CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Aneh Tapi Benar, Pisang 40 Hari Berbuah Di Batang Pokok

31-12-2018 12:33 PM| Diterbitkan: monolog| Dilihat: 5601| Komen: 5|Original author: Oleh: Monolog

Satu kejadian yang jarang-jarang dapat dilihat! 

Bertempat di sebuah kampung di Alor Gajah, Melaka terdapat sebuah rumah yang dikelilingi pelbagai tanaman yang biasa ditanam oleh orang kampung.


Beberapa batang pokok pisang ada yang telah menghasilkan buah, namun apa yang menarik perhatian adalah sebatang pokok pisang yang sangat jarang ditemui, kerana kejadiannya.

Pernahkah anda melihat pokok pisang berbuah di batang pisang?

Foto sebenar pokok dan buah pisang 40 hari yang tumbuh di batang pokok, Foto: Monolog
Pokok pisang 40 hari atau nama lainnya ialah pisang boyan yang ditanam telah menghasilkan buah berserta jantungnya sekali di tengah-tengah batang pokok tersebut.


Adalah dimaklumkan pisang tersebut baru berbuah dan berusia kira-kira dua minggu lebih. 

Pisang 40 hari ini rasanya seperti pisang lemak manis. Pisang ini mencapai tempoh matang selama 40 hari. Mungkin kerana itu, ia dinamakan pisang 40 hari.
 
Biasanya selain boleh dimakan mentah, pisang ini sesuai juga dibuat cekodok atau lempeng. Bagi pisang yang masih muda, biasanya ia boleh dijadikan bahan untuk membuat masak lemak cili api.
 
Wajarkah kita memakannya jika ia berbuah dalam cara yang aneh? Apa pendapat anda?

Biarpun ianya pelik tetapi jika ia hidup subur dah berbuah matang dengan baik sepatutnya ia bukanlah satu masalah. Tak begitu?

Rezeki buat apa ditolak. Melalui carian google,  ini disertakan rupa buah pisang 40 hari untuk menggambarkan kepada anda yang tertanya-tanya bagaimana rupa buah pisang ini bila telah matang dan masak.

Foto: Google
Tiada apa yang tidak boleh terjadi di dunia ini dengan izin dariNya.

Mungkin ada antara anda juga pernah melihat perkara yang sama dan dapat boleh berkongsi cerita di sini. Mungkinkah kejadian  buah ini dikaitkan dengan perubatan atau tuah? Apa pendapat anda?-CARI
11

Bagus
7

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
5

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Alais 31-12-2018 01:01 PM

boleh buat sendiri
tebuk tengah
keluar buah dari tengah
Quote Alais 31-12-2018 01:03 PM

apa beza pisang 40 hari &  pisang emas ?
Quote noraidil_06 31-12-2018 01:12 PM
Alais replied at 31-12-2018 01:03 PM
apa beza pisang 40 hari &  pisang emas ?

Rupe beza n rase pun beza.
X reti nk explain
Quote MarryPottet 31-12-2018 01:47 PM
mohon tuannya segera pasang pagar di keliling pokok tersebut. takut kang ada yg lilit kain merah kat pokok tu. dapat arahan dalam mimpi disuruh buat demikian kater nyerrr....
Quote monolog 31-12-2018 04:15 PM
MarryPottet replied at 31-12-2018 01:47 PM
mohon tuannya segera pasang pagar di keliling pokok tersebut. takut kang ada yg lilit kain merah kat ...

Oh..ada ke yg buat cam tu

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.142829 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top