"Awak tak ada sebab untuk rasa depress. Kehidupan awak bahagia dekat sini." Kecewa bukan apabila kita ingin meminta sokongan tetapi yang kita dapat hanya cemuhan dan tiada bantuan daripada orang yang kita percaya dan sayangi? Depresi, bukan lah suatu perkara baru untuk dikatakan. Ramai orang mempunyai pengetahuan tentang perkara ini, tetapi sejauh mana mereka mahu mengambil berat akan seseorang yang mempunyai penyakit sebegini? Umum mengetahui bahawa depresi dan stress bukan lah perkara yang sama. Semua orang boleh mengalami stress tetapi tidak semua orang akan mendapat depresi. Stress merupakan tekanan yang kita rasai apabila berlaku sesuatu yang tidak menyenangkan dan stress boleh hilang jika kita sudah menyelesaikan sesuatu masalah manakala depresi pula merupakan tekanan yang tidak mampu dikawal seterusnya menjadi penyebab untuk penyakit mental. Memetik laporan Mstar, laporan daripada pakar mengatakan bahawa berlaku peningkatan sebanyak 50 peratus pesakit depresi dari 2011 hingga 2015 di Malaysia. Laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia atau World Health Organisation (WHO) juga menjangkakan bahawa pada tahun 2020, penyakit ini mendapat tempat kedua tertinggi penyebab kehilangan upaya bagi seseorang itu. Begitu juga daripada laporan Berita Harian, majoriti yang terkena penyakit ini adalah golongan wanita. Dalam laporan tersebut juga, Dr Ng Chong Guan yang merupakan Professor Bersekutu Psikiatri mengatakan bahawa seorang daripada tiga orang akan mengalami masalah mental dan berlaku peningkatan dari tahun ke tahun dengan angka membimbangkan. Sebagai seorang manusia yang bertanggungjawab, perlu sebenarnya untuk kita mengambil berat antara satu sama lain, lebih-lebih lagi terhadap orang yang sayangkan kita atau orang yang kita sayang. Jika seseorang mengatakan bahawa terdapat tanda-tanda depresi yang dialami olehnya, adalah sangat tidak patut kita meninggalkannya dengan mengatakan "awak tiada sebab untuk merasa depress". Kita tidak tahu apa yang berlaku pada dirinya, maka kita tidak harus menghakimi terlalu awal dengan apa yang dikatakannya. Layanan yang baik dan perkongsian kasih sayang adalah sangat penting, supaya seseorang itu akan berasa dirinya dihargai seterusnya dapat membantu untuk seseorang itu mengawal emosinya. Mungkin pada luarannya, kita melihat dia gembira tetapi di dalam hatinya tiada siapa yang mengerti. Apabila dia mengadu tentang masalahnya pada kita, itu bermakna kita sangat penting buatnya untuk berkongsi perasaan. Tetapi, kita sering meninggalkannya berseorangan tanpa teman untuk bercakap dan menganggap bahawa dia sudah biasa dan dia akan okay dengan keadaan itu. Persoalannya, adakah wajar untuk kita melayannya dengan cara yang begini? Lihat kembali dalam diri kita, apa kah usaha yang telah kita lakukan untuk membantu pesakit-pesakit ini? Lihat lah ke arah wajah isteri kita, anak kita, suami kita, keluarga dan sahabat kita, pernah atau tidak mereka mengadu tentang depresi tetapi kita menganggap itu cuma perkara kecil sahaja? Beri lah layanan yang terbaik untuk orang yang tersayang. Sudah tidak guna untuk berasa menyesal jika ada perkara buruk yang terjadi. Mencegah, lebih baik daripada mengubati. Anda mampu bertindak sekarang, dan jadilah orang yang lebih bertanggungjawab terhadap orang tersayang yang memerlukan anda untuk sentiasa ada dengannya. -CARI |
9
Bagus |
10
Marah |
13
Terkejut |
19
Sedih |
11
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
salmon-suki: Ramai y depress tp senyap and the irony is y tak depress melaung2kan dgn bangganya y dorg tu depress..this is so frustrating and depressing!
salmon-suki replied at 3-12-2018 07:39 PM
Ramai y depress tp senyap and the irony is y tak depress melaung2kan dgn bangganya y dorg tu depress ...
MeghanK replied at 3-12-2018 10:15 PM
kan uols..yang tak depress acah2 depress duk bgtau kat orang kulu kilir..macam bangga sangat ada d ...
salmon-suki replied at 3-12-2018 10:32 PM
Kannn sis..tataw laa penyakit apa gitu..y pastinya mmg sejenis penyakit mental lah jgk..hehehe
MeghanK replied at 3-12-2018 10:48 PM
depression memang penyakit mental pon tapi sebab dia tengah in skang ni..semua pakat nak mengaku k ...
Issandra replied at 18-5-2019 06:05 AM
Smlm i gi klinik sbb tiba2 mcm kena panic attack. Bila dah sembang2 dgn doc tu, dia suggest pergi ju ...
dezy replied at 18-5-2019 09:47 AM
try jmpa clinical psychologist dulu.. jangan malu2.. klu u concern pasal your mental health better ...
Issandra replied at 18-5-2019 11:22 AM
Tq @dezy. Phsycologist ke psychatrist? Apa beza ek?
dezy replied at 18-5-2019 10:42 PM
psychiatrist - doc yg ada medical degree and then belajar lg to specialize ke arah psychiatry..bol ...
Issandra replied at 18-5-2019 11:39 PM
Ohhh. Ok. Tq dear. Dah buat appointment utk cek. Risau plk.
ADVERTISEMENT