CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Kisah Seram Misteri Gunung Stong

19-9-2013 02:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 30399| Komen: 22



Perjalanan Masa Naik
Kisah Seram ini berlaku kira-kira setahun yang lalu semasa aku mengikuti ekspidisi Rakan Muda ke Gunung Stong. Gunung ini terletak di hutan Jelawang di negeri Kelantan. Kami sampai ketapak perkhemahan Gunung Stong jam 8:00 malam. Setelah selesai mendirikan khemah, masing-masing membersihkan diri. Ada yang mandi dibilik air yang disediakan, dan ada yang mandi disungai yang berdekatan. Ketika itu aku sudah merasa seram sejuk seolah-olah ada sesuatu yang memerhati gerak-geri kami.

Aku tidak berani turun ke sungai kerana keadaan cuaca yang gelap. Selepas makan malam, masing-masing membuat aktiviti bebas. Aku mengambil kesempatan ini untuk berkenalan dengan ahli-ahli ekspedisi Gunung Stong yang lain. Kami bercerita sehingga lewat malam. Ketika hendak memasuki khemah untuk berehat, aku terkejut kerana aku ternampak kelibat sesuatu didalam khemah. Rakan satu khemah aku sudah lama hanyut dibuai mimpi. Sepanjang malam, aku tidak nyenyak tidur kerana terdengar bunyi-bunyi haiwan hutan yang kadangkala mengerikan.
Kira-kira jam 6:00 pagi kami telah dikejutkan untuk bersiap-siap mendaki Gunung Stong. Masing-masing agak keletihan, maklumlah semalam kami menaiki bas untuk kekawasan ini selama lebih lapan jam (dari Johor Bahru). Selepas sarapan, masing-masing bersiap untuk mendaki. Setibanya dikaki Gunung Stong, salah seorang peserta tiba-tiba menarik diri kerana kakinya bengkak. Tidak tahu apakah puncanya. Yang lainnya meneruskan perjalanan. Kami merentasi berbagai halangan seperti anak sungai, air terjun dan hutan belukar. Masing-masing kelihatan letih tetapi penuh semangat untuk meneruskan perjalanan.

Kami sampai dipertengahan Gunung Stong lewat petang dan bersiap untuk bermalam disitu selepas turun dari puncak gunung nanti. Waktu itu ada diantara kami yang sudah tidak berdaya melangkah dan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Stong. Mereka hanya menunggu kami di khemah. Aku bersama peserta yang lain meneruskan perjalanan kami. Cahaya matahari semakin kelam dan suasana semakin sejuk. Akhirnya kami tiba dipuncak hampir waktu Maghrib. Kami sempat bergambar. Waktu itu aku merasa tersangat letih dan lapar. Nasib baik aku ada membawa sedikit bekalan. Kami berkongsi makanan.


Sesat

Dalam perjalanan turun, aku adalah diantara yang terakhir. Hari semakin gelap. Apabila sampai disuatu kawasan, kami terdengar suara siamang bersahut-sahutan seolah-olah ingin memberitahu sesuatu. Ada diantara peserta wanita yang kecut perut kerana bunyi itu rasanya betul-betul diatas kepala kami. Dengan hanya berpandukan lampu suluh dan panduan dari peserta yang berpengalaman mendaki Gunung Stong, kami menuruni gunung sambil berpengangan tangan. Ada diantara kami yang sudah terlalu lemah dan jatuh pengsan. Ini menyebabkan perjalanan kami terhenti beberapa kali. Aku merasa aneh kerana kami masih belum sampai ke kawasan perkhemahan kami walaupun sudah lebih dua jam kami berjalan. Aku rasa aku telah melalui satu kawasan yang sama dimana terdapat pokok yang besar-besar entah berapa kali. Akhirnya guru pandu kami mengakui yang dia tidak berjumpa jalan asal yang kami lalui semasa mendaki kepuncak Gunung Stong tadi. Kami menjadi risau, tetapi nasib baik semua berjaya mengawal perasaan. Salah seorang dari kami mencadangkan agar kami meneruskan perjalanan, tetapi masing-masing merasa bimbang kalau-kalau kami semakin jauh tersesat didalam hutan.

Entah macam mana tiba-tiba muncul sekumpulan pemuda misteri. Masing-masing memakai serban dan jubah putih. Mereka memberi salam. Kami menjawab salam mereka dan menceritakan masalah kami. Menurut mereka, kejadian seperti ini memang selalu berlaku. Mereka menasihatkan kami agar teruskan perjalanan menuruni Gunung Stong sambil menunjuk kesatu arah. Masing-masing melihat kearah yang ditunjukkan. Belum pun sempat kami mengucapkan terima kasih, kumpulan pemuda tadi hilang entah kemana. Masing-masing terdiam. Kami meneruskan perjalanan kearah yang ditunjukkan dan tidak lama kemudian kami ternampak cahaya kelam yang datangnya dari kawasan perkhemahan kami. Sesampai sahaja dikhemah, kami terus dihujani dengan berbagai pertanyaan. Kami tersesat lebih dari satu jam.

Nasib baik ada kumpulan misteri yang berjubah tadi membantu kami.


Gambar Hiasan
Yang menghairankan kami, untuk apa mereka menuju arah ke puncak Gunung Stong sedangkan di sana tidak terdapat sebarang perkampungan pun. Entah kenapa, walaupun letih, aku merasa susah untuk tidur. Diluar hujan turun dengan lebatnya. Aku merasa risau kerana khemah kami didirikan diatas tanah yang tidak berapa rata. Takut nanti kami hanyut dibawa arus atau tanah runtuh.

Keesokkan harinya, kami berkemas untuk turun dari puncak Gunung Stong ketapak perkhemahan kami sebelum ini. Dalam perjalanan turun, masing-masing sibuk menceritakan pengalaman masing-masing. Disamping itu kami terpaksa berhati-hati kerana jalan licin. Ada juga diantara kami yang tersungkur entah berapa kali. Yang menggelikan hati, ada yang terjatuh kedalam lopak air yang agak dalam dan gagal untuk naik semula walaupun ditolong oleh beberapa orang.

Bersambung...



Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mastika 9-5-2013 11:59 PM
Edited by mastika at 26-4-2015 02:02 PM

Quote mastika 10-5-2013 12:04 AM
Edited by mastika at 26-4-2015 02:04 PM
























Quote linleen 10-5-2013 01:05 AM
aku anak jati kelantan....
jelawang jungle 2 ibarat rumah ke-2 aku...
so far x de plak hal2 mistik yg mcm gini jadi kt kitaorg....
Quote myakayina 10-5-2013 09:37 AM
linleen posted on 10-5-2013 01:05 AM
aku anak jati kelantan....
jelawang jungle 2 ibarat rumah ke-2 aku...
so far x de plak hal2 mistik ...

dah pernah daki la gunung Stong ni yer..?

Quote QueenAnneLace 10-5-2013 01:22 PM
hi tt...what a small world..rasanya prnh jumpa group awk nie masa hiking and if i'm not mistaken the group pic with the flag was at gunung angsi is it? forgive me if i'm wrong..anyway, still hiking???
Quote nicuya 10-5-2013 02:13 PM
penah naik!!!!! stong best!!!
Quote solstice 11-5-2013 12:36 AM
Pernah naik
Tp gunung ayam
Kembar stong
Quote kuzaime 11-5-2013 12:46 AM
bab2 daki mendaki nih, mmg x minat, tp suka baca pengalaman org lain..
cuma 1 yg aku prcaya, dlm hutan mmg ada mcm2..jadik tatatertib kena jaga..
Quote skeezotone 11-5-2013 09:13 AM
lama dah aku xcamping.. nice thread neway.. hehehe
Quote azzira 11-5-2013 12:47 PM
solstice posted on 11-5-2013 12:36 AM
Pernah naik
Tp gunung ayam
Kembar stong

sama ler...pernah naik gunung ayam jer....1st gunung yg saya naik tahun 2002...
Quote hellzass 11-5-2013 03:21 PM
hahahahahaha.. tu jek komen... aku dah naik n tak da ape2 pon ( kalau paham)... ada la tu group ko buat benda tak senonoh...
Quote setia00 11-5-2013 04:02 PM
kita kena ingat sebelum masuk hutan ni banyak jugak adab2 yang kena jaga..
bukan main redah je.. mulut jangan cabul..tangan jangan gatal..
itu tempat mereka..kena hormat lah..hormat dengan cara menjaga kelakuan.
Quote makadek 11-5-2013 05:11 PM
Penah lalu.cntik sgt air tejun dia nmpk dr jauh.tp rrasa cam skeri je.sbb tgh2 hutan.rasa mcm x dek sgt org gi bekelah mandi manda....ye ker andaian aku nih
Quote linleen 13-5-2013 12:44 AM
myakayina posted on 10-5-2013 09:37 AM
dah pernah daki la gunung Stong ni yer..?

gunung stong 2 dh jd rumah no 2.
dlu sy sekolah dkt2 area situ jgk.
klu taim hjg mggu 2.. kt situ la tmpt wajib me n the geng pegi.

Quote theflash 13-5-2013 11:09 AM
hutan memang pen uh misteri
Quote mamaezah 13-5-2013 05:17 PM
skeezotone posted on 11-5-2013 09:13 AM
lama dah aku xcamping.. nice thread neway.. hehehe

skeez chek pi mana??? lama mama tak nampak chek...chek sebuk ka....harap harap sihat na....yg kat rumah yg suka tukaq kaler tu sihat jugak ka...yg kaler kuning tu pun sihat ka...eiiii
Quote skeezotone 14-5-2013 12:11 AM
mamaezah posted on 13-5-2013 05:17 PM
skeez chek pi mana??? lama mama tak nampak chek...chek sebuk ka....harap harap sihat na....yg kat  ...

wahhh..akak pon lama xnmpak.. akak n baby sihat?

saya ada jer manjang kak.. 2 hari ni jer xde.. kalo xde keja..sy ada jer duk moyan kat umah borak tu..hehehe

Quote mamaezah 14-5-2013 08:53 AM
best, adventeruos, serem, semua adaa....gaya penceritaan awak jugak senang di fahami dan berquality. macam ni lah....
sambung jangan tak sambung!!!!
Quote mastika 26-4-2015 02:07 PM
theflash replied at 13-5-2013 11:09 AM
hutan memang pen uh misteri

the flash minat hiking jgk ke...

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.074808 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top