Paris Hilton, 37, baru-baru ini putus tunang dengan model dan pelakon, Chris Zylka tetapi dia memberitahu tidak akan memulangkan cincin bernilai ASD 2 Juta (RM8.5 juta) yang diberikan oleh Zylka kepadanya.
Paris memberitahu hos rancangan Jenny McCarthy bahawa dia berhak menyimpan cincin itu kerana telah memberikan publisiti meluas kepada perekanya. Paris seakan-akan memberikan isyarat bahawa Zylka mendapat cincin itu secara percuma daripada perekanya. Persoalannya, walaupun pereka barang kemas itu mendapat publisiti meluas daripada cincin tersebut, cincin itu adalah milik Zylka dan menurut perundangan California, ianya perlu dikembalikan kepadanya kerana Paris yang memutuskan pertunangan di antara mereka. Bagaimanapun, jika Zylka tidak membeli cincin itu, sebaliknya dicipta khas untuk Paris, maka Zylka hilang kelayakan untuk menuntutnya semula. Cincin serba mewah itu 20 karat itu dikatakan mengambil masa 4 bulan untuk direkacipta. Anehnya sehingga kini, Chris Zylka bagaimanapun belum membuat sebarang kenyataan untuk menuntut cincin itu daripada Paris. Mungkinkah Zylka merelakan Paris memilikinya sebagai pemberian, tanda kenangan mereka berdua? -CARI
|
12
Bagus |
8
Marah |
6
Terkejut |
4
Sedih |
8
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mizzmimi replied at 20-12-2018 12:09 PM
Kertunya tangan sheols.. Tersembul2 urat..
ADVERTISEMENT