CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Zamani Dipaksa Pengurusnya Menyanyi Di Restoran Atau Sapu Je Mana-Mana Job?

3-1-2019 01:05 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 18009| Komen: 87|Original author: Oleh: Azza




Sejak tamatnya Gegar Vaganza 5, ramai yang mengharapkan lagenda Zamani meneruskan kegemilangannya seperti bersama kumpulan Slam dahulu. Namun persembahan yang diterima dikatakan sekadar cukup makan sahaja. Apatah lagi apabila penyanyi Gerimis Mengundang ini dilihat membuat persembahan di sebuah restoran diiringi kumpulan busker, ramai yang menyatakan Zamani sebenarnya sudah tidak laku lagi. Lebih malang apabila ada yang menuduh pengurusnya, Aaalan Ahmad lah yang menjadi dalang mendera Zamani hanya kerana mahukan 'job'.

Bagaimanapun, ia dinafikan oleh peminat Zamani yang sentiasa membuat liputan perkembangannya. Peminat yang menggelarkan dirinya 'indipedent fan' ini menegaskan supaya netizen tidak menghentam sebelum menyiasat terlebih dahulu. Ini kerana tidak semestinya dia dipaksa menyanyi atau sekadar tangkap muat 'job' tetapi lebih kepada penghargaan kepada peminatnya yang kebetulan berada di restoran tersebut.




Menurut peminat ini lagi, tiada siapa yang memaksa Zamani menyanyi di restoran tersebut hatta pengurusnya, Aalan sekali pun. Ini kerana Zamani yang mahu menyanyi sendiri dan berinteraksi dengan peminatnya. Jadi, jangan lah membuat spekulasi yang bukan-bukan.

"Apa yang admin boleh cakap, alhamdulillah, zamani sihat dan ceria.kalau show mcm ni atau majlis kahwin ke jgn terus jump into conclusion ye yg manager beliau paksa la,kerahan tenaga la..low class la..kadang-kadang beliau buat atas kapasiti sebagai kawan dengan rela hati.in fact,manager dia kena paksa main gitar malam tu."

Kredit foto: IG

Zamani juga sempat mendendangkan lagi Perpisahan yang kau pinta. Malahan peminatnya memujiny kerana Zamani meminta izin supaya dijemput oleh band disitu dan bukannya terus ke pentas untuk menyanyi. Hal ini membuatkan ramai yang setia meminatinya.

"Zamani sendiri dengan rela hati nak menyanyi untuk menghiburkan kawan rapat beliau dan fans yang kebetulan ada disitu. Dia pun manusia biasa, ada keluarga dan kawan. Di pentas, yes he is a legend. Di luar dia berhak hidup seperti orang lain..Dengan sopan, beliau minta dijemput oleh band disitu instead of terus ke stage dan ambil mic. Jadi kita yang tak tahu jangan berspekulasi bukan-bukan yang boleh merebahkan karier zamani."

Kredit foto: IG

Ya. Nampaknya Zamani sendiri semakin mendapat rentaknya sebagai penyanyi versatile. Malahan dikategorikan beruntung kerana mempunyai peminat-peminat yang sentiasa menyokongnya dalam apa jua situasi. Jadi, tuduhan yang mengatakan Zamani tidak laku atau didera oleh pengurusnya adalah tidak benar. Mungkin sudah sampai masanya pengurusan Zamani perlu merancang mengadakan konsert atau mini showcase bagi membuktikan bahawa Zamani masih berbisa. - CARI 
8

Bagus
6

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fahdramli 3-1-2019 01:06 PM
Kalau betol kesian lah... Dah la tulang belalang makin teruk
Quote laksmanabentan 3-1-2019 01:14 PM
fahdramli replied at 3-1-2019 01:06 PM
Kalau betol kesian lah... Dah la tulang belalang makin teruk

tu la kan... kesian sgt... betul2 kurus tak berlemak dan berdaging...
mcm tinggal tulang dan kulit aja...


Quote KakaJah 3-1-2019 01:19 PM
Apooo. Dia mmg nak nyanyi la. Ala kalau akak nampak Zamani pun akak mtk nyanyi skitt bangg. Dah dia sudi apasalahnya. Bukannya dia amik ni jd job fix setiap malam Jomaat nyanyi kt kedai ni punnn. Dia rela hati. Ala mcm Jamal abdillah dtg kenduri la org mtk belanja 1 lagu, bknnya job
Quote vairaaa 3-1-2019 02:03 PM
Sila baca isi sekali ya...bkn tajuk jek huhu...Alhamdulillah rezki AA makin mencurah..i lop u abgadeq ..
Quote DawnAngeliCa 3-1-2019 02:06 PM
Sejujurnya ku tidaklah berkenan sesangat dgn si aalan tu. But hakikatnya xde la pulak manager yg paksa zamani rembat asal bole job je janji ada. Hellooo, zamani banyak kot show2 berbayar yg harganya pun bukan murah. Lagipun, dlm situation now manager yg keje utk retis. Zamani bole je reject show if dia rasa x berkenan. Alaa sesekali nyanyi suka2 kt event org kawin ke kat cafe ape salahnya. Satu dua lagu je pun. Biarlah dia. Susahnyeee lah jadi seorg zamani.
Quote besarkecik 3-1-2019 02:27 PM
vairaaa: Sila baca isi sekali ya...bkn tajuk jek huhu...Alhamdulillah rezki AA makin mencurah..i lop u abgadeq ..


Aku ingat AA tu Azwan Ali
Quote mesmerize 3-1-2019 02:32 PM
biar la dia nak nyanyi kat mana2 pun.. dah tu punca rezeki dia.. tak payah nak memilih2 sangat.. dia humble macam ni orang suka je.. takde la tarik harga mahal acah2 high class bole nyanyi kat hotel n events besar je..
netizen ni abam zamani duk rumah mendadih korang kecam.. ni dia sibuk menyanyi pun korang kecam.. apa lagi netizen mahu
Quote doubleA 3-1-2019 02:41 PM
Sekarang makin banyak akaun sosial media zamani/slam tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan. Apapun bukan zamani sendiri yang update semuanya peminat/management dia yang buat. Bagus lah kembali mengecapi populariti, zaman terasing dalam sepi abgadek dah berlalu. Now kecapi lah sebaik mungkin. Iols doakan yang baik2
Quote babY24 3-1-2019 02:48 PM
Orang tu mendadih maki
Org tu nyanyi kaut semua show pun sakit ati

Apo bondo laaa mangkuk netizen ni semua bnda nk dikecam. Last2 org tu panjat pokok petai terjunnn baru puas ati agaknya hahaha

Sementara laku ni bior le nk nyanyi kt mna pun. Janji bayo. Dulu masa susah nak dapat job takde sape pulak kisahkan. Takkan laa bodoh sgt dia takleh cakap taknak kalau dia tak sudi nyanyi... Anggap lah dia nyanyi utk kawan2 ke, sambil2 practice utk show. Bukan dia pi Angkat guni baja pun... Pandai laa dia buat keputusan.

47yrs old dah pun

Adoi rengsaaa membacanyaaa...
Quote thinker69 3-1-2019 02:55 PM
TT, tajuk mengundang maki la...isi sedap dah dibaca..tau2la netizen Malaysia ni suka baca tajuk je.huhuhu
Apepun, tak silap dr dulu zamani tak kisah pun show mane2. Dia dah dekat 50 tahun kot umur.kalo taknak dia taknakla..sapo nak heret dia pun g nyanyi.suara pun dia yg control nk nyanyi ke dok.hahaha
Quote Kambeng_Gurun 3-1-2019 03:13 PM
Misleading tajuknye. Mengumpan orang baca thread ni ey...
Quote imanda 3-1-2019 03:15 PM
hope zamani ade laa duit show hala utk perubatan. semoga abg zamani sihat n kua lagu yg best2 mcm zaman kegemilangan slam dulu.
Quote ihtisyam1 3-1-2019 03:17 PM
alhamdulillah, rezeki dia... sekurang kurangnya ade duit untuk belanja....
Quote awexgaban7 3-1-2019 03:47 PM
abang adik & FT... dedua kesukaan meolz
Quote Watermelon786 3-1-2019 03:48 PM
Ohh come on! Takleh buat tajuk yg selari dgn isi ke TT ni?
Quote hellyboringe 3-1-2019 04:42 PM
abgadk passion dia tu menyanyi...kalau dia lalu tepi jalan nmpak buskers..dia nk nyanyi..dia nyanyi je.  Ape lah salahnyer menghiburkan orang...x semua mampu di hotel2 atau tempat mahal nk tengok dia menyanyi.
Quote Spicymami 3-1-2019 04:53 PM
Nk event high class camno? Grammy award? American music award?
Quote LadyDiddy 3-1-2019 04:59 PM
Sape yg cakap zamani tak laku tu? Hello heols punya jadual tahun ni dah bersusun rapat until March at least ye...kat Singapore, kat HRC melaka, HRC KL, konsert dgn slam pun dalam perancangan... persembahan heols kat MAHA n PD itu hari antara yg paling dapat sambutan berbanding artis2 lain dalam show yg sama yach...pandai2 je cakap tak laku
Quote anaktoyol 3-1-2019 05:11 PM
ala mak iti pun nyanyi kat kenduri kawin...

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.287904 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top