CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sunscreen Insta Famous, Syafiqah Aina Dikecam Sebab Harga Yahudi Dan ...

7-1-2019 12:22 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 43011| Komen: 201|Original author: Oleh Azza




Apabila selebriti membuat sesuatu produk, maka berduyun-duyunlah peminatnya membeli kerana mahukan impak yang sama seperti idola mereka.  Bagi golongan ini, produk tempatan perlu disokong biarpun harganya tersangat mahal berbanding produk lain.

Kecoh di media sosial dengan netizen mempersoalkan produk terbaharu Insta Famous, Syafiqah Aina iaitu Sunscreen bersaiz 15ml dijual dengan harga diluar jangkaan. Malahan lebih memburukkan keadaan dengan pembungkusan yang tidak menepati produk profesional iaitu tidak disertakan bahan-bahan produk ini.

Ramai yang mengatakan produk ini timbang kilo serta mempergunakan kecantikan pengasasnya semata-mata untuk mendapatkan keuntungan berganda. Apa yang menyedihkan ialah ramai pengikutnya merasakan produk ini bagus dan sanggup membelinya kerana mahu menjadi cantik seperti Aina.



Kredit foto: Twitter

"Tak paham betul orang yang beli local product tak certified ni. Dahla modal dia cuma muka cantik pastu "dah dihantar untuk ujian klinikal, harga Yahudi lak tu..."

Memberi contoh produk antarabangsa yang telah menjalani penyelidikan berpuluh tahun sebelum berani membuat produk kecantikan, netizen ini pelik dengan ragam pengasas produk tempatan yang tiba-tiba sahaja mengeluarkan produk. Apatah lagi harganya yang tidak masuk akal berbanding produk berjenama menjelaskan yang pengguna Malaysia mudah tertipu sedangkan pengasasnya sendiri mendapatkan rawatan doktor kulit bukannya memakai produk tersebut.

Kredit foto:Carian Internet

Biarpun ramai yang mengutuk perbuatan tidak beretika ini, namun ramai juga yang menyokong dengan alasan barang mahal pun tetap laku keras. Sementelah lagi melihat banyak testimoni yang telah mendapat kesannya, ramai yang menjadi ejen produk sebegini. Namun netizen ini menjelaskan yang ia adalah permainan bisnes biasa di Malaysia iaitu sistem ejen yang akan sedaya upaya menjual produk kepada pengguna. Jika tidak laku sekalipun, kerugian di bawah tanggungan ejen sedangkan pengasas sudah mendapat keuntungan.

Kredit foto: IG

Bengang dengan dakwaan netizen yang mengecam produk tempatan sebagai tipu, ada ejen yang menyatakan itu hanyalah kerana cemburu semata-mata.

Kredit foto: IG

Dan ini jawapan daripada netizen yang membawa persoalan sebenarnya iaitu kandungan dan kesalahan fakta.




Mungkin kerana gaya hidup yang ditonjolkan oleh 'insta famous' sudah mengabui para pengikutnya membuatkan produk mereka terjual keras. Ini membuatkan netizen di Twitter membuat lawak tentang itu.



Kredit foto: IG

Oleh sebab itu, pentingnya pengetahuan supaya tidak tertipu dengan testimoni dan gaya hidup mewah yang dipaparkan oleh pengasas produk di Malaysia. Semoga kita lebih peka dan membuat pilihan bijak. - CARI






14

Bagus
14

Marah
13

Terkejut
10

Sedih
14

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cicicumel 7-1-2019 12:28 PM
Gila ke haper 15ml rm60. Ptuiii
Quote Iris. 7-1-2019 12:30 PM
Budak yang bekap dia tu bodoh nak mampus
Umur baru 22, tapi kata yang bash tu budak perempuan..
Padan kena balik {:run
Quote gigahertz 7-1-2019 12:44 PM
cicicumel: Gila ke haper 15ml rm60. Ptuiii

tu namanya pakej bajet. try dulu. sekarang banyak jual.macam tu. syampoo pun sama.
Quote myakayina 7-1-2019 12:44 PM
harga tak setimpal dgn produk.. masih ada yg beli ke? ada KKM certified?
Quote gummiebear 7-1-2019 12:57 PM
Harga yahudi cemana pun ada jah yang akan beli sebab yang kurang cerdik pun masih ramai.
Quote sonatalady 7-1-2019 01:02 PM
Harga termasuk kos masuk hosp nak bersalin nanti ke?
persediaan dr skg.
Quote matchstick 7-1-2019 01:08 PM
Bodoh nya sape yg beli.. Utk pengetahuan sunscreen shiseido yg dijadikan perbandingan tu mmg sgt bagus. Sape byk duit beli shiseido tu, spf50 pa++++, yg produk budak ini spf50 pa++ jah. Mgkn added value dia kalis api neraka kot sbb sokong produk Muslim katanyeh
Quote Artemesiaa 7-1-2019 01:09 PM
Tak minat nak beli barangan yang tah dari mana asalnya
Quote Nonones 7-1-2019 01:11 PM
Dah bgtau dah kan, dah mcm2 kempen dah bgtau produk timbang kati jgn dibeli!!!!!! sunscreen dkt guardian or watson ada je jual lg murah. kemon la rakyat malaysia!!!!!
Quote armin 7-1-2019 01:11 PM
gigahertz: tu namanya pakej bajet. try dulu. sekarang banyak jual.macam tu. syampoo pun sama.

Pakej bajet harga rm59? Dah sama besar dgn eye cream dah
Quote Nonones 7-1-2019 01:11 PM
Dah bgtau dah kan, dah mcm2 kempen dah bgtau produk timbang kati jgn dibeli!!!!!! sunscreen dkt guardian or watson ada je jual lg murah. kemon la rakyat malaysia!!!!!
Quote RatuDunia94 7-1-2019 01:16 PM
Pilihan di tangan pembeli..
For me, NO WAY!
Quote buapakperut 7-1-2019 01:20 PM
gile secoet camtu tepek mana ja cukup?
Quote matchstick 7-1-2019 01:24 PM
Tp sunscreen shiseido tu size 50ml kan.. Still lg murah drpd produk budak ini...
Akak pakai sunscreen since zaman ko pakai pampers lg dek...tetiba ko muncul menjual sunscreen rega yahudi dgn specs yg cikai aje. Bagaimana harus akak mempercayai ko dekk
Quote tim87 7-1-2019 01:26 PM
mahal nau.baik beli clarins.
Quote doubleA 7-1-2019 01:31 PM
Bodohnya sape beli. Iols sunscreen beli kat drug store. Biore or hada labo. Iols tak kenal pun insta femes ni sape apatah lagi nak percaya produk dorang. Modal cantik dan kaya tak cukup utk akak perjudikan kulit dan kesihatan utk produk timang kati deme
Quote AbukRokok 7-1-2019 01:37 PM
tahniah.. makin ramai pompuan melayu yg kaya dan menjadi Free woman
Quote wallame 7-1-2019 01:45 PM
pergh mahal
Quote Nham22 7-1-2019 01:57 PM
Modal die muka cantik..tp muka buat treatement...pastu makeup sekati...
Depa langsong tak detail kan ingredient ape.depa guna...

Lihat semua komen(201)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.316454 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top