TAN menunjukkan cara pengawal keselamatan itu mengacukan senapang ke arahnya.
Sungai Petani 17 Sept: Seorang peniaga wanita berusia 46 tahun mendakwa terkejut dengan tindakan seorang pengawal keselamatan di sebuah bank, di sini, yang mengacu senapang pump gun kepadanya selepas berlaku pertengkaran akibat kekasaran ketika berkunjung ke bank berkenaan. Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang Jumaat lalu ketika Tan Sock Hoi mahu memasuki bank bagi mengambil buku, namun berlaku pertengkaran dengan lelaki berusia 40-an berkenaan yang kemudian mengacu senapang ke arahnya ketika dia mahu keluar dari premis itu. Tan dari Bedong, di sini, berkata, dia terlewat ke bank terbabit dan memaklumkan kepada pengawal keselamatan dia mahu masuk untuk mengambil buku ceknya yang habis kerana institusi kewangan itu akan ditutup selama tiga hari berikutan cuti umum.
Katanya, pengawal keselamatan itu tidak membenarkannya, tetapi rakan sekerjanya yang mendengar permintaannya membuka pintu. Bagaimanapun, dia mendakwa pengawal pertama menolaknya dari belakang ketika dia mahu masuk. “Ketika hendak keluar selepas urusan selesai, saya bertanya kepada pengawal keselamatan terbabit kenapa dia menolak saya. “Lelaki itu mengambil objek plastik keras yang menahan pintu lalu memukul kepala, lengan kiri dan tangan kanan saya. Saya yang berasa sakit cuba mempertahankan diri sebelum berlaku pertengkaran. “Pengawal keselamatan itu bertindak keterlaluan apabila mengangkat senapangnya dan mengacu ke arah saya menyebabkan saya terkejut. Malah, beberapa pegawai dan kakitangan bank yang melihat kejadian itu juga tidak berbuat apa-apa terhadap pengawal keselamatan terbabit,” katanya selepas membuat aduan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang Simon Ooi di pejabat ADUN berkenaan, di sini, petang kelmarin. Menurutnya, dia terkejut apabila tiga kakitangan lelaki bank itu menangkapnya sedangkan mereka sepatutnya menahan pengawal keselamatan terbabit yang mengacu senapang ke arahnya. Katanya, dia kesal dengan tindakan pengawal keselamatan terbabit dan pengurusan bank kerana tugas pengawal keselamatan adalah memastikan keselamatan di premis terbabit, tetapi sebaliknya berlaku. “Saya kecewa serta takut selepas kejadian itu. Berikutan itu, saya membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani agar tindakan dapat diambil terhadap pengawal keselamatan terbabit,” katanya. Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian, berkata siasatan sedang dijalankan dan pihak polis sudah mengenal pasti pengawal keselamatan terbabit untuk tindakan lanjut. |
solstice posted on 17-9-2013 10:20 AM
Mengikut pengalaman aku rasanya minah ni spesis kurang ajar
Tak de nya security tu tiba2 nak pukul ...
ADVERTISEMENT