakaripura yang cantik untuk berehat. Walau bagaimanapun, jalan 4 km menuju ke air terjun ini agak rosak teruk jadi anda dinasihatkan untuk menyewa khidmat pemandu pelancong sekiranya ingin ke sini atas faktor keselamatan.

Jadi tunggu apa lagi? Anda tidak perlu terlalu fit untuk menikmati Gunung Bromo. Pemandangan alamnya yang indah pasti berbaloi dengan segala kepayahan yang anda perlu ditempuhi. - CARI 

10

Bagus
7

Marah
9

Terkejut
10

Sedih
15

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meklalala 21-11-2018 01:07 PM
lawanyaaaaaa..tapi nampak macam ramai sangat orang, serabut
Quote Sang_Pencinta 21-11-2018 01:27 PM
meklalala replied at 21-11-2018 01:07 PM
lawanyaaaaaa..tapi nampak macam ramai sangat orang, serabut

Memang lawa.... tapi ramai orang sangat
Quote meklalala 21-11-2018 01:39 PM
Sang_Pencinta replied at 21-11-2018 01:27 PM
Memang lawa.... tapi ramai orang sangat

kan..mungkin musim orang bercuti kot waktu tu..
Quote nuralisa 21-11-2018 04:11 PM
Edited by nuralisa at 21-11-2018 04:14 PM

nak sampai mmg seksa .... sampai x cukup tido dgn sejuk bagai..
dah sampai seronok ... experience yg x boleh di beli..
nak repeat?? mmg takla... cukup sekali...  
Quote Sang_Pencinta 21-11-2018 04:19 PM
nuralisa replied at 21-11-2018 04:11 PM
nak sampai mmg seksa .... sampai x cukup tido dgn sejuk bagai..
dah sampai seronok ... experience y ...

I nak repeat. Kali ni sekali dgn kawah Ijen
Quote abangadek 21-11-2018 04:31 PM
kalau tak ramai org mcm seram pulak nak ke tempat mcm ni
Quote Themilo 21-11-2018 04:36 PM
Baru pergi bulan lepas. Masa tengok sunrise, pukul 2:30 pagi dah mendaki. Tempat yang kitorang pergi tu tak ramai orang, so memang cantik la scene matahari terbit. Sejuk weiii!!!

Then, dalam pukul 6 pagi, mendaki tangga nak tengok kawah pulak. OK, serius, ni macam Batu caves jaa.. pergi weekdays, tak ramai orang.
Quote Themilo 21-11-2018 04:40 PM
Sang_Pencinta replied at 21-11-2018 08:19 AM
I nak repeat. Kali ni sekali dgn kawah Ijen

rasa namatey manjat kawah ijen weii.. dengan sejuknya, pacak lagi.. nak naik ojek, rasa macam mahal.. sudahnya, iols sampai puncak, almotst 5:30am, maka tak nampak la api birunya.. keh keh keh..

on the way nak turun, asik jatuh terduduk je..
Quote nuralisa 21-11-2018 04:47 PM
Sang_Pencinta replied at 21-11-2018 04:19 PM
I nak repeat. Kali ni sekali dgn kawah Ijen

kawah ijen ada gak plan nak ke sana last year...
tpi rilex dulu la.. perjalanan nak sampai tu jauh bebenor...  
Quote syadail 21-11-2018 05:12 PM
perjalanan dr Surabaya ke Malang -Bromo memang jauh.
Tp memang berbaloi bila dpt tengok Bromo.
An experience of a life time.
Rindu kat Bromo dan sekelilingnya.
Quote Themilo 21-11-2018 05:36 PM
nuralisa replied at 21-11-2018 08:47 AM
kawah ijen ada gak plan nak ke sana last year...
tpi rilex dulu la.. perjalanan nak sampai tu jau ...

dari Bromo meols gerak lebih kurang jam 10 pagi, sampai kat area Ijen tu pukul 12 malam. kau rasa? kematu vontot gebu duk dalam mini van diorang
Quote nuralisa 21-11-2018 06:33 PM
Themilo replied at 21-11-2018 05:36 PM
dari Bromo meols gerak lebih kurang jam 10 pagi, sampai kat area Ijen tu pukul 12 malam. kau rasa? ...


gilossss .. itu yg aku malas tu .. tido bangun tido bangun x smpai lagi ..hahahaha
Quote Sang_Pencinta 21-11-2018 06:36 PM
Edited by Sang_Pencinta at 21-11-2018 06:41 PM

Seksa sangat jalan kat sana, bukan main jauh.
Aku dari Jogja ke Surabaya naik train malam kemudian  sampai Surabaya ke Probolinggo pula naik bas mini awam yg besar tu

Panasssssssssssssssss bas tak ada aircon, lebih 2 jam, segala macam orang kampung bawak naik, lepas tu penjual makanan sekejap turun sekejap naik campak kat kita,

Mandi peluh baru sampai Probolinggo

Dari Probolinggo kena naik bison lagi nak ke kaki gunung Bromo tu

Bison tak penuh2 , driver taknak jalan, tunggu punya tunggu

Alih2 aku dan pelancong2 mat salleh bayarkan seat kosong bagi jalan cepat

Petang baru sampai Cemara tu

Quote RatuDunia94 21-11-2018 11:13 PM
Ni la kelebihan negara yg terletak di lingkaran api pasifik.. bentuk muka bumi diorang cantik2.
Quote Sang_Pencinta 21-11-2018 11:28 PM
Themilo replied at 21-11-2018 04:40 PM
rasa namatey manjat kawah ijen weii.. dengan sejuknya, pacak lagi.. nak naik ojek, rasa macam maha ...

Mahal sangat ke ojek?
Aku kalau penat sangat nanti macam nak naik ojek jugak

Quote Themilo 22-11-2018 08:28 AM
Sang_Pencinta replied at 21-11-2018 03:28 PM
Mahal sangat ke ojek?
Aku kalau penat sangat nanti macam nak naik ojek jugak

ojek tak salah meols, kalau ikut duit kita, dekat RM200 jugak.. memang ada kawan meols yang naik ojek tu..
Quote bubu_iz 22-11-2018 12:53 PM
dulu pergi bromo tahun 2015, tak ramai lagi yg tau bromo time tu.
Me sampai surabaya malam then shoot terus ke bromo. sampai bromo terus naik jip nk tgk sunrise. gigih tak tidur 1 malam
but its really worth it ! rindu angin bromo
Quote kucing02 26-11-2018 02:26 PM
tq for info.
Quote dukungunung71 23-11-2019 03:29 AM
Sila datang... Saya Original from Cemoro lawang bromo... bini saya from klang msia.
Boleh cari kat google dengan keyword #masbeh_travel

Salam
DG {:run

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.084325 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top