Majlis konvokesyen adalah satu majlis yang sangat dinanti-nantikan oleh semua graduan. Ia merupakan hari yang sangat bermakna di mana turut dihadiri oleh ahli keluarga untuk sama-sama meraikan kejayaan graduan menerima skrol. Malah, lebih membanggakan, majlis konvokesyen tersebut bukan bukannya diadakan khusus buat para graduan sahaja tetapi turut meraikan kejayaan ibu bapa yang banyak berkorban dan mendoakan kejayaan anak-anak mereka.
Tetapi amat menyedihkan apabila ada graduan yang dikatakan mengabaikan ibunya pada hari bersejarah tersebut. Seorang pengguna twitter telah memuat naik status tidak berpuas hati dan begitu marah dengan seorang individu yang memberikan pas masuk ke dalam dewan majlis konvokesyen itu kepada teman lelakinya sedangkan ibunya dibiarkan berada diluar dewan.
Rata-rata netizen berasa ia sangat tidak patut dan mengecam tindakan graduan tersebut yang dianggap bodoh dan tidak boleh berfikir dengan waras. Sanggup dia mengenepikan hak ibunya untuk melihat sendiri anaknya itu menerima skrol di atas pentas sedangkan ibunya banyak berkorban dan tidak putus-putus mendoakannya sehingga dia berjaya bergelar graduan. Netizen sangat memahami walau apa cara sekalipun, mereka perlu mengutamakan ibu bapa mereka dalam situasi tersebut. Memang dilihat agak melampau apabila ada graduan yang melebihkan teman lelakinya yang belum tentu lagi sah menjadi suaminya. Jadi, wajarlah ibu bapa diberi penghargaan untuk melihat dan berasa bangga disaat nama anaknya dipanggil untuk menerima skrol di atas pentas. Tetapi, mungkin ada sebab tersendiri mengapa graduan itu membiarkan ibunya berada di luar dewan. Ada netizen yang cuba bersangka baik dan membuat andaian bahawa ibu graduan itu sendiri yang tidak mahu berada di dalam dewan konvokesyen. Jadi, dia membenarkan suami dan teman lelaki anaknya untuk berada didalam dewan tersebut. Walau apa pun, jangan sesekali menyisihkan ibu bapa dalam apa jua perkara. Benarlah, lumrah bagi setiap orang untuk mempunyai teman hidupnya sendiri apabila dewasa tetapi teman hidup yang paling banyak berkorban dan setia disisi adalah ibu bapa kita sendiri. Jadi, hargailah mereka selagi masih ada. Setuju tak? - CARI |
4
Bagus |
13
Marah |
6
Terkejut |
7
Sedih |
4
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
judicata replied at 1-12-2018 08:56 AM
bila da kawen pun aku masih suruh mak bapak aku masuk dewan.. sbb hasil pengorbanan mak bapak aku la ...
kucingitam replied at 1-12-2018 11:50 AM
pesal tak bagi partner ko masuk sama..dia pun berkorban juga utk ko per.. kalau kes ko further stu ...
ADVERTISEMENT