Setiap tahun, sering saja kita dengar kawasan pantai timur dilanda banjir pada hujung tahun dek kerana angin monsun timur laut. Keadaan hujan yang berterusan menjadikan sesetengah besar kawasan terutamanya di Kelantan dan Terengganu dilanda banjir.
Istilah 'Pengantin Banjir' juga popular di kalangan penduduk Kelantan yang tetap mengadakan kenduri kahwin meskipun rumah dilanda banjir. Akibatnya, tetamu yang hadir terpaksa mengharungi air banjir demi meraikan mempelai. Di Kelantan juga, mereka yang tinggal di kawasan cenderung banjir, sudah terbiasa menaiki bot dan dipindahkan ke pusat perpindahan banjir. Namun begitu, tahun ini berita baik buat warga Kelantan ialah negeri tersebut dijangka bebas daripada bencana banjir untuk 2018. Menurut laporan Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Kelantan, hujan di Kelantan telah mula turun pada Oktober lalu, dan kini sudah mencecah 90 peratus taburan hujan. Baki hujan yang dianggarkan turun hanya tinggal 10 peratus sahaja daripada jumlah total 2700 millimeter. Justeru, baki taburan hujan yang sedikit itu tidak akan menjadikan Kelantan banjir besar seperti sebelum ini. Keadaan cuaca juga sudah kembali panas dan tidak membimbangkan. Terdahulu, Kelantan mengalami banjir besar pada 2004, dan terkini pada 2014, yang merupakan banjir terburuk direkodkan di Malaysia. Banjir 2014 melibatkan perpindahan 170,000 penduduk di Kelantan. Berikut merupakan foto kelumpuhan bandar di Kelantan ketika banjir besar 2014. |
10
Bagus |
9
Marah |
14
Terkejut |
14
Sedih |
9
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MarryPottet: lepas PH menang, kelantan darul moscow pon tak banjir. Alhamdulillah. Taqbirrrr!
ntahapapantah replied at 29-12-2018 02:33 AM
Selepas PH menang Kelantan tak banjir, tapi ramai yg kena banjir dengan air kencing.
jfq replied at 29-12-2018 02:37 PM
Baru balik dari kelantan. Terang benderang cuaca. Enjoice betul jalan2 dgn langit blue skies memanja ...
ADVERTISEMENT