CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Siti Nordiana Dituduh Bawa Malang Pada Pasangan Menyanyinya, Apa Akan Jadi Di AJL Nanti?

9-1-2019 10:29 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 23230| Komen: 111|Original author: Oleh: Azza




Siti Nordiana adalah produk Gegar Vaganza yang paling laris bukan sahaja dalam nyanyian, malahan lakonan dan juga pengacaraan. Namun entah silapnya di mana, Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana dilihat semakin hilang arah, terutamanya apabila membabitkan nyanyian duet bersama peserta program hiburan realiti.

Bermula pada tahun 2003, Nana dan arwah Achik terkandas di separuh akhir muzik-muzik Pop Rock dengan lagu Paling Comel sangat menghairankan. Ini kerana lagu tersebut sangat hits di carta radio menjadi siulan remaja ketika itu, setanding dengan lagu Hi Hi Bye, Bye, dan Cinta Muka Buku.

Setelah menjadi juara GV2 pula, Nana dijemput menjadi artis undangan berduet bersama Ameng dalam Gegar Vaganza, bagaimanapun persembahan Nana dikatakan di bawah paras memuaskan. Begitu juga persembahan seterusnya yang menyaksikan peserta-peserta duetnya tidak berjaya ke peringkat seterusnya.

Terbaharu, netizen semakin risau dengan persembahannya dalam pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu mendendangkan lagu Nisan Cinta bersama Jacqlyn Victor nanti. Benarkan Nana terlekat badi kegagalan tersebut?

Kredit foto:

Foto : Carian Internet

Selepas persembahan tidak menarik bersama Ameng Gegar Vaganza 3, Nana sekali lagi dijemput untuk berduet bersama Amir Masdi AF Megastar pada tahun 2017 dan lebih malang apabila Amir terus tersingkir dengan dendangan lagu Dirgahayu.  Hal yang sama berlaku pada tahun 2017, duetnya bersama Lan Solo GV4 membuatkan Lan terus merudum ke tempat keenam.

Biarpun begitu, ia tidak mematahkan hasrat stesen televisyen untuk memanggil Nana bagi berduet dengan peserta pertandingan Big Stage, GV5 dan Mentor 7. Semuanya berlaku pada tahun 2018 dan secara kebetulan membuatkan pasangan duetnya gagal cemerlang.




Carian Internet


Persoalannya sekarang, adakah netizen percaya dengan ramalan tersebut atau menyedari ianya sekadar kebetulan semata-mata. Bagaimana pula dengan nasib lagu Nisan Cinta? Diketahui Jaclyn Victor antara artis yang hebat nyanyiannya, jadi adakah Nana akan membuatkan lagu ini kecundang jua?

Ada yang berpendapat Nana bukan malang, tetapi lebih kepada persembahannya yang tidak bersungguh-sungguh, tidak seperti kesungguhannya pada pertandingan Gegar Vaganza 2.




Bagaimanapun, ada juga yang memihak pada Nana dan beranggapan bahawa Nana sebenarnya banyak juga membawa tuah kepada artis lain. Antaranya ialah mempopularkan Khai Bahar secara tidak langsung.


Carian Internet

Jadi, masing-masing seperti tidak sabar untuk menonton Anugerah Juala Lagu pada 3 Februari nanti. Sama-sama kita nantikan Nisan Cinta dendangan dua penyanyi yang tidak harus dilepaskan. - CARI
11

Bagus
10

Marah
13

Terkejut
9

Sedih
14

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fahdramli 9-1-2019 10:31 AM
Awat jadi lagu tu...
Quote BoongaKertas 9-1-2019 10:40 AM
Kenapa si alan ni mcm semua benda dia nak kondem. Full of negativity plak iols rasa heols lately.
Quote putehkundor 9-1-2019 10:42 AM
annoying ok alan anjing ni....aku tak rasa dia forumer cari. forumer cari tak ada perangai yg sehanjing ni....
Quote putehkundor 9-1-2019 10:47 AM
maksud mak teh forumer bod gossip
Quote makton 9-1-2019 11:01 AM
yg aku nampak klu org iv nana, dia sampai bila2 dia akan pegang kata2 "org kata sy penyanyi kampung"

so badi tu akan melekat la klu tuan badan sndiri tak leh nak move on.

pasal ramalan alan tu, ntah laa.. no comment sbb aku mmg tak minat nana
Quote de_ikea 9-1-2019 11:02 AM
Kesian pulak iols dgn nana ni.
Mmg nmpk berbeza persembahan sheols di gv2 dan di duet2 yg dinyatakan tu. mcm serba tak kena aje. Iols rasa sheols pun tak mahu berlaku sedemikian rupa.

Wat say yu abam paku @terpaku
Quote blythes 9-1-2019 11:05 AM
jahatnya. nana tu rilek je, takde nampak kekwat ke, nak cari pasal ke apa.
Quote danieladam 9-1-2019 11:07 AM
Alan alpadat ialah watak alter ego arwah tok pit put! Percayalah kata iols..sebab tok pit put kan doplohpat jam mengeji tok ti dan megusap pepet mitch donat. Tgk alan alpadat mcm x prnah keji mitch donat jek.
Quote putehkundor 9-1-2019 11:14 AM
danieladam replied at 9-1-2019 11:07 AM
Alan alpadat ialah watak alter ego arwah tok pit put! Percayalah kata iols..sebab tok pit put kan do ...

bukan lah sis....sbb alan ni peminat siti. dan sepit pun bukan hater afad mowtah pebenda tu.. yg al janitor tu mungkin sheols
Quote AshkieLa 9-1-2019 11:22 AM
tapi mcm ade betul nya..
bila nyanyi duet kat pertandingan yg bukan dia yg bertanding..rakan duet dia yg bersaing.. dia mcm malas2 nyanyi. Asal boleh saje gayanya.... berbeza laa dgn time dia bersungguh sungguh dalam GV2 dulu..
Quote zeed 9-1-2019 11:25 AM
Tp rasa mmg betul.. masa gv2 je nmpk dia usaha kaw2.. skrg sgt bosan.. siap unfollow dah ig dia.. dah hilang wow factor..
Quote tobobon 9-1-2019 11:41 AM
putehkundor replied at 9-1-2019 10:42 AM
annoying ok alan anjing ni....aku tak rasa dia forumer cari. forumer cari tak ada perangai yg sehanj ...

hmm..meols rasa he is forumer  carila

issue nana selalu x bg effort time duet ni forumer cari yang rasanya mention dulu, still sama sampai skrg and I dont see any other forum cakap pasal nana xde effort kalau duet neh
Quote (ツ) 9-1-2019 11:43 AM
siti nordiana???? ewww not my level..
Quote gerbera.memopad 9-1-2019 11:51 AM
Aku rasa duet Nana dgn Ameng kat GV dulu ok je. Plus lg satu duet Nana yg aku rasa ok masa dia duet dgn Hafiz kat Anugerah Meletop.

Yg lain2 tu no komen
Quote supernaturalee 9-1-2019 12:03 PM
kuang ajarnye statement

berbalik pada die br tau




Quote bambimbom 9-1-2019 12:33 PM
sesuke je cakap nana tu pembawa malang.. dulu org kutuk sape yg kapel dgn nana akan jd arwah..
skang ni bwk malang utk sparring partner pulak...
kuangajaq mulut2 org camni...
Quote kakaro940 9-1-2019 12:43 PM
aku minat lagu yg dia duet dengan jaclyn tu..sbb vokal jac mmg kuat disitu..dlu2 aku akui la suara nana ok jer klu live masa tu masi ada lg arwah achik skrg ni ntah la mmg kdg2 nmpk mcm biasa2 jer dia nyanyi..
Quote eddysheddy 9-1-2019 12:56 PM
danieladam replied at 9-1-2019 11:07 AM
Alan alpadat ialah watak alter ego arwah tok pit put! Percayalah kata iols..sebab tok pit put kan do ...

No. Alan alpat is karatz ct tak hingat haha
Quote akumak 9-1-2019 12:58 PM
khurafat nya thread ni

Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.108375 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top