CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Satu Malaysia Tertipu! Rupa-Rupanya Aksi 'Kembar' Neelofa Di Uji Bakat Mentor Hanya Gimik

4-12-2018 11:41 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 19134| Komen: 38|Original author: Foto: Nia Mohamad

Baru-baru ini, kecoh di media sosial video peserta ujibakat Mentor yang berlagak dengan Datuk Syafinaz. 

Apa yang lebih menghangatkan lagi isu ini ialah kerana peserta tersebut mempunyai wajah dan penampilan mirip Neelofa.

Video asal yang tular:


Kembar Neelofa itu sebenarnya ialah Ernisha iaitu finalis pertandingan Dewi Remaja 2018/2019 yang sedang berlangsung sekarang. 

Gadis ini berusia 23 tahun dan berasal dari Selangor. 

Sumber foto: IG Ernisha
Baru-baru ini Ernisha memuat naik beberapa keping foto di laman Instagramnya lalu mengundang kritikan netizen.

Terdapat komen-komen lain yang mengkritik penampilannya yang terlalu sama dengan Neelofa. 


Namun, Ernisha menerima kritikan itu secara terbuka dan menganggap ia sebagai kritikan membina yang berguna untuk rujukannya pada masa hadapan. 

Terdahulu, Michael Ang juga pernah menyuarakan pendapatnya mengenai peserta bernama Ernisha ini di laman Instagramnya. 

Sumber foto: remaja.my


Selain itu, Ernisha juga dituduh tidak tahu malu gara-gara ujibakat Mentor tempoh hari. Namun, Ernisha mendedahkan hal yang sebenar.


Rupa-rupanya apa yang berlaku di dalam video yang tular itu semuanya lakonan semata-mata dan telah dirancang oleh pihak produksi. Datuk Syafinaz sendiri rupa-rupanya sudah mengetahui hal itu dari awal lagi. Bermakna satu Malaysia tertipu dengan video itu!

Kalau betul apa yang berlaku di ujibakat Mentor tempoh hari adalah gimik semata-mata, sepatutnya ia diuar-uarkan seperti mana tularnya video itu. 

Ini kerana nama dan reputasi Ernisha nampaknya sudah tercemar dek kerana lakonan tersebut sedangkan beliau perlukan imej yang baik jika ingin masa depan yang cerah sebagai finalis Dewi Remaja. 

Persoalannya, Ernisha dikecam kerana berkelakuan buruk semasa uji bakat tersebut atau hanya kerana berwajah seperti Neelofa? 

Jom kita lihat kembali foto-foto Ernisha. Betul ke macam Neelofa? 


Sumber foto: IG Ernisha
Memang iras Neelofa. Mungkin betul Ernisha perlu mencari identiti sendiri jika ingin kekal lama dalam industri hiburan. Apa pendapat anda?  -CARI
15

Bagus
23

Marah
22

Terkejut
16

Sedih
20

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 4-12-2018 11:48 AM
Edited by umbut at 4-12-2018 12:25 PM

Dia ni yg ngamuk kena reject ngan sharfinaz
Gigih nak glamour.. semua pertandingan ko masuk

Ye ke lakonan.. asal bodoh sangat berlakon scene buat org nyampah..
Quote azwanaliori 4-12-2018 11:57 AM
Cam neelopa versi Indonesia
Quote pai.kacang 4-12-2018 12:28 PM
x sama pun dgn neelopa
Quote msel 4-12-2018 12:34 PM
Dah agak dah gimik. Lepas tengok video mentor yang viral tu, ada perasan dalam iklan syampu safi (kalau xsilap) yang baru, ada budak ni.
Quote epis 4-12-2018 12:38 PM
Lagi iras nadia aqilah saya rasa..
Quote myakayina 4-12-2018 12:45 PM
adalah sipi2..
Quote coolie83 4-12-2018 12:45 PM
tak sama pun..pelik wa luorang cakap sama mcmc nilopah...masuk dewi remaja pulak tu..tengok berapa lama ko boleh stay dlm tu..
Quote MissHazel 4-12-2018 01:05 PM
msel replied at 4-12-2018 12:34 PM
Dah agak dah gimik. Lepas tengok video mentor yang viral tu, ada perasan dalam iklan syampu safi (ka ...

Baru nk ckp sbb perasan jgak...
Quote fushimi 4-12-2018 01:07 PM
sama celah mananya

Quote meklalala 4-12-2018 01:53 PM
can someone tell me which part sama dengan lofa? byk kali tengok tapi tak jumpa..kalau wartawan syazwani tv9 tu mek sokong ada mirip lofa.
Quote ayjay 4-12-2018 02:08 PM
Tak sama pun dgn lopak.

Bodoh setuju script yg buat awak jadi biadap.

Bodoh pihak produksi promote benda kurang ajar.

Bodoh Melayu yg sokong benda macam ni.
Quote paz 4-12-2018 02:16 PM
Kenapa Paz tengok macam tak sama.
Quote zuuu 4-12-2018 02:20 PM
meklalala replied at 4-12-2018 01:53 PM
can someone tell me which part sama dengan lofa? byk kali tengok tapi tak jumpa..kalau wartawan syaz ...

Tngok gambar yg dye pakai cermin mata 2 ada la iras lofa,gambar lain cam x bape nmpk snggt...
Quote abangadek 4-12-2018 02:24 PM
sama bila pakai turban je, bila pakai bawal tak nampak cam lopa pun
Quote taji2906 4-12-2018 02:52 PM
oooo... baru pasan dia ada dlm iklan safi cun cun tu kan..
tp muka dia mengingatkan aku kat penyanyi cumi2 tu je
Quote mieymiey 4-12-2018 04:18 PM
Tepek gambar sebelah menyebelah cenggitu, jauh panggang dari api.
Quote Artemesiaa 4-12-2018 05:03 PM
Tak sama pun yang sama style turbannya je
Quote armin 4-12-2018 05:14 PM
Langsung xsama
Quote lilacomot 4-12-2018 07:19 PM
Gaya je same.. Muke x same langsung.. Mesti neelofa alergic bdk ni d katakn same ngn die

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.057196 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top