CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Betul Ke Masakan Pakcik Dan Makcik Di Kampung Lagi Sedap Daripada Chef Selebriti?

13-11-2018 04:10 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 6197| Komen: 36|Original author: Oleh: Whitney

Tidak dinafikan, ramai dalam kalangan kita yang begitu gemar dengan masakan Melayu selera kampung walaupun rata-rata sudah berhijrah dan tinggal di bandar. Yang menariknya, masakan kampung amat mudah didapati kerana kita tidak perlu pulang ke kampung semata-mata untuk menikmatinya kerana ia turut terdapat di bandar-bandar besar. 


Tetapi, adakah rasa masakan tersebut begitu sama dan sesedap air tangan yang dimasak oleh golongan tua yang tinggal di kampung dan mewarisi resepi daripada ibu dan nenek moyang mereka? 

Gambar sekadar hiasan
Rhys, seorang lelaki warga Britain yang sudah lama menetap di Malaysia dan sangat menyukai budaya dan masakan Melayu. Dia telah memuat naik satu status di akaun twitternya dan memuji masakan yang dimasak oleh golongan makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang memasak di kampung mengikut resepi turun temurun mereka. 


Menurut pandangannya, masakan selera kampung yang dimasak oleh mereka tidak dapat ditandingi oleh chef-chef selebriti yang ada di negara ini. 


Rhys dah rasa semua masakan chef ke?
Bagaimanapun, ada netizen yang merasakan Rhys masih belum betul-betul merasai masakan yang dimasak-masak oleh chef-chef terkenal di negara ini yang dianggap pakar dalam pelbagai jenis masakan. Tetapi menurut Rhys, dia sudah banyak menjelajah ke seluruh Malaysia dan mencuba masakan daripada ramai tukang masak dan dia sangat pasti yang masakan daripada orang yang tinggal di kampung lebih menyelerakan dan rasanya sangat asli.  

Netizen pun setuju masakan orang kampung lagi sedap!

Ramai netizen yang bersetuju dengan status yang dikongsi kerana air tangan orang kampung memang tidak sama dengan chef-chef selebriti yang memasak mengikut resepi yang sesetengahnya sudah diolah mengikut citarasa sendiri. 

Orang sekarang masak nak cepat
Malah, orang zaman sekarang lebih suka memasak menggunakan peralatan masakan seperti periuk yang moden dan menggunakan bahan masakan segera yang lebih cepat dan senang diperoleh. Sudah tentu ia tidak sama dengan masakan yang dimasak oleh orang lama yang tinggal di kampung. 

Jemput datang rumah untuk rasa masakan
Untung Rhys, ada beberapa orang netizen yang sudi menjemput Rhys ke rumah untuk merasa masakannya dan ada yang ingin membungkus masakan ibunya yang dikatakan sangat sedap. Nanti bolehlah Rhys komen sedap ke tidak masakan mereka. 

Apa-apa pun, ia tetap bergantung kepada citarasa masing-masing. Bagi sesetengah orang, masakan chef-chef selebriti sudah cukup sedap kerana mereka juga mempunyai resepi tersendiri dan ada yang lebih sukakan air tangan pakcik dan makcik yang tinggal di kampung kerana rasanya lebih asli. Kalian suka yang mana?  - CARI 
28

Bagus
23

Marah
30

Terkejut
17

Sedih
17

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (133 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LostStar 13-11-2018 04:15 PM
nak taw apa nama makcik yg buat pucuk pegaga tu plsssss... menarik sungguh.. rendang maman pon da menyelerakan..
Quote RatuDunia94 13-11-2018 04:15 PM
Sbb yg kat kampung tu dia guna bahan2 yg asli. I mean byk ingredient yg auntenthic sbb tu rasa dia lain sikit.. yg che mostly diorg dh ubahsuai utk sesuaikan dgn keadaan semasa.
Quote palmolive 13-11-2018 04:35 PM
org bandar..nak beli baja pokok pun gi pasaraya
Quote prettyuglybabe 13-11-2018 04:53 PM
setuju je.. orang dulu masak mana ada sukat-sukat..
main lempar je dalam periuk..
semua secukup rasa..

chef chef pulak more to western and fusion food..
hilang dah ciri-ciri tradisional masakan melayu..

Quote lonso 13-11-2018 05:04 PM
setuju sgtlah si rhys ni ckp.. dia pun dah lebih melayu dari melayu sendiri... bila org luar  hargai budaya kita.. maknya ianya satu khazanah intelek yg sgt  berharga
Quote Levespa 13-11-2018 05:23 PM
kalau masakan kampung air tangan org tua2 la terbaik..
Quote intanumbrella 13-11-2018 05:27 PM
LostStar: nak taw apa nama makcik yg buat pucuk pegaga tu plsssss... menarik sungguh.. rendang maman pon da menyelerakan..

Makcik aku terer buat rendang pucuk ubi...sedap kaw2..
Quote Artemesiaa 13-11-2018 05:35 PM
Yang kat kampung selalunya betul2 ikut resepi tradisi bahan2 pun kadang main petik keliling rumah je selain dengan penuh kasih sayang sebab masakan untuk yang tersayang.  Yang oleh chef tu kadang ada sedikit olahan sana sini ikut mana bahan yang ada, bahan2 pun terpalsa dibeli semuanya bukan betul2 fresh pun kadang dan masak sebab bekerja.
Quote munchkin 13-11-2018 07:22 PM
Ye betul. Setuju aja
Quote salmon-suki 13-11-2018 07:31 PM
Wehhh..rendang ayam ngn mamam tu..adehhh..merecik lak..terliur plak...
Tp mmg rasa masakan macik2 pacik2 kg lg best drpd hotel2..hehehe~tingat lak gulai ikan masin ngn gulai kawah kenduri...aduhaiiii~{:childlike
Quote salmon-suki 13-11-2018 07:36 PM
prettyuglybabe: setuju je.. orang dulu masak mana ada sukat-sukat..main lempar je dalam periuk..semua secukup rasa..chef chef pulak more to western and fusion food..h ...

paling takleh blah bila bahan2 penting dorg ganti dgn bnde2 artificial,mcm nasi kerabu biru tu sepatutnya guna bunga telang ke ape daa nama bunga tu..dorg guna pewarna biru..pstu santan ganti ngn susu cair atas dasar kurangkn kolestrol...thats why masakan x rasa lemak2 santan..kalau kuih lak xde kilat2 seri tu..

Setakat ni chef ramai y fusion laa..nk suit org lain pny taste...walhal kalau betul nk introduce makanan kita kt org luar,better stick to the original recipe...baru dorg dpt pengalaman sbnr taste n authenticity makanan tradisional kita..tu pndapat sy laa..
Quote vimash 13-11-2018 07:49 PM
betul. org tua masak sambal kemain lama. org skrg kejap dah siap.. gulai pun lemak kelapa...
Quote Kenabertaubat 13-11-2018 07:52 PM
Arwah jiran aku kat kampung dulu terer buat kuih seri muka. Sedap, lemak, berkrim semua cukup. Air tangan orang tua. So far mana-mana aku makan kuih seri muka tak pernah lagi jumpa sesedap seri muka arwah.
Quote 234126 13-11-2018 09:30 PM
Of course!!
Quote makita 13-11-2018 09:45 PM
Pegh...daging salai masak lemak, salai guna sabut kelapa rasanya. Bau dia mmg xkan dpt la kecuali waktu kenduri kwen kt kg.
Lg satu kuih koci. Kelapa parut guna kukur kelapa. Inti kelapa tu kasar2 sedapnyaaaaa. Kat kg je dpt koci inti gitu.
Quote batu kikir 13-11-2018 09:58 PM
Mertua aku hari tu masak cendawan kukur (musim2 hujan ni banyak cendawan kukur) masak lomak cili api campur sedikit pucuk ubi. Makan dengan ikan goreng.
Sodap weh............2 x tambah. Tak perlu pun nama2 french macam kat hotel tu
Quote chinta89 14-11-2018 08:35 AM
yg original tetap sedappp okeyh
Quote nordiana87 14-11-2018 09:23 AM
Setuju! Raya hji ritu mak aku masak sup tulang guna periuk biase, bapak lama. Makan jam kot. Dh la huna api sederhana je. Tpi lepas siap tu. Bapak lain rsa. Air tulang tu kluar. Kata mak aku la. Esok nye aku msk guna pressure cooker, 20min je. Hambar siot.
Quote Yorimimiko 14-11-2018 01:06 PM
Lamanya tak makan rendang maman {:childlike

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.045787 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top