CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Memang Perangai Orang Kita Suka Membazir Makanan Di Majlis Kahwin Ya?

30-11-2018 04:15 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 11927| Komen: 40|Original author: Oleh: Azza




Musim cuti sekolah sudah bermula menandakan setiap hujung minggu akan adanya majlis perkahwinan. Majlis Raja Sehari ini akan diraikan penuh gilang gemilang, maklumlah ramai yang berkata kahwin hanya sekali, jadi apa salahnya berhabisan untuk majlis tersebut.

Namun, masalah berlaku apabila makanan yang dijamu tidak mencukupi buat tetamu terutamanya yang hadir beberapa jam sebelum majlis berakhir. Ini mungkin kerana tuan rumah yang tersalah bajet atau tetamu terlalu ramai melebihi jangkauan. Bagaimanapun ada satu lagi masalah utama iaitu tragedi pembaziran dalam kalangan tetamu. Itulah yang dialami oleh Muharrik Daie ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya.

Kredit foto: FB


Kredit foto: Google

Menurut Muharrik, dia sampai pada jam 9 malam sedangkan majlis bermula jam 8 malam. Tidak terlalu lewat namun makanan yang tinggal hanyalah sedikit nasi putih, kuah dalca, tengkok ayam merah, beberapa hirisan ayam cincang dan kuih muih. Berkali-kali rakannya meminta maaf kerana lauk habis menyebabkan ramai tetamu tidak dapat makan. Namun Muharrik menyatakan ia tiada masalah kerana yang lebih penting ialah meraikan pengantin.

Namun apabila Muharrik melihat sendiri nasi yang tidak habis, lauk pun mengalami nasib yang sama, malahan ada yang tidak berusik langsung mengundang rasa kecewa dengan sikap orang Melayu kita. Pembaziran berlaku sekaligus menyusahkan tuan rumah dan tetamu lain.

Kredit foto: FB
Kredit foto: Google

Muharrik juga sempat berpesan kepada tetamu yang datang supaya tidak terlalu tamak haloba hingga menyusahkan orang lain. Malahan adalah berdosa apabila tidak menghabiskan makanan tersebut.

Kredit foto: FB
Kredit foto: Google

"Baru lepas makan kenduri. Memang pemandangan biasa makanan penuh pinggan tetapi makan tak habis. Kita yang sampai kemudian ni dapat kuah ja."
Ramai netizen menyokong pendapat Muharrik kerana ia seakan panorama biasa di mana-mana majlis kenduri. Banyak faktor yang memungkinkan perkara ini berlaku kerana tetamu merasakan lauk banyak, jadi apa salahnya mengambil banyak atau sudah memberikan 'duit kaut' jadi perlu memaksimunkan makanan serta pelbagai lagi alasan.
Namun golongan ini juga terlupa bahawa mereka tidak dapat menghabiskan makan tersebut kerana sudah kenyang. Jadi kenapa ambil banyak sebelumnya?

Oleh sebab itu, ada yang bersetuju dengan cadangan supaya meletakkan 'penjaga' untuk mencedokkan nasi dan lauk pauk kepada tetamu. Tetapi ramai yang tidak tergamak melakukannya kerana akan ada suara-suara sumbang mengatakan tuan rumah kedekut.

Kredit foto: Google

Hal ini turut dipersetujui oleh pihak katering yang mengalami masalah yang sama hingga mengakibatkan ada tuan rumah yang tidak membayar penuh harga katering dengan alasan katering masak sedikit. 
Tidak dinafikan hal sebegini banyak berlaku di sekeliling kita. Alasannya mereka malas beratur lagi, namun ia sebenarnya telah menyusahkan ramai tetamu lain kerana tidak cukup makanan? Jadi apa penyelesaiannya? - CARI
30

Bagus
16

Marah
23

Terkejut
23

Sedih
17

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (124 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fly_in_d_sky 30-11-2018 04:36 PM
selalu makan habis ... jarang sangat tak pernah tak habis
membazir amalan syaitan ...
ni mesti tidur dalam masa kelas agama ...
benci betul orang suka membazir ..
Quote saviour_09 30-11-2018 04:41 PM
penyakit orang kita kat kenduri
tengok makanan banyak choice mula dah rambang mata
kaut itu ini
end up tak habis buang gitu je
tamak namampos
Quote prettyuglybabe 30-11-2018 04:46 PM
mana nak cukup kalau jemput 400 orang makanan untuk 500 org..
kalau 400 orang datang dengan pasangan dah jadi 800 orang..
cater untuk 500 memang la makanan tak cukup sekali pun tak ada pembaziran..
Quote manehnya 30-11-2018 04:59 PM
kalau amal kan makan suku2 separuh msti x ada yg membazir, amik cikit2 jew (diet katakan) heheh...

ni gang mana perangai suka ambik byk2 pun aku x tau la, ada yg siap bawak balik umah lg tapaw ngan paper plate pun ada..
Quote VuJiE 30-11-2018 05:10 PM
perangai orang kita kat mana2 macam ni la, ambik makanan kaut taknak rugi, akhirnya membazir makan x habis... lagi2 kalau makan free..
Quote Melorqe 30-11-2018 05:30 PM
ye betul kalau 400 jemputan maksudnya kena la kira anakbini yg nak dibawa.
kalau 400 tu dah memang kira siap 500 sepatutnya cukup.
tapi tengok siapa jemputan kita la.
kalau tau majoriti jemputan kuat makan kena order lebih lagi.
tapi yg kuat makan ni pun kat tempat kenduri tu toksah la makan sampai untuk esok sekali.
Quote Artemesiaa 30-11-2018 05:49 PM
Tamak dan tak fikirkan orang belakang yang belum makan macam tulah jadinya
Quote hasniey 30-11-2018 05:55 PM
Perangai biasa di jumpa.amik mknn mcm dh kebulur setahun.hujung2 xabes
Quote a1ast0r 30-11-2018 05:57 PM
Kadang-kadang ambik makanan ikut nafsu. Lepas tu bila tak kena dengan selera.. Terpaksa buang ...Habis membazir Sebab saya pun selalu jugak macam tu
Quote munchkin 30-11-2018 07:06 PM
Depa ni bukan tak biasa. Ambil makanan macam 10 hari tak makan
Quote awexgaban7 30-11-2018 07:31 PM
Orang malaysia kalau makan mmg tamak...
Quote ninnakarinna 30-11-2018 10:15 PM
Pernah kena perli "lapar betul sampai bersih pinggan"

kalau dpn org tua mesti dia ingat kita tak cukup kenyang pastu dia suh kita tambah lg.

Eh,tambah la lg...

Takpe makcik. Sy memang mkn sampai licin pinggan. Huhu

Nampak buruk lantak sangat ke bila pinggan licin lps tu jilat jari? Ah..lantak la.
Quote ninnakarinna 30-11-2018 10:17 PM
manehnya replied at 30-11-2018 04:59 PM
kalau amal kan makan suku2 separuh msti x ada yg membazir, amik cikit2 jew (diet katakan) heheh...
...

Kalau ikut suku suku separuh, tray sayur kena 3 kali ganda lauk la.ye tak. Hehe
Quote nishikido 30-11-2018 10:32 PM
Bab tamak ni satu hal,satu hal lagi makcik2 yg suka tapau makanan balik tu..kenduri tak habis lagi,dah sibuk2 asing lauk tuk dia bawak balik.siap sorok xtahan tu.. masalahnya banyak dan xfikir orang2 belakang yg belom sampai.walaupun kenduri tu adik beradik pon tapi janganlah buat gitu..tetamu masih ramai kat depan,tapi lauk habis.rupanya ramai duk packing2 tapau kat belakang..last2 tuan rumah kena beli lauk tambhan kat luar.. kebulur sangat gamaknye..
Quote missDollie 30-11-2018 10:47 PM
nishikido replied at 30-11-2018 02:32 PM
Bab tamak ni satu hal,satu hal lagi makcik2 yg suka tapau makanan balik tu..kenduri tak habis lagi,d ...

Haa teringat bebaru ni aku pegi kenduri..siap tapau ais kacang kau pakcik tu sekeluarga..anak isteri sorang satu mangkuk ais kacang dengan kuih muih menonong jalan ke kereta..buruk lantak!
Quote nishikido 30-11-2018 11:36 PM
missDollie replied at 30-11-2018 10:47 PM
Haa teringat bebaru ni aku pegi kenduri..siap tapau ais kacang kau pakcik tu sekeluarga..anak iste ...

Ais kacang xpe lagi chuolls..ni lauk pauk semua hangkut caner..siap bunga telur kat pelamin pon dia sebat.kuih2 dalam balang semua dia kaut la.selagi boleh kaut dia kaut semua.siap pesan dekat anak2 amikkan goodies lebih sikit.i perati je jenis2 gini..bukan nk kedekut tapi hormatlah tuan rumah kan..lauk2 tu kalau lebih confirm tuan rumah bagi.ni kenduri tengah langsung dia dah tapau siap2,tak peduli tetamu kat luar lauk bercatu.yg segan tuan rumah jugak..
Quote AbukRokok 1-12-2018 12:13 AM
perangai rakyat cermionan pemimpin akan dtg
Quote putriTS 1-12-2018 01:30 AM
Bukan je kenduri kahwin, perangai ni applies to semua jenis kenduri. Mesti ada je yg jenis pelahap. I igt masa kitorang organize tahlil for arwah atuk. Masa ni baru kebumi pagi tu. Takde sapa nak masak, ayah I suruh I pegi beli nasi goreng restoran Thai. I suggest kat makcik I yg tukang bawak kete utk bawak bekas besar, and suruh dorang masak agak2 utk berapa org, n letak dlm bekas je. Tapi, makcik i tak setuju, dia ckp masak satu2 dlm polystyrene, senang org nak makan.

Bila org dah start makan, semua berebut ambik sorang satu bekas. Budak kecik pun ambik sebekas sorang. Last2, brp banyak nasi membazir tak habis makan sbb main buang je bekas makan tu. Sampai skrg I geram dgn makcik yg tu..sb bukan klua duit dia pun beli makanan pastu membazir mcmtu.
Quote arianakhalid 1-12-2018 02:24 AM
ninnakarinna replied at 30-11-2018 10:15 PM
Pernah kena perli "lapar betul sampai bersih pinggan"

kalau dpn org tua mesti dia ingat kita tak ...

Pelik aku mentaliti suka memerli org lapar kalau makan licin habis. Entah apa2.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.058109 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top