CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Soalan Add Math SPM Susah, Pelajar Ini Bakar Buku Tanda Protes!

29-11-2018 12:35 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 14108| Komen: 66|Original author: Oleh: Azza





Soalan peperiksaan yang berteraskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) seakan menghantui pelajar-pelajar Malaysia yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Soalan KBAT ini dikatakan sangat sukar hingga pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut mengakibatkan mereka gagal mendapat keputusan yang diimpikan.

Terbaharu, soalan Matematik Tambahan bagi SPM 2018 didakwa sangat sukar hingga pelajar terbaik sekalipun gagal menjawabnya. Ini membuatkan ada yang marah hingga tergamak membakar buku tersebut sebagai tanda protes. Gambar itu juga membuatkan ia trending di Twitter dan ramai netizen berpendapat perbuatan tersebut sangat biadab.


Kredit foto:



Menurut pelajar tersebut, soalan peperiksaan Matematik Tambahan sangat sukar hingga dia membakarnya sebaik sahaja menjawab soalan tersebut dengan perasaan kecewa.

Kredit foto: Twitter


"Kau bakar je dik? Patutlah ilmu tak lekat, bodoh tu yang lekat kat kau. Buku tu kau boleh bagi library sekolah, sedara mara kau yang akan amik AddMath. Banyak yang kau boleh buat dengan buku tu."

Ini adalah rentetan muat naik gambar pembakaran buku di lantai  (dipercayai di sekolah berdasarkan baju sekolah yang dipakai) membuatkan netizen menyelarnya kerana tidak menghormati ilmu.



Ia membawa kepada isu yang lain seperti had mengundi yang dibenarkan kepada warganegara berusia 18 tahun adalah tidak wajar. Ini kerana golongan ini masih mentah dan tidak boleh berfikir dengan rasional.

Kredit foto: Google


Bagaimanapun, mengikut reply di laman Facebook pula, ramai juga orang dewasa yang menyatakan soalan tersebut seolah-olah penggubal soalan sengaja menyusahkan pelajar hingga tidak dapat menjawabnya.

Kredit foto: FB


Namun menyedari gambarnya mengundang perasaan tidak senang netizen, pelajar tersebut akhirnya menjelaskan keadaan sebenar. Dia mengambil keputusan itu setelah bertanyakan jiran dan saudara mara sama ada mahukannya atau tidak. Disebabkan mereka tidak mahu, dia membakar kerana tidak mahu ia dibuang atau terbiar di lantai. Malahan abu tersebut ditanam dengan niat tiada orang memijaknya.


Darah muda memang begitu. Cepat panas baran lalu memberontak. Namun apabila pelajar tersebut meminta maaf menyatakan dia sudah mengesali perbuatannya. Ada juga yang berpendapat jika sesebuah buku tidak boleh dijual atau rosak, maka ia dibolehkan dibakar bagi mengelakkan ia dipijak. Apa pula pendapat anda? - CARI
10

Bagus
4

Marah
9

Terkejut
12

Sedih
12

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 29-11-2018 12:42 PM
Sia2 je perbuatannya tu bakar buku bukan boleh membantu merubah apa2 pada kertas jawapannya tu
Quote meklalala 29-11-2018 12:58 PM
adik mek pun cakap soalan addmath susah kali ni..tapi mek syak dia yg tak study smart pun sebenarnya ..mek cuma cakap kat dia focus on your next paper je..dah lepas tak payah fikir dah..semoga adik mek cemerlang SPM tahun ni
Quote Melorqe 29-11-2018 01:26 PM
Anak saya pun stress sgt2 lepas exam addmath.
bila tanya tak nak bercakap sepatah pun.
sedih agaknya.

masa trial hampir 1 kelas dia fail exam.
dia kata apa pun tak faham cikgu ngajar.
terpaksa ambil personal tutor baru dia boleh faham.
tapi bila kluar soalan KeBAT mcm ni rasa2 dia pun menjunam juga la.
Quote Mokcu 29-11-2018 01:31 PM
Anak Mokcu setiap kali balik dari exam SPM mesti menagis punya laa.....kalau tak nangis mesti termenung....tapi tak pe Mokcu tau je anak Mokcu tu tak berapa cerdik sebenarnya. Tapi Mokcu nampak usaha dia. Jadi kalau tak dapat A pun Mokcu tak kesah sebab Mokcu tau dia dah usaha.
Quote EvieWanKenobi 29-11-2018 01:42 PM
sudahnya semua marahkan Amar..
Quote fushimi 29-11-2018 01:45 PM
iols kalau ingat add math mesti rasa nak mutah loya bagai eeewwwwwwwwwwwww

cikgu iols dulu garang  yang amakss
Quote buapakperut 29-11-2018 01:46 PM
iols spm tu, bukan setakat add math, math pun sampai teduduk menangis iols. tapi takdela salahkan buku. study ngan kawan2 Alhamdulillah  dapat juga A. ni bakar2 buku nampak sangat diri tu yang otak beku
Quote mdhelmi 29-11-2018 01:53 PM
add math ni susah sbb xpaham soalan
Quote paz 29-11-2018 01:55 PM
Kalau test senang semua pun dapat A... quality boleh dipertikaikan.

Takpelah korang dah usahakan.

Tapi perbuatan protest ni takde value pun. Dapat kutuk and kau buat pembakaran terbuka aja. Bazir energy.
Quote mieymiey 29-11-2018 02:04 PM
Tindakan bodoh.
Quote besarkecik 29-11-2018 02:13 PM
Nasib baik aku kelas belakang. Spm aku tahun 2007, selamba je kertas math tu aku biarkan kosong. Tak payah pening kepala nak jawab.
Quote alesandra 29-11-2018 02:17 PM
pantang org tua dolu2..duduk atas buku pun dah ala mcm kena ketulahan..inikan pulak  bakar.mmg sejenis rempit dan bodoh ko kannn
Quote chicozinn 29-11-2018 02:49 PM
sendiri bodoh malas study nak salahkan subjek add math tu..eh, aku dlu pun add math siap dpat markah 3/100 tpi xde lak sampai bentak2 nak salahkan subjek la cikgu la xpandai mengajar
Quote palmolive 29-11-2018 02:50 PM
cikgu aku dulu masuk kelas ngajar addmath tak bawak buku rujukan apa pun..
semua dah dalam kepala dia..
selamba jek tulis soalan kt papan hitam tanpa rujuk buku..
Quote VespaSilbe 29-11-2018 02:56 PM
Mmg susah kan kali ni.. budak pandai pun tak.leh jawab.. tambahlah budak lain
Soalan upsr pun boleh geleng baca
Esok budak2 dah putus asa dah taknak ke sekolah jangan lupa salahkan makbapak
Dah makin teruk soalan.. anak2 kami tak genius wahai pembuat soalan
Quote cik_sssara 29-11-2018 04:36 PM
Edited by cik_sssara at 29-11-2018 05:00 PM

Ni ke soalannya?



Soalan dia a bit tricky sebab keliru dekat rajah logo tu je, tapi kalau kita buat basic shape dari logo tu, dapatlah jawapan.

Haishh, sampai buku pun nak bakar.
Quote dua_chzy 29-11-2018 04:59 PM
meklalala replied at 29-11-2018 12:58 PM
adik mek pun cakap soalan addmath susah kali ni..tapi mek syak dia yg tak study smart pun sebenarnya ...

Tak, memang susah. Maths Moden pon susah apa lagik Add Maths. Ekceli, bentuk penyoalan tu yang susah.
Quote meklalala 29-11-2018 05:04 PM
dua_chzy replied at 29-11-2018 04:59 PM
Tak, memang susah. Maths Moden pon susah apa lagik Add Maths. Ekceli, bentuk penyoalan tu yang sus ...

oh yeke..alahai kesian budak budak..sejarah pun dia cakap soalan spot tak keluar, ramai tidur huhu..tapi takpelah kalau semua orang ckp susah mudahan gred turun..
Quote hyie 29-11-2018 05:05 PM
meols paling gemar subjek matematik yach

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.058742 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top