CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Al-Quran Pernah Menjadi Buku Terlaris Di Amerika?

16-1-2019 01:09 PM| Diterbitkan: Archaiv| Dilihat: 4839| Komen: 30|Original author: Oleh: Archaiv

Foto: Teapartytribune

Kenyataan ini mungkin agak janggal pada zaman ini, tapi betul.. Al-Quran memang pernah menjadi buku terlaris dimiliki di Amerika.


Antara nama besar yang pernah memiliki buku Al-Quran ialah Thomas Jefferson; salah satu pengasas Amerika dalam membentuk Deklarasi Kemerdekaan(Declaration of Independece) dan juga presiden ketiga bagi Amerika Syarikat.


Foto: Getty Images

Islam sebenarnya sudah lama bertapak di Amerika utara semenjak pemerdagangan hamba berlaku lagi. Tapi ini bukanlah sebabnya mengapa buku ini laris di situ. Antara sebabnya adalah kerana sifat ingin tahu golongan Protestan daripada England yang membentuk koloni di Amerika.  Pendapat ini disokong oleh profesor sejarah Amerika, Denise A.Speilberg.


Pada awalnya, tujuan golongan protestan iaitu salah satu cabang agama Kristian mahu membaca Quran kerana untuk menggunakan semula isi kandungannya untuk didebatkan untuk tujuan penyebaran agama mereka. Mereka akan menghantar Missionary ke Asia tengah untuk tujuan ini.


Bagi Thomas Jefferson pula, dia membaca Quran kerana mahu memahami undang-undang Islam yang dipegang teguh oleh empayar Ottoman, sezaman dengannya. Sesetengah pula berpendapat bahawa, mereka membeli Quran kerana mahu memahami dan memudahkan interaksi mereka dengan hamba-hamba Islam. Mereka menghargai kepentingan berdamai dengan orang Islam yang telah menjadi salah satu lapisan masyarakat walaupun berdarjat hamba. Salinan Quran ini merupakan tafsir dan terjemahan ke dalam bahasa Inggeris.


Foto: Thedailybeast

Pada kurun ke 18, Quran telah laris dan hampir dimiliki oleh semua orang. Namun, Salinan yang dimiliki oleh Thomas Jefferson merupakan buku pertama terjemahan terus daripada bahasa arab dan terbit pada tahun 1649. Ketika mendalami bacaan Quran, beliau masih seorang pelajar undang-undang. Bukunya itu diperoleh daripada seseorang bernama George Sale, seorang hakim British yang ditugaskan oleh mubaligh Kristian Anglikan menterjemah terus  daripada bahasa Arab ke bahasa Inggeris.


Quran milik Thomas Jefferson masih disimpan dan telah digunakan ahli kongres wanita islam pertama amerika, Rashida Tlaib untuk tujuan angkat sumpah. Sebelum ini, Keith Ellison yang beragama islam juga telah menggunakan kitab yang sama untuk mengangkat sumpah.  -CARI

Sumber Rujukan : https://www.history.com/news/thomas-jefferson-quran-rashida-tlaib-keith-ellison

15

Bagus
5

Marah
10

Terkejut
12

Sedih
13

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mywifiext 18-1-2019 01:57 PM
Edited by mywifiext at 18-1-2019 02:00 PM

Thanks for sharing the excellent post. I like your post and great idea's.
Any question related to mywifiext.net then you can visit here: mywifiext.net
Quote mywifiext 18-1-2019 02:00 PM
mywifiext replied at 18-1-2019 01:57 PM
Thanks for sharing the excellent post. I like your post and great idea's.
Any question related to m ...

mywifiext.net
Quote Archaiv 18-1-2019 09:28 PM
mywifiext replied at 18-1-2019 02:00 PM
mywifiext.net

Thanks for reading.
Quote FOTHER-MUCKER 21-1-2019 01:22 PM
Caucasian memang suka membaca dan ambil tau.

Dan juga sebelum mereka jadi priest ka apa saya dah lupa mereka mesti hafal quraan.
Quote Archaiv 21-1-2019 01:59 PM
FOTHER-MUCKER replied at 21-1-2019 01:22 PM
Caucasian memang suka membaca dan ambil tau.

Dan juga sebelum mereka jadi priest ka apa saya dah  ...

Terima kasih info dan sudi membaca.
Quote zjen 21-1-2019 06:23 PM
kebanggaan org Arab la ...   Quran pon bukan ciptaan Melayu,  malah langsung xde sorg pon  tokoh Melayu yg di sebut sebut dlm Quran
Quote Archaiv 21-1-2019 07:33 PM
zjen replied at 21-1-2019 06:23 PM
kebanggaan org Arab la ...   Quran pon bukan ciptaan Melayu,  malah langsung xde sorg pon  tokoh Mel ...

Terima kasih baca dan memberikan pandangan anda.
Quote bangcak 21-1-2019 08:29 PM
apa2 terjemahan alquran kita sebut 'tafsir'.

tapi,
apa sbb golongan protestan sgt minat nak tau pasal alquran?
mcm mana dgn golongan katolik?? dorang takberminat ke?

apa2 pon, ini sejarah yg menarik.
Quote wana89 21-1-2019 08:49 PM
FOTHER-MUCKER replied at 21-1-2019 01:22 PM
Caucasian memang suka membaca dan ambil tau.

Dan juga sebelum mereka jadi priest ka apa saya dah  ...

Kenapa kena hafal?? sebab agama samawi??
Quote Archaiv 21-1-2019 09:41 PM
bangcak replied at 21-1-2019 08:29 PM
apa2 terjemahan alquran kita sebut 'tafsir'.

tapi,

Terima kasih baca. Ya,  memang saya tahu mengenai maksud 'Tafsir' Quran kerana saya juga muslim. Cuma,  maaf atas kekhilafan saya. Ketika menulis, saya mahu menulis tafsir Quran, cuma saya kurang pasti jika saudara se-islam mahu membaca artikel tersebut. Apa-apapun, saya minta maaf kerana tidak menulis perkataan Tafsir.

  Mengenai golongan protestan dan katolik,  kalau tak silap dulu pernah berlaku pergolakan fahaman dalam gereja mengenai denominasi ini.  Kiranya macam islam suni dan syiah jugalah.  Cuma tidak tahu sejauh mana pertentangan tersebut.  Apa yang saya tahu,  ketika tanah Amerika ditemui oleh Columbus, golongan agama kristian Protestan yang dihantar ke Amerika untuk membentuk koloni pertama. Hal ini mungkin disebabkan perbezaan denominasi itu mengganggu politik gereja mereka. Sebab itulah artikel tertumpu pada isi kristian Protestan.

Dan,  sudut pandangan artikel ini tertumpu pada Amerika sahaja.  Oleh itu,  saya cuma fokus pada apa yang berlaku di Amerika.

Harap maaf jika saya kurang ilmu dalam perkara ini,  apa-apapun terima kasih baca dan memberi pandangan yang baik.

Assalamualaikum.
Quote cecari 21-1-2019 10:17 PM
wana89 replied at 21-1-2019 08:49 PM
Kenapa kena hafal?? sebab agama samawi??

kena hapal kepala lutut apa daa.... injil dan taurat pun depa tak hapal dan tak ikut ,, lucu ... aku selalu ikuti perdebatan agama.... puak2 kristian ni bukan mahir sangat pun tetang bible depa sendiri...  nak hafal quran? lucu

Quote FOTHER-MUCKER 21-1-2019 11:46 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 21-1-2019 08:30 AM
cecari replied at 21-1-2019 06:17 AM
kena hapal kepala lutut apa daa.... injil dan taurat pun depa tak hapal dan tak ikut ,, lucu ... a ...

Lobai lobai!

Yusuf Estes tu priest asalnya dalam ceramah dia bagi tau mesti hafal quraan sebelum boleh jadi priest ka preacher ka apa ka saya dah lupa.

Cuba ambil tau macamana dia orang kena study Christianity sebelum boleh jadi priest. Lobai fikir macam lobai melayu pakai kepiah terus boleh jadi lobai? Sebab itu lobai melayu kena hencap!
Quote star_karat 22-1-2019 12:15 AM
Takda sebut nama tokoh2 melayu dalam quran? Hang biar betul. Tu jam kurun berapa dah... Melayu apa yang ada?  Zaman nabi tokoh melayu mana yang hang nak nabi bukak cerita?
Quote Dwdrum 22-1-2019 12:59 AM
Ini tentang jefferson dan adam jumpa duta tunissia kan  
I tidak mahu bagi ulasan lanjut nanti ruin seluruh article tt
Quote Dwdrum 22-1-2019 01:24 AM
Edited by Dwdrum at 21-1-2019 09:38 AM
bangcak replied at 21-1-2019 04:29 AM
apa2 terjemahan alquran kita sebut 'tafsir'.

tapi,


I boleh bagi jawapan ..... i belajar peekara ini sewaktu di highschool ......rasa nya akan lebih teruk jika i summerize pada pandangan aties ....silap silap nanti thread di humban ke board agama sendu jadi nya ...
Quote pyropura 22-1-2019 03:09 AM
Menjadi kebiasaan je tokoh2 kokesen macam ni mempunyai koleksi kitab2 segala agama didunia ini. Motip jadi kagum magum dan ragum?
Quote pyropura 22-1-2019 03:13 AM
Edited by pyropura at 22-1-2019 03:35 AM

Jefferson ni suka menghina puak negro slave, misalnya dia sering kata negro ni busuk, and yet dia kerap menutoh slaves nya sendiri, hinggakan keturunan beliau hari ini ada ada yg kulit putih dan ada yg kulit itam. Hakak syak ada diantara slaves yg dia kongket itu beragama Islam, mungkin dia tau tentang dunia islam dari situ
Quote Dwdrum 22-1-2019 03:18 AM
pyropura replied at 21-1-2019 11:13 AM
Jefferson ni suka menghina puak negro slave, misalnya dia sering kata negro ni busuk, and yet dia ke ...

Dahsyat comment u ....
Sebab beliau tahu halal menala hamba ... tengok siapa supplier hamba ke amerika
Tidak menhairan pun amerika ada hubungan dengan dunia arab ketika itu
Quote dua_chzy 22-1-2019 06:54 AM
Syok sundrinya artikel ini.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.040231 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top