CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Tersepit Di Tempat Duduk

17-9-2013 02:32 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7226| Komen: 21

Maut tersepit di tempat duduk


Kereta mangsa yang remuk dalam kemalangan di Kilometer 18 Jalan Bahau-Kemayan, petang kelmarin.


JEMPOL - Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan tiga kereta di Kilometer 18 Jalan Bahau-Kemayan, petang kelmarin.
        
Menurut sumber polis, mangsa, Ali Johari, 27, dari Felda Serting Hilir Tiga di sini, disahkan maut di tempat kejadian kerana cedera parah.
        
Menurutnya, mangsa dari arah Kemayan-Bahau, memandu kereta jenis Honda hilang kawalan selepas melalui selekoh di laluan itu kira-kira jam 4.30 petang,
        
“Kenderaan mangsa masuk ke laluan bertentangan dan melanggar belakang kereta jenis Proton Persona.

        
“Kemudian, kereta mangsa dilanggar pula sebuah kereta yang berada di belakang kereta Proton Persona. Mangsa mengalami cedera parah kerana tersepit di tempat duduk pemandu," katanya.
        
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.
        
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,”katanya.
        
Dua individu yang cedera dihantar ke Hospital Jempol dan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah untuk mendapatkan rawatan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Jempol, Deputi Superitendan Tukiman Seriman mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi.


1

Bagus
8

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PostBanhammer 17-9-2013 12:09 PM
Ini blog mangsa ke?
http://alijoe86.blogspot.com/
Quote khailya 17-9-2013 12:47 PM
PostBanhammer posted on 17-9-2013 12:09 PM
Ini blog mangsa ke?
http://alijoe86.blogspot.com/

oh yeke...? huhuhu... siannyer
takziah .. al fatihah..
Quote micha 17-9-2013 12:58 PM
pandu laju x hengat.....

aku rs jpj kene kuatkuasakan ujian teori undang2 jln ry perlu full mark br bleh ambik lesen.
Quote undark 17-9-2013 01:21 PM
alfatihah...
Quote Zielah 17-9-2013 02:27 PM
kereta yang melanggar adalah kereta pegawai di tempat saya bertugas. Isteri beliau  patah tangan dan dislocate tulang pinggul, anaknya masih  dimonitor oleh doktor. Beliau ok. Kereta Civic tu terbabas... masuk  lane dia dan dia tidak dapat berbuat apa.

Innalillah .... harap semuanya ok.....  big boss di dalam perjalanan untuk  menziarah beliau. Daripada maklumat yang diperolehi .... kereta Honda tu memang laju.
Quote puterikhaleeda 17-9-2013 02:42 PM
aduhaiiiii
Quote puterikhaleeda 17-9-2013 02:43 PM
Zielah posted on 17-9-2013 02:27 PM
kereta yang melanggar adalah kereta pegawai di tempat saya bertugas. Isteri beliau  patah tangan dan ...

moga kawan awak dan keluarganya sihat.... saman lah insuran kereta yg melanggar tuh...

Quote gaara_X 17-9-2013 02:47 PM
sure laju keta itu.....
Quote md_nana 17-9-2013 03:10 PM
kalau tgk kat blog tu mcm hensem jek mangsa.
ape pon takziah.
Quote taji2906 17-9-2013 03:13 PM
Zielah posted on 17-9-2013 02:27 PM
kereta yang melanggar adalah kereta pegawai di tempat saya bertugas. Isteri beliau  patah tangan dan ...

dislocate tulang pinggul??? tak terbayang aku...

Quote tebuanharimau 17-9-2013 03:33 PM
PostBanhammer posted on 17-9-2013 12:09 PM
Ini blog mangsa ke?
http://alijoe86.blogspot.com/

location JB dak blog tu punya profile.. betul ke yg eksiden ni?

Quote nurfariezza 17-9-2013 03:58 PM
md_nana posted on 17-9-2013 03:10 PM
kalau tgk kat blog tu mcm hensem jek mangsa.
ape pon takziah.

xpsl2 i pon t'pngruh nk bkak blog dia jgak...ekeke
Quote tintabiru73 17-9-2013 04:06 PM
PostBanhammer posted on 17-9-2013 12:09 PM
Ini blog mangsa ke?
http://alijoe86.blogspot.com/

Umur, lokasi dah sama.. mungkin dia. Cuba ucapkan takziah kat blog tu.
Innalillah..
Quote mak_wa95 17-9-2013 04:12 PM
takziah kpd keluarga mangsa
Quote md_nana 17-9-2013 04:15 PM
nurfariezza posted on 17-9-2013 03:58 PM
xpsl2 i pon t'pngruh nk bkak blog dia jgak...ekeke

org atas tu tepek.
klik jek la.
sekali tgk, mude lagi. hensem woi
Quote nurfariezza 17-9-2013 04:21 PM
md_nana posted on 17-9-2013 04:15 PM
org atas tu tepek.
klik jek la.
sekali tgk, mude lagi. hensem woi

i nmpak jgak link 2..
tp td xb'nfsu pn nk bkak..
lpas u ckp hensem laju je i klik..hehhe
Quote HUHA 17-9-2013 04:22 PM
itu la lain kali beli suprima S baru selamat

ada 6 airbag tauuu
Quote PostBanhammer 17-9-2013 04:23 PM
tebuanharimau posted on 17-9-2013 03:33 PM
location JB dak blog tu punya profile.. betul ke yg eksiden ni?

Kalau blog profil beliau tulis di JB, beliau seharusnya ditakdirkan meninggal di JB juga kah?
Pepehal, memang tak confirm pon lagi tu blog si mangsa atau tidak.
Quote PostBanhammer 17-9-2013 04:25 PM
nurfariezza posted on 17-9-2013 04:21 PM
i nmpak jgak link 2..
tp td xb'nfsu pn nk bkak..
lpas u ckp hensem laju je i klik..hehhe

Malangnya abam tiada blog. Kalau tidak, boleh lah ayang nurfariezza tengok kehenseman abam.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.069560 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top