CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kawan Pinjam Maggi Sepeket Pun Berkira, Kau Pinjam 20-30k Lepas Tu Tak Nak Bayar?

26-11-2018 03:22 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 5791| Komen: 16|Original author: Oleh: Whitney

Isu pinjaman PTPTN sentiasa menjadi perhatian sejak dari dahulu sehinggalah sekarang. Ia seolah-olah tiada jalan penyelesaian yang boleh memuaskan hati semua pihak. PTPTN telah membantu ramai golongan pelajar terutamanya mahasiswa di Institusi pengajian tinggi awam dan swasta dengan memberikan bantuan pinjaman bagi menampung yuran dan perbelanjaan para pelajar. Tetapi, apa yang menyedihkan ialah mengenai sikap peminjam PTPTN yang liat atau tidak mahu membayar semula hutang mereka setelah tamat belajar.


Kredit foto: Google
Seorang pengguna twitter telah memuat naik status tentang satu demontrasi jalanan yang telah dilakukan oleh golongan mahasiswa mengenai isu PTPTN. Lelaki ini sememangnya tidak berpuas hati dan bersetuju dengan tindakan mahasiswa tersebut yang dianggap liat atau tidak mahu membayar hutang PTPTN mereka. Ialah, ramai yang tahu, hutang wajib dibayar walau dengan apa cara sekalipun. 


Dah berhutang, wajiblah bayar!
Ada netizen yang turut mengecam mahasiswa yang terlibat dengan demontrasi tersebut. Masing-masing bengang apabila mereka dikatakan membuatkan tuntutan agar memansuhkan bayaran balik pinjaman PTPTN. Sudahlah berhutang, tetapi tidak mahu membayar semula hutang mereka. Ia amat memalukan!


Salah faham, bukan mereka tak nak bayar
Rupanya ramai netizen yang tidak tahu tentang cerita sebenar mengenai demontrasi tersebut. Para pelajar tersebut bukanlah berhimpun kerana mahu dimansuhkan bayaran balik pinjaman PTPTN tetapi ingin menuntut janji kerajaan PH sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya sebelum ini. Mereka hanya mempersoalkan tentang polisi bayaran balik pinjaman PTPTN yang diumumkan dalam pembentangan belanjawan baru-baru ini yang mana tidak selari dengan janji semasa kempen pilihan raya. 


Kesian pelajar yang tekun belajar 
Selain itu, dalam bajet 2019 baru-baru ini, peminjam yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan akan dikenakan pembayaran balik melalui potongan gaji dengan kadar 15% bergantung kepada pendapatan. Potongan pinjaman hanya diberikan kepada pelajar dari golongan isi rumah B40 yang mendapat keputusan kelas pertama. Ramai mahasiswa dan graduan tidak berpuas hati kerana ia tidak diberikan kepada semua pelajar yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama seperti yang dijanjikan sebelum ini. 

Netizen yang memahami cuba meletakkan diri mereka ditempat para mahasiswa tersebut. Mereka dapat membayangkan usaha mahasiswa dalam menghabiskan pengajian mereka dengan bersungguh-sungguh dan mengharapkan agar mendapat keputusan kelas pertama. 

Sememangnya, dalam manifesto Pakatan Harapan pada kempen pilihan raya umum yang lalu ada menyebut mengenai isu PTPTN ini. Ramai yang menarik nafas lega apabila pembayaran balik pinjaman para graduan boleh ditangguhkan bagi mereka yang berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan telah diumumkan. 

Ramai yang sedar, para graduan masa kini mengalami kesukaran mendapat pekerjaan. Jadi, ramai pelajar yang berusaha belajar dengan bersungguh-sungguh agar mendapat keputusan yang cemerlang sekaligus melayakkan mereka mendapat keistimewaan seperti yang dijanjikan.  - CARI 

17

Bagus
12

Marah
21

Terkejut
18

Sedih
18

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (103 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 26-11-2018 04:20 PM
kalau yang berdemo ni 1st class honored aku tak kisah... sepatutnya buat cam dulu, waive untuk golongan ni...

tapi yang lenlain tu, sila sedar diri n bayar hutang... ko pinjam limaposen dari jutawan pun wajib bayar balik, ni kan plak puluh2 ribu dari agensi kewangan...
Quote umbut 26-11-2018 04:47 PM
eyansss replied at 26-11-2018 04:20 PM
kalau yang berdemo ni 1st class honored aku tak kisah... sepatutnya buat cam dulu, waive untuk golon ...

1st class memang waive... ptptn pun bukan bayar semua.. ada subsidy kerajaan lagi... ni sedara aku ler.. org lain x tau

Budak2 mentah ni dah kena hasut.. jom kita demo... gituuuu
Quote allysumc 26-11-2018 10:09 PM
tahun dpn msh lagi x diskaun 20% klu bayar lump sum?
Quote awexgaban7 27-11-2018 05:42 PM
makan dalam..btw meolz masa last gomen pon rasa kenapa x free education.. tp sng lah konsep..dah hutang bayaq jelah.... jangan ambil mudah... negara kita tak cukup kaya & stabil nak bagi free educatio mcm german....
Quote fidra 30-11-2018 03:49 PM
awexgaban7 replied at 27-11-2018 05:42 PM
makan dalam..btw meolz masa last gomen pon rasa kenapa x free education.. tp sng lah konsep..dah hut ...

Guys ckp psl maggi ni korang takde ke cuba2 scan QR code dkt maggi cup dorg tu? dgr cite member aku ckp dia lead to website pelik2

Quote fidra 30-11-2018 04:12 PM
Okay update, bru dpt video org share. Mmg ada la org suarakan bnda ni dkt FB. Tp Maggi tak buat apa2 pon. Aku cuba gak scan tp page tak load. Tp URL still ke madlabs tu ha. Why Maggi takde respon eh


[youtube]oQAoDlOjNzs[/youtube]

IMG_6714.PNG



Quote yatty123 10-12-2018 04:54 PM
fidra replied at 30-11-2018 04:12 PM
Okay update, bru dpt video org share. Mmg ada la org suarakan bnda ni dkt FB. Tp Maggi tak buat apa2 ...

Still on ke page tu? Tapi maggi tu halal nak mkn ke? I takut maggi tu fake je... Sebab ada saya tgk pasal nestle produk yang fake. Takut kebersihan tu tak di jaga...
Quote Maniaso 10-12-2018 05:26 PM
ni ada article beberapa hari lepas,

From Maggi to Milo: MARKETING discovers more Mad Labs QR codes on MILO products  

yang menarik nya, nestle tunding kat orang lain... lol

Quote santariny 11-12-2018 03:09 PM
Edited by santariny at 11-12-2018 03:48 PM
Maniaso replied at 10-12-2018 05:26 PM
ni ada article beberapa hari lepas,

From Maggi to Milo: MARKETING discovers more Mad Labs QR cod ...

Kenapa maggi macam tak tahu apa yang dorang print atas packaging sendiri?  
Quote blaalaaa 28-12-2018 02:19 PM
Benda ni mmg dah lama kan...

hari tu ada mcmc ban dah site tu... Tapi dah ada balik ---> https://marketingmagazine.com.my/mcmc-lifts-mad-labs-website-ban/

Yang still krik krik is maggi ah...  Camna dia boleh guna qr code yang bukan dorang punya?

Quote mohdcrow 31-12-2018 03:55 PM
Dah pinjam bayar la...ko ingat ko jho low ngan arul kanda ke?
Quote mappleaplle111 13-1-2019 08:14 PM
blaalaaa replied at 28-12-2018 02:19 PM
Benda ni mmg dah lama kan...

hari tu ada mcmc ban dah site tu... Tapi dah ada balik ---> https:// ...

Nestle ni pandai, sudah masalah cakap masalah syarikat lain, jadi syarikat itu pun malang dah tutup...
maggi dan milo ni pun x takut lagi, patut mcmc tutup nestle di malaysia sebab qr code ni bahaya ada virus kot
Quote perakpahang 8-6-2019 02:01 AM
dgr cerita designer qr code tu tgh try nak saman balik maggi? betui ka?
Quote kelaut23 28-6-2019 02:23 PM
perakpahang replied at 8-6-2019 02:01 AM
dgr cerita designer qr code tu tgh try nak saman balik maggi? betui ka?

aku macam pernah dgr cerita ni.. tapi bagi aku maggi patut bayar dorang siang2 lagi.. kan dorang nak saman bagai
Quote Artemesiaa 28-6-2019 03:07 PM
Dari kes tak nak bayar ot ke kes QR code
Quote EvieWanKenobi 28-6-2019 03:23 PM
tahniah pengundi2 PH..
sian kena kencing..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.061903 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top