CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pendakwah Muda Ini Gelar Wanita Kehodohan Alam, Tiba-Tiba Dia Pula Yang 'Depress'

12-11-2018 12:18 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8383| Komen: 36|Original author: Oleh: Azza



Dek kerana melabelkan wanita sebagai kehodohan alam, pendakwah muda Aiman Banna teruk dikecam netizen. Ucapan tersebut ditujukan kepada wanita yang meletakkan gambar di sosial media tetapi menutup bahagian tertentu badan dengan emoji.

"Kalau nak post sangat gambar yang cover letak emoji tu, baik post gambar emoji saja. Tak payah letak muka kau. Itu faktor menambah dosa, sebab muka tak lawa, kita nampak kehodohan alam...kita rasa nak mencarut."

Aiman yang melabelkan dirinya sebagai pendakwah versi siber, membuatkan ramai netizen bengang kerana kata-kata tersebut. Maka terkeluar pelbagai cerita yang tidak sedap didengar mengenai Ustaz Minho ini (melabelkan dirinya sendiri kerana mirip pelakon Maze Runner). 

Kredit foto: Twitter
Foto - IG

Namun, di laman Instagram miliknya, Aiman menjelaskan bahawa perkataan tersebut hanyalah sekadar untuk bergurau dan ia difahami oleh audien ketika itu. Jadi, jangan mencari salah dirinya kerana tidak bagus sebagai seorang muslim.

Bagaimanapun, bagi netizen ia adalah pengaruh buruk kerana Aiman membawa nama muslim, tapi mengecam wanita. Apa perbezaannya dengan Alif Syukri yang juga 'body shaming'?


Bagi netizen ini, bukan isu kehodohan alam sahaja yang diperkatakan. Banyak lagi perkara yang kabur mengenai pendakwah ini. Antaranya ialah biodata yang diragui, inti ceritanya yang hanya berkisah kepada kahwin muda, isu plagiat dan terkini mengumumkan dirinya kemurungan, jadi tidak mahu bersosial media tetapi dilihat masih aktif mengemas kini akaun.

Foto - IG

Masalah makin teruk apabila ramai netizen yang membongkar kisahnya serta bimbang dengan pengaruhnya terhadap anak muda ini.


"Kalau betul dia disegani sangatlah, kenapa dia tak dok dalam kalangan ustaz yang lain? Dia macam dalam dunia sendiri. Jangan kata respek dari agamawan lain, respek dari orang ramai pun makin tipis. Penyokong tegar dia kekal dalam kalangan budak sekolah saja."


Bagi netizen, siapa sahaja yang menggunakan hujah agama tetapi dia sendiri bermain emosi serta kononnya menjadi mangsa adalah penunggang agama yang sebenarnya. Apa pula pendapat anda? - CARI 
13

Bagus
22

Marah
4

Terkejut
17

Sedih
13

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Foxey 12-11-2018 12:51 PM
eh? tak kenai pun.

the beauty of not having any soc med a/c
Quote Ferr_Remy 12-11-2018 12:55 PM
Ni bff si PU Amin. Selayaknya lah.
Quote MissVixen 12-11-2018 01:12 PM
Minho??? Celah mana? Tapak kaki? Perasan betul. Pelik2 je pendakwah zaman sekarang.
Quote nazzse 12-11-2018 01:29 PM
Bini nya 2×5 dengan laki..penunggang agama..kenal lps cousin i cerita pasal bini mamat ni viral di tweeter pasal menganjing anak2 muda nak kahwin awal
Quote axl_bach 12-11-2018 01:34 PM
Ni kan mamat yg ada syarikat penerbitan yg keluarkan buku karya si Hassanah tu kan...apa jadah tajuk buku dia Henshin Muslimah ke apa tu....

Kononnya si Hassanah tu karang cerita tipu selawat kat dahi budak mat salleh atas flight AA sbb nk ada follower kes kecewa sykt Aiman ni x bantu pasarkan karya2 dia tu kan
Quote sarahmirza 12-11-2018 01:38 PM
Tak kenal pun...
Quote MeghanK 12-11-2018 01:55 PM
minho who are yousss
Quote leylapple 12-11-2018 01:57 PM
salah satu penunggang agama...prfttttt
Quote dewi 12-11-2018 01:59 PM
pandi sgt konon nasihat org kasi ceramah , diri sendiri tak reti nak kawal sampai depress mn ubat. tak reti2 nak dekat kan diri dgn Allah cari ketenangan n redho  Allah ke macam ne ni

Quote saviour_09 12-11-2018 02:16 PM
kot ye ceramah sampai nak downgrade kan pompuan camtu ke?
mak ko lelaki?
nenek ko?
adik beradik sedara mara?
pfftttt!
end up ko yg depressed kena kecam
bagus la
kurang sorang lagi penunggang agama
Quote CardiGans85 12-11-2018 02:31 PM
Memang la kena depression tapi tak payah bodoh nak karang ayat panjang2 untuk justification yg kau kena mental illness tu. Kau sendiri kena sedar yang hidup kau juga bersandarkan validation followers/netizen.

Kau seorang ustaz tapi pendekatan kau amat kasar.
Quote buapakperut 12-11-2018 03:16 PM
mirip minho? sila terjun lobang indah water yach.
Quote Powerocks 12-11-2018 03:37 PM
actually siapa PU PU ni semua yang bagi aku whoaryussss je
Quote armin 12-11-2018 03:53 PM
Dia ni yg belajar tak habis tp letak kat bio website? Mcm mana blh jd pendakwah kalau belajar pun tak habis?
Quote armin 12-11-2018 03:53 PM
Dia ni yg belajar tak habis tp letak kat bio website? Mcm mana blh jd pendakwah kalau belajar pun tak habis?
Quote tri-max 12-11-2018 04:10 PM
sapala makhluk ni,
PU ni kira da tahap maksum ke?
apa2 je lah, bercakor dlm soc med macam no life punya worang.
Quote CrowneGlory 12-11-2018 04:40 PM
kepala bana
Quote duri_durians 12-11-2018 04:56 PM
tak pernah follow, tak pernah dengar ceramah nya.
cuma nak kata, tugas pendakwah tu teramat lah berat.

kalau tak semua orang berupaya dari segi zahir, batin, ilmu, akhlak.

dari segi luaran, tentangan boleh datang daripada manusia atau syaitan sendiri (cue Munafik 2).

sangat berat tugas pendakwah tu.
Quote chicozinn 12-11-2018 08:00 PM
Mohon la ostad2 socmed ni blaja cara ustad ebit tu..motif nak sentap2 depression abah ko la..keje ko cuma hadap socmed jahh len la ko kne hadap bos puaka ngan fail bertimbun2 pastu deadline sume short term bgai..

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.113661 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top