ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang lelaki yang dipercayai mati mengejut selepas cuba melarikan diri daripada anggota polis di Jalan Putra, Alor Setar semalam.
Sempat paut pagar besi sebelum meninggal dunia ALOR SETAR, 17 Sept : Seorang lelaki yang kepenatan selepas dipercayai berlari akibat dikejar anggota polis, sempat berpaut pada pagar besi depan syarikat pengangkutan di Jalan Putra, dekat sini, sebelum rebah dan meninggal dunia, kira-kira 11.3- pagi tadi. Kejadian itu disedari orang ramai di kawasan terbabit yang kemudiannya cuba memberi bantuan kepada lelaki berusia 35 tahun itu tetapi gagal. Difahamkan, mangsa sebelum itu dilihat dikejar dua anggota polis menaiki motosikal sebelum berhenti dan bersembunyi bawah pokok di kawasan terbabit kerana dipercayai tidak mempunyai lesen memandu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pasukan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) menahan lelaki yang juga duda anak satu berkenaan untuk pemeriksaan sebelum dia memecut motosikalnya. Menurutnya, anggota polis mengejarnya sehingga ke kawasan berkenaan sebelum lelaki terbabit meninggalkan motosikalnya di tepi jalan dan berlari tetapi anggota polis menahannya dalam keadaan kepenatan, tidak lama kemudian. "Apabila anggota polis meminta kad pengenalan untuk diperiksa, tiba-tiba lelaki itu jatuh pengsan dan paramedik yang dipanggil untuk membuat pemeriksaan mendapati mangsa sudah meninggal dunia," katanya. |
8
Bagus |
3
Marah |
3
Terkejut |
7
Sedih |
4
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
munchkin posted on 17-9-2013 04:51 AM
Dia ada kes ke ni? Buat apa lari kalau tak salah
munchkin posted on 17-9-2013 04:19 PM
la tu je ke kesalahan dia?
jazaa posted on 17-9-2013 05:29 PM
Setengah org panic......
Tu yg nampak polis mengelabah semcm ngalahkan nampak malaikat maut.... ...
lavajeans posted on 17-9-2013 05:38 PM
kau kalau bawak kereta je ada masalah...
reti drive ke tak ni..???
HUHA posted on 17-9-2013 06:00 PM
malang la sapa yg jumpa akak ni... kalau tetiba dia naik gila tak pasal2 kena langgar
ADVERTISEMENT