CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Ibarat Penonton Tiket Paling Mahal"- Ini Tip Yana Urus Anak Meragam

18-12-2018 03:42 PM| Diterbitkan: eimila| Dilihat: 3234| Komen: 16|Original author: Oleh: Eimila

Kredit gambar: Facebook page Yana Samsudin

Tidak semua ibu bapa mampu bertenang apa lagi ketika anak mula meragam di tempat umum. Namun, bagi personaliti ceria seperti Yana Samsudin, ada caranya untuk beliau mampu menikmati "sesi meragam" anaknya buat kali pertama ketika mereka sekeluarga berada di Singapura. Sebagai seorang selebriti, tentunya ramai yang mungkin mengenali beliau ketika berada di tempat umum. 

Yang menariknya, sebagai seorang selebriti dan ibu, beliau mampu bertenang dan bertindak sewajarnya apabila anaknya meragam. Apa rahsia beliau? Dalam post di laman Facebook beliau, Yana berkongsi 5 tips untuk ibu bapa menghadapi anak yang meragam (tantrum).


1. Bertenang dan nikmati drama yang sedang berlaku depan mata. Anggaplah aksi si kecil itu sesuatu yang comel kerana ia mungkin tidak berulang kembali dan ia adalah sesuatu yang manis untuk dikenang apabila mereka besar nanti.

2. Tak perlu marah, hanya perlu tanya apa kehendak anak yang meragam. Mungkin dia penat atau lapar? 

3. Jangan biarkan anak berdrama lama sangat. Cuba alihkan perhatian dia, contohnya tunjuk mainan ke atau bawa dia ke tempat kesukaannya. Cepat je mood anak akan berubah dan dia terus lupa apa yang berlaku tadi!

Foto: IG Yana

4. Setelah anak tenang, barulah ibu bapa terangkan tentang perkara yang baru berlaku tadi. Kenapa anak meragam? Kenapa tak elok meragam? Masa inilah anak dapat meluahkan perasaan dan mendengar kata-kata kita dengan penuh perhatian.

5. Ibu bapa sendiri tak perlu berasa malu dan stres apabila berhadapan dengan keadaan apabila anak mula meragam. Biasalah tu kan, orang lain akan mula memandang dan membawang. Abaikan saja, kalau kita stres nanti anak akan lagi stres.

Bercakap memang mudah tapi membuatnya agak sukar sikit apa lagi bagi ibu bapa yang kali pertama berhadapan dengan situasi anak meragam ini. Lepas ini, korang bolehlah praktikkan tips dari Yana Samsudin ya. Mula-mula mungkin kita tak biasa lagi, lama-lama korang akan jadi pakar dalam menguruskan anak-anak yang meragam. - CARI 

12

Bagus
24

Marah
14

Terkejut
10

Sedih
13

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PristineOne 18-12-2018 03:53 PM
Anak anak Pokchik masa kecik tak sempat nak tantrum ka...tetris ka...Baru nak rebah nak guling ja...Pokchik jegil mata merah Pokchik...trus bangun balik.....

Now semua dah 25...24...and 11

Sori Abang...Ayem....Baba....Ayah loves you all soo much !!!
Quote chicozinn 18-12-2018 04:54 PM
aku dulu baru nak berbunyik skit abah aku da stat jegil mata lagi2 kat public..kalu bergaduh adik beradik kat meja makan tetiba tangan kne cubit pastu terus meleleh air mata nangis senyap je takde sedu sedan..

la ni aku nak wat benda yg sama kat anak aku tapi laki aku manjakan sangat..aku tkut anak aku jadi spoil brat yachhh..huhu
Quote talapia 18-12-2018 05:03 PM
memang pon bila anak mengamuk... kita jgn stress... klau x.. tu yg jadi belasah anak tu.. so kita enjoy the moment. Asalkan cara dia mengamuk tu tak membahayakan.. lek lek je.. jangan pulak kita mengalah.. ikut kata apa yg dia nak.. ha.. esok2.. dia nak apa2 lagi dia ngamuk lagi la..

Anak aku 4 orang.. mengamuk2 bergaduh depan public.. biasa.. bkn tak warning.. warning gak.. marah gak.. cubit gak.. tapi bebudak kan.. klau tak si abg mulakan.. si adik pulak. biasala tu.. yg penting... dorang jgn sampai ganggu org lain.. n aku takkan spoil my day hanya sebab perangai anak2.. Some parents sanggup patah balik.. tak jadi keluar makan ke sebab anak buat perangai. Aku.. no way. Eh.. bukan senang ok nak dapat masa free.. gi makan ke jalan2.. tetiba nak balik hanya sebab anak mengamuk beberapa minit. Membazirnya la cuti aku tu.

so normally.. kalau ada yg start nak guling2 ke.. aku mmg x layan.. tinggalkan aje. Note: ni berkesan utk anak aku.. tapi mungkin tak berkesan kat budak lain. Sbb anak aku akan bangun n kejar aku walau dlm nangis2... so peluang utk aku alih perhatian dia dah tinggi sebab dah tinggalkan kawasan penyebab dia mengamuk tu. Normally laluan kat tempat2 jual mainan la.
Quote Megikari 18-12-2018 07:39 PM
I kecik2 dulu takde can nak mengamuk guling2 macam ni. Mak i garang nak mampuihhh... Kalau kami 6 beradik ikut dia gi klinik, elok diam sopan santun je semuanya. Dia punya tenung tu boleh buat i mengigau malam. Pak i pun 2x5 gak, no nonsense punya orang. Dia jarang marah tapi sekali dia naik angin memang berbirat2 betis.

I cuba buat cara parents i kat anak2. Tak berapa menjadi sebab laki i jenis spoilkan anak. So anak2 behave bila dengan i, tapi bila ayah diorang ada mula mengada2 nak merengek mengongoi. Stress mak oiii
Quote dokupangg 18-12-2018 09:31 PM
Anak dia 2yo kan, acceptable la kalau nak mengamuk guling-guling gitu tapi kalau dah 4yo and above tu meols rasa dah kena start disiplin bak kata pokchik di atas tu, jegil sikit pun dah kecut perut. Kena ajar juga mereka ni hormat space org lain bila ada kat tempat awam supaya tak jadi kera di tengah public {:nose

Ok sorry bahasa kasar tp masa weols kecik2 dulu kalau tak behave mmg mak panggil kera {:yameteh
Quote sinalegna 18-12-2018 09:45 PM
Syukur zaman mak pak aku dulu takde IG
Quote armin 18-12-2018 11:04 PM
Megikari: I kecik2 dulu takde can nak mengamuk guling2 macam ni. Mak i garang nak mampuihhh... Kalau kami 6 beradik ikut dia gi klinik, elok diam sopan santun j ...


I mmg garang tp rasa akan spoil anak i. Tp sbnrnya nak kena tegas tp kalau zaman skrg tegas sikit org kata dera anak pulak. Lain dgn zaman dulu. Iols tak nak manjakan sgt kang mmg jd spoil brat.
Quote cmf_premierleag 19-12-2018 10:26 AM
buruknya yana ni bertudung
selekeh dan kepam
x bleh ke pakai elok2 nampak wangi sket
Quote faraway1 19-12-2018 07:11 PM
my daughter kalau berguling me biarkan aje..
sapa nak judge terutama dalam peringkat usia tu,
memang diketahui suka berguling dan mostly
parents alami...

lepas guling, kemudian me tanya ok peluk dan jom sambung shopping
dan still dia takkan dapat apa dia nak, yang buat dia berguling tu...

sekarang dia dah faham pasal no point berguling...
sebab tak da sapa peduli.... last last nak peluk mama juga..
Quote Lagubestbest 19-12-2018 07:37 PM
Anak sedara I marah beno kalau I ckp nak record kasi viral kat youtube bagi semua friends preschool dia tengok. 3 tahun.
Quote bambimo 19-12-2018 08:07 PM
ye...anak yana sgt la aktif..nasib la anak retis..
tp yana sgt cool...
Quote toteng 19-12-2018 09:28 PM
Anak semakin kita marah dan berapi semakin tu juga anak membara.tp tak semua anak sama la.yang penting kena relax.tarik nafas pjg2 kalau anak tantrum.jgn panik.
Quote eimila 20-12-2018 10:38 PM
faraway1 replied at 19-12-2018 07:11 PM
my daughter kalau berguling me biarkan aje..
sapa nak judge terutama dalam peringkat usia tu,
mema ...

Haha..sama! Biarkan je diorang guling2 tu sambil jalan pelan2. Last2 diorang sendiri lari mai peluk umi sebab takut kena tinggal
Quote miemiecha 28-12-2018 11:06 AM
mek pernah tgk ipar mek ajar anak, ipar pes ajar, anak nges dia wat bodo jeh..
pastu dia pesan 'abes nanges, pggl mama'
skrg klau nk brg, anak dia dah reti bahasa, bila tnya knp x nges je? anak dia respon "kalau nges pun mama bkn nak beli, buat penat jeh"
yg sorg lg ipar, ajar sayang brg.. g kedai 'amir nk syg je kejap brg tu mama..'
dia amik, dia peluk pusing satu kedai, pastu ltak blik..

kdg kagum tgk mak2 yg pndai didik anak utk behave..
hp kat tgn sentiasa bebudak nih
Quote julia5094 31-12-2018 02:50 PM
Iols senang je..kalau anak start tantrum guling macam tu..iols buat2 nak tinggal..automatik dia bngun kejar kita balik..lps tu serik tak mau buat dah..
Quote tokchik 31-12-2018 04:19 PM
Dulu2 mak pak jengil mata
Ank2 dh tk berkutik..

Sekarang ni
Mk pak jengil mata
Depa dok jerkah balik


Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.063256 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top