CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Nak Bagi Anak Melawa Dengan Gelang Emas, Tapi Tumbesaran Tangan Anak Terbantut!

21-11-2018 12:21 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 13851| Komen: 39|Original author: Oleh: Whitney

Sudah menjadi kebiasaan bagi ibu-ibu yang mempunyai anak perempuan memakaikan barang kemas seperti rantai, gelang dan subang sejak anak-anak diusia bayi lagi. Perhiasan daripada emas ini dipakaikan sebagai tanda yang bayi itu bayi perempuan dan juga  tanda kasih sayang serta kebanggaan. Ia berbeza dengan anak lelaki kerana tidak boleh dipakaikan perhiasan emas.  


Kredit foto: FB Cik Puan Auni
Bagaimanapun, pemakaian barang kemas pada bayi dan kanak-kanak boleh mengundang pelbagai risiko bahaya. Biasanya ia melibatkan kejadian ragut atau tertelan loceng emas pada gelang tangan terutamanya bayi yang suka menggigit dan memasukkan sesuatu ke dalam mulut.  

Cerita yang dikongsi oleh seorang pengguna facebook ini boleh dijadikan pengajaran buat para ibu yang begitu ghairah memakaikan perhiasan emas kepada anak-anak mereka. Mungkin ramai yang tidak menyangka, gelang emas yang dipakai oleh anak-anak boleh menyebabkan tumbesaran tangan mereka terbantut. Tetapi, itulah yang berlaku kepada seorang ibu muda ini yang begitu menyesal dan sudah fobia untuk memakaikan gelang emas kepada anaknya ketika masih kecil. 



Bukan nak menunjuk tapi sekadar berkongsi
Anak perempuan akan kelihatan berseri dengan perhiasan emas
Tunggu anak besar baru pakaikan emas

Rata-rata netizen mempunyai keinginan untuk memakaikan gelang emas kepada bayi perempuan mereka. Ialah, siapa yang tidak suka melihat anak mereka kelihatan lebih cantik dengan adanya perhiasan emas di badan mereka. Tetapi setelah membaca dan mengetahui tentang risiko bahaya bagi tumbesaran anak-anak, mereka terpaksa membatalkan hasrat tersebut seketika dan akan menunggu sehingga anak-anak mereka besar untuk dipakaikan perhiasan emas.  


Serik setelah anak kena ragut
Netizen ini pula serik untuk memakaikan perhiasan emas kepada anaknya setelah perhiasan emas anaknya diragut oleh perompak dan mendatangkan kecederaan. 

Bergurau sampai terjerut leher dengan rantai emas

Bahaya memakai perhiasan emas kepada kanak-kanak bukan sahaja boleh berlaku di luar rumah tetapi boleh terjadi ketika bermain bersama-sama dengan kakak-kakak dan abang-abang mereka ketika di rumah. Tidak pasal-pasal rantai leher yang dipakai boleh menjerut leher anak akibat gurauan kasar. 
Tidak salah untuk berhias dan memakaikan barang kemas kepada anak-anak semasa kecil tetapi berpada-padalah. Jangan sampai ia membantutkan tumbesaran anak-anak dan juga membahayakan nyawa mereka. Jadi, berhati-hatilah ya! - CARI 

14

Bagus
15

Marah
9

Terkejut
8

Sedih
10

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 21-11-2018 12:28 PM
Kalau pakai untk event, ok lah. Tapi kalau buat pakai tiap ari, tdo pun pakai, tak rimas ke budak tu? Aku sendiri tak leh tdo kalau pakai rantai atau gelang..
Quote blythes 21-11-2018 12:50 PM
aku yang tengok pun rasa lemas
Quote pearl.silver 21-11-2018 12:55 PM
Besar gila bola2 gelang dia tu..mesti sakit tgn budak tu klu tgn tindih
Org lain buh rantai tgn yg halus je..ni buh mcm mami jarum
Quote gdspls 21-11-2018 01:33 PM
mcm tak logik je.. bukan pergelangan tangan baby memang mcm tu ke?
gelang pun pakai longgar je
kosser la netizen ni..
saje nak tunjuk gelang anak dia la tu
Quote meklalala 21-11-2018 01:44 PM
bahaya la pakai gelang kat baby..tak kira la emas ke bukan..dibuatkan baby tu tergigit pastu masuk mulut macam mana..tu belum kira kalau ada yang curi lagi, kalau curi amek gelang saja takpe, kotnya pergi rembat macam tu hah tak ke kesian..bukan mintak tapi kena berhati hati..simpan je la duit masukkan dalam tabung pendidikan anak anak..
Quote eyansss 21-11-2018 03:03 PM
satu je acik nak cakap, rambut ko lawa dek...  jeles weih...  dah, pasni takyah dah pakai gelang...  free urself to explore the world...
Quote eyansss 21-11-2018 03:03 PM
meklalala replied at 21-11-2018 01:44 PM
bahaya la pakai gelang kat baby..tak kira la emas ke bukan..dibuatkan baby tu tergigit pastu masuk m ...

kan dah ada kes mak dia pakaikan cincin pastu anak tercekik...  sebaek dapat diselamatkan...
Quote chicozinn 21-11-2018 03:05 PM
laki aku da marah aku nk boh gelang ke rantai kat anak aku sejak anak sedara dia ilang rantai tangan masa raya 3 thun lepas..padahal yg pegang budak tu pun sedara mara gak tapi nak wat camne xde bukti plus hari raya kan..mendapat la si pencuri tu emas kalu jual pun mau dpat 1k sbab rantai berat 10g cmtu
Quote meklalala 21-11-2018 03:10 PM
eyansss replied at 21-11-2018 03:03 PM
kan dah ada kes mak dia pakaikan cincin pastu anak tercekik...  sebaek dapat diselamatkan...

haa tu yang tak nak dengar..nasib baik selamat..harap harap makpak fikir fikirkan benda ni kan..tak payah nampak kaya la yang penting selamat..
Quote chinta89 21-11-2018 03:51 PM
nama anak kemahen lagi.. feeling2 sungguh la makpak skg nama anak belit lidah.

yela tu x nk menunjuk.. kawan2 ak kalau upload gmbr anak sedang tdo, duk fokus tgn anak tu gelang gedabak besar.
Quote gummygummy 21-11-2018 04:09 PM
eyansss replied at 21-11-2018 03:03 PM
satu je acik nak cakap, rambut ko lawa dek...  jeles weih...  dah, pasni takyah dah pakai gelang...  ...


Rambut pelesu la acikk. Acik ni pon ingt rmbut betul. Tapi kilat semacam hahaha. Gigih laaaa

Screenshot_20181121-160600_Facebook.jpg
Quote aleesyasofia 21-11-2018 04:55 PM
iolss dah besar gini pon rimas kalo pkai gelang besar2 gitu.. mjur iolss bkn jnis gler emas..
Quote eyansss 21-11-2018 08:42 PM
gummygummy replied at 21-11-2018 04:09 PM
Rambut pelesu la acikk. Acik ni pon ingt rmbut betul. Tapi kilat semacam hahaha. Gigih laaaa

ceh... acik tarik balik pujian acik... penat ne acik jeles membabibuta... hahaha...
Quote eyansss 21-11-2018 08:44 PM
meklalala replied at 21-11-2018 03:10 PM
haa tu yang tak nak dengar..nasib baik selamat..harap harap makpak fikir fikirkan benda ni kan..ta ...

ramai sangat yang meriak dalam diam... suka sangat guna tiket nak share kebahagiaan tapi nak tunjuk kebendaan sebenarnya...
Quote makita 21-11-2018 09:00 PM
eyansss replied at 21-11-2018 08:44 PM
ramai sangat yang meriak dalam diam... suka sangat guna tiket nak share kebahagiaan tapi nak tunju ...

Hahaha biasa la eyanss, kt fb deko umah, nk tunjuk bunga, duk tanya mana yg suai tp sebenarnya nak tunjuk bekground nye umah besar.
Eh bdk tu pkai rambut pelsu meh. Adoi mak dia ni.
Quote RatuDunia94 21-11-2018 11:10 PM
gummygummy replied at 21-11-2018 04:09 PM
Rambut pelesu la acikk. Acik ni pon ingt rmbut betul. Tapi kilat semacam hahaha. Gigih laaaa

Whattttt??? Pakai kan anak rambut palsu nk g mall? Ko dh kenapa kak??

Iols syak mesti mak nya ni jenis peminat novel n drama2 melayu pukul 7. Tgok lah nama anak pon mcm watak novel berangan..
Quote eyansss 21-11-2018 11:20 PM
makita replied at 21-11-2018 09:00 PM
Hahaha biasa la eyanss, kt fb deko umah, nk tunjuk bunga, duk tanya mana yg suai tp sebenarnya nak ...

itu la... matik2 ingatkan rsmbut anak dia lawa... rupanya fake..:
Quote haryatie 22-11-2018 08:02 AM
makaih gelang..besar2 nya
mesti dia pakaikan yg ngam2 jerk
tp x risau ker keselamatan ank..

Quote buapakperut 22-11-2018 08:10 AM
kalau cik puan nak post eja betul l2 tangan, ni tanggan tanggan rengsa aku.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.075992 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top