CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Paderi Pedo Disyaki Mati Ditembak Pembunuh Upahan Bapa Mangsa

27-2-2019 12:42 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 2296| Komen: 6|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Bekas paderi Giuseppe Matarazzo, 45, yang baru sahaja selesai menjalani hukuman 11 tahun penjara kerana didapati bersalah melakukan penderaan seks terhadap dua orang kanak-kanak perempuan, ditemui mati dibunuh di Naples. Polis percaya beliau ditembak oleh pembunuh upahan yang diupah oleh salah seorang daripada bapa mangsanya.



Kredit foto: Rebel Circus


Perbicaraan kes Giuseppe Matarazzo lebih 10 tahun dahulu mengejutkan orang ramai berikutan kekejaman yang dilakukannya terhadap dua orang kanak-kanak itu. Susulan perbicaraan itu, salah seorang mangsa kemudiannya dijumpai mati menggantung diri pada tahun 2008 akibat tekanan melampau. 


Kredit foto: nextquotidiano


Matarazzo ditembak 5 kali oleh penumpang sebuah kereta di Frasso Talesino, Itali apabila pemandu kereta itu pura-pura bertanyakan arah kepadanya. Polis kini menahan dua orang lelaki bernama Generoso Nastam dan Giuseppe Massaro yang disyaki pemandu dan penumpang kereta tersebut.


Kredit foto: DailyStar



Sementara itu adik kepada Giuseppe Matarazzo mengutuk pembunuhan abangnya. Dalam poster pengkebumian, Teresa Matarazzo mempertahankan abangnya dan berkata beliau dijatuhkan hukuman tanpa bukti DNA yang kukuh.


Kredit foto: nextquotidiano


Polis kini menjalankan siasatan kemungkinan dua orang lelaki tersebut diupah oleh bapa kepada salah sorang daripada mangsa Matarazzo berdasarkan bukti rakaman telefon. 

Adakah cash untuk pedofilia ini? - CARI
7

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
6

Sedih
4

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bangcak 27-2-2019 12:53 PM
tred yg bakal krikk... krikk... krikk...
Quote CharlesDera 27-2-2019 01:05 PM
pope jemin perenah quote daripada bible.....wakakakakakakakakakak
Quote chicozinn 27-2-2019 03:07 PM
cash la tu..jaga2 ye penjenayah sume..klu xdpt kat dunia ni kt akhirat kne la korang..gitcewwww yihhh
Quote slavehunter 27-2-2019 03:30 PM
Macam mana paderi tu boleh dapat access kenal 2 budak perempuan tu? Mesti berlakon alim ulama sama la macam kat sini.
Quote CiliPadiSedap 27-2-2019 07:33 PM
slavehunter: Macam mana paderi tu boleh dapat access kenal 2 budak perempuan tu? Mesti berlakon alim ulama sama la macam kat sini.

Dia bagi gula candy b sebab budak2 suka gula2
Quote akumak 27-2-2019 07:52 PM
Mcm drama Voice 2 pulak. Bila pedo keluar penjara, bapa dia nak pergi bunuh

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.047109 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top