CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dapat 8A Dalam UPSR, Penjaga Persoal Kenapa Murid SJKT Tak Boleh Masuk SBP?

7-12-2018 05:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15944| Komen: 144|Original author: Oleh: Myra Rozi

Penjaga kepada seorang murid yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) mempersoalkan dasar sekolah berasrama penuh (SBP) yang tidak menerima permohonan pelajar tersebut.


Revathy berkata, murid tersebut mendapat keputusan 8A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini, namun tidak diterima masuk ke SBP kerana beliau dari SJKT.

Free Malaysia Today melaporkan, Revathy mempersoalkan mengapa SBP yang merupakan sekolah umum mempunyai syarat dan dasar sedemikian.

“Sebab dalam syarat itu, tidak ada menyebut tidak dibenarkan pelajar India atau Cina untuk mohon SBP, tetapi menyebut hanya menerima dari sekolah kebangsaan.

“Memang pelik kenapa hanya jenis sekolah kebangsaan. Jika mahu dibandingkan, SJKT dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) mengambil lebih 2 subjek.Longgarkan sedikit syarat itu. Jika sekolah agama ada syarat untuk tidak membenarkan pelajar dari SJKT mohon, kami faham itu syaratnya. Tetapi kenapa SBP?”


Foto: Free Malaysia Today
Revathy berhasrat memasukkan murid berkenaan di Sekolah Sains Kuala Selangor, namun tidak berjaya kerana tidak melepasi syarat yang ditetapkan.

“Apabila telefon ibu pejabat SBP itu, pegawai itu berkata syarat SBP memang begitu,” katanya.

Sementara itu, Bahagian Pengurusan SBP dalam kenyataan balasnya kepada FMT berkata, buat masa ini pihaknya masih tertakluk kepada pematuhan dasar yang diluluskan.

Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Hal Ehwal Murid Bahagian Pengurusan SBP, Nor Azlina Abdul Rahim berkata sehingga kini tiada kelonggaran kepada dasar dan syarat seperti yang dimohon.

“Tahniah kepada murid ini yang berjaya mencapai 8A dalam peperiksaan UPSR ini. Namun pertimbangan kepada murid ini tidak dapat dilakukan kerana kegagalan mematuhi beberapa dasar dan syarat yang dinyatakan."

Antara syarat kemasukan pelajar ke SBP adalah pemohon mestilah warganegara Malaysia, mencapai tahap pencapaian minima kemasukan ke SBP seperti yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam UPSR, menduduki ujian online kemasukan ke SBP dan melepasi Toleransi Bar (65%), merit PAJSK dan Psikometrik serta pelajar itu dari sekolah kebangsaan. -CARI
13

Bagus
7

Marah
12

Terkejut
11

Sedih
8

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adeqbun 7-12-2018 08:49 AM
yeahh..semakin ramai nak perjuangkan 'hak'...
Quote DollahRepek 7-12-2018 09:39 AM
Nanti anak ko masuk sek menengah pun kena masuk kelas peralihan dulu. Xkan itu pun xtau?
Quote arnauld 7-12-2018 09:42 AM
Hoyeah luv u waytha!!! Hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha
Quote scorpionkiki 7-12-2018 09:43 AM
Nanti anak dia masuk sbp sure kena pulau....depa tak buli physically tp mentally...lg sakit
Quote AdikSuka 7-12-2018 09:47 AM
oohh memang mcm gitu ya syarat masuk sbp? meols cant relate
Quote syadail 7-12-2018 09:50 AM
scorpionkiki replied at 7-12-2018 09:43 AM
Nanti anak dia masuk sbp sure kena pulau....depa tak buli physically tp mentally...lg sakit

ank iolz sebilik ngan budak india. tkde kena buli eh. Org melayu ni baik hati dan senang menerima.
Quote insulin 7-12-2018 09:50 AM
Sorry ya auntie. Tak perlu persoalkan dasar2 dan syarat2 begitu.
Quote scorpionkiki 7-12-2018 09:52 AM
syadail replied at 7-12-2018 09:50 AM
ank iolz sebilik ngan budak india. tkde kena buli eh. Org melayu ni baik hati dan senang menerima. ...

Ada sorang mak yg anak india masuk mrsm....dia cerita kat i mcm mana anak dia kena pulau....kesian pulak i dengar
Quote gujiwa 7-12-2018 10:13 AM
mampu gelak jela..
Quote ckenj 7-12-2018 10:18 AM
hak..hurmmm
Quote shernazz 7-12-2018 10:19 AM
DollahRepek replied at 7-12-2018 09:39 AM
Nanti anak ko masuk sek menengah pun kena masuk kelas peralihan dulu. Xkan itu pun xtau?

Tu bukan kalau failed bm ka..
Skola iols dolu kalau failed bm je masuk peralihan
Quote kucingitam 7-12-2018 10:54 AM
shernazz replied at 7-12-2018 10:19 AM
Tu bukan kalau failed bm ka..
Skola iols dolu kalau failed bm je masuk peralihan

taklah...semua dr sjk kena masuk peralihan dulu..
classmate iols yang mana dr sjk semua tua setahun.. yg sk je sebaya


Quote DollahRepek 7-12-2018 11:02 AM
shernazz replied at 7-12-2018 10:19 AM
Tu bukan kalau failed bm ka..
Skola iols dolu kalau failed bm je masuk peralihan

Dulu masa sekolah mmg semua student dari SJK masuk kelas peralihan dulu. Xtau la kalo sekarang mcm mana.
Quote Z77 7-12-2018 11:02 AM
walaupun 8A pasti ada something dia tak bagitau..dulu aku sek sbp ada je india..

Quote sapeka 7-12-2018 11:13 AM
modal memperjuangkan hak mereka sekarang ni MALAYSIA BARU, MALAYSIA BARU
itu je la
Quote AbukRokok 7-12-2018 11:14 AM
sekolah penternakan gejala homo
Quote Modngengade 7-12-2018 11:16 AM
nak masuk SBP  tapi x nak masuk sekolah kebangsaan...deyyy aci..poooorahhhhh!!!!!!
Quote Modngengade 7-12-2018 11:17 AM
Z77 replied at 7-12-2018 11:02 AM
walaupun 8A pasti ada something dia tak bagitau..dulu aku sek sbp ada je india..

dpt 8A tapi koko hauk....bersukan kayu....mmg ko mimpi je la nak masuk SBP...dasar ummah estet x sedar diri

Quote MelZ_Eulalia 7-12-2018 11:19 AM
alahaiiiii lahhh

Lihat semua komen(144)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.101170 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top