Ramai warga Malaysia sudah mendengar mengenai penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2018 di mana kerajaan telah mengisytiharkan beberapa tempat sebagai kawasan larangan merokok. Tapi sejauh mana anda mengetahui tempat-tempat larangan tersebut? Sebelum ini umum sudah sedar mengenai larangan merokok di premis-premis seperti hospital, sekolah dan kenderaan awam. Tetapi pengetahuan orang awam mengenai larangan merokok di beberapa tempat termasuk yang baru disenaraikan mungkin masih kurang. Berikut disenaraikan tempat-tempat larangan merokok mulai Januari 2019; 1. Kompleks Membeli Belah: Larangan termasuk semua jenis kompleks membeli-belah yang dikunjungi orang awam, sama ada mempunyai penghawa dingin atau tidak. 2. Kedai Makan: Larangan berkuatkuasa untuk kedai makan yang mempunyai penghawa dingin.
3. Tempat Kerja: Larangan berkuatkuasa di semua ruangan tempat kerja (termasuk syarikat swasta) yang mempunyai penghawa dingin dengan system berpusat. 4. Kaunter Perkhidmatan Bank, Telekom, Tenaga atau Pos: Larangan berkuatkuasa hanya untuk tingkat bangunan di mana terdapatnya kaunter perkhidmatan bank, Pos, Tenaga atau Telekom. 5. Kawasan Bersukan Awam : Larangan meliputi stadium, gimnasium, pusat sukan atau trek larian di taman awam. 6. Bangunan Keagamaan: Termasuk di perimeter bangunan dan kawasan berpagar. 7. Lapangan Terbang: Sudah dikuatkuasakan sebelum ini tetapi masih ada ruang kawasan merokok. Mungkin akan diharamkan sepenuhnya. 8. Premis Kerajaan: Larangan sebelum ini termasuk Hospital, IPTA dan Sekolah, kini meliputi semua bangunan dan pejabat kerajaan persekutuan. 9. Dewan Awam: Semua tempat di mana perjumpaan atau perhimpunan diadakan. 10. Taman Asuhan Kanak Kanak-Kanak: Peringatan untuk bapa-bapa yang menghantar anak ke taman asuhan Mereka yang didapati melanggar larangan ini akan didakwa mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 1983 (Akta 324) yang boleh mengenakan denda sehingga RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi 2 tahun. Bagi larangan merokok di restoran, tindakan juga akan dikenakan terhadap pemilik premis tersebut. Walaupun begitu, tidak jelas bagaimanakah penguatkuasaan akan dilakukan kerana selama ini hanya pegawai Jabatan Kesihatan yanga da kuasa mengenakan tindakan. Nampaknya ruang dan kawasan untuk perokok semakin mengecil. Apa kata perokok tegar cuba menghentikan tabiat ini? - CARI |
12
Bagus |
15
Marah |
19
Terkejut |
15
Sedih |
15
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT