Tahun 2018 telah membuktikan bahawa industri perfileman Malaysia semakin berupaya memikat hati penggemar-penggemar filem dan mematikan tanggapan bahawa filem tempatan tidak berkualiti. Malah, empat daripada lima filem tempatan dengan kutipan tertinggi datangnya dari tahun 2018 iaitu Munafik 2, Hantu Kak Limah, Paskal dan Polis Evo 2. Bagaimana dengan tahun
2019? Adakah filem tempatan akan terus mengungguli carta filem di Malaysia?
Mari kita saksikan antara filem-filem tempatan yang dinanti-nantikan bagi tahun
2019. 1. XX Ray III Kesinambungan daripada
filem sains fiksyen XX Ray (1992) dan XX Ray II (1995), XX Ray III bakal
menampilkan barisan wajah baru seperti Izzue Islam, Nonny Nadirah dan Adam
John. Filem ini diterajui oleh pengarah yang sama iaitu Aziz M. Osman dan
pastinya menjadi filem yang dinanti-nantikan oleh penggemar francis ini. Malah,
bagi tujuan mempromosikan filem ini, pihak penerbitan telah menghasilkan patung
figura edisi terhad sebanyak 200 bagi watak Prof. Amir Hamzah dan jualan figura
itu mendapat sambutan yang hangat. Tayangan filem ini akan bermula pada 24 Jan
2019 di seluruh Malaysia. 2. Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Agak mustahil sebagai warga Malaysia untuk tidak mengenali kembar cilik Upin dan Ipin ini. Malah sambutan bagi siri kartun ini begitu hangat sehingga ke negara luar, terutamanya Indonesia. Berbeza dengan Geng: Pengembaraan Bermula (2009), filem kali ini memberi penekanan sepenuhnya kepada pengembaraan Upin, Ipin dan rakan-rakannya yang lain di mana mereka diserap ke dalam portal yang diakibatkan oleh sebilah keris daripada setor Tok Dalang. Dengan pertolongan watak-watak seperti Mat Jenin dan Belalang, mereka akan menempuh cabaran dan menentang musuh iaitu Raja Bersiong demi mencari jalan untuk pulang ke Kampung Durian Runtuh. Filem ini akan mula ditayangkan pada 21 Mac 2019. 3. Misteri Dilaila Pada pengakhir tahun
2018, kita disajikan dengan trailer dari filem seram terbaru arahan Syafiq
Yusof iaitu Misteri Dilaila. Filem ini merupakan hasil kerjasama produksi Skop
Production dan Astro Shaw, dan dibintangi barisan pelakon-pelakon handal
seperti Zul Ariffin, Rosyam Noor, Elizabeth Tan dan Nam Ron. Keupayaan Syafiq
Yusof menghasilkan filem seram dapat kita lihat melalui Villa Nabila (2015) dan
pastinya karya kali ini lebih menarik. Syafiq turut akan tampil dengan filem
arahannya bersama Matluthfi iaitu Sekolahaha dengan tema yang lebih ringan dari
norma filemnya. Setakat ini masih belum ada tarikh tayangan rasmi bagi
kedua-dua filem ini. 4. Bikers Kental 2 Kita mungkin telah
disediakan banyak filem yang melibatkan motosikal, road trip atau perlumbaan
seperti Mat Moto, Rempit Sampai Langit dan Wawa Semput. Tetapi selain Adnan
Sempit, jarang sekali kita lihat filem-filem sebegini menerima sekuel. Bikers
Kental (2013) merupakan filem adventerous/komedi santai yang relevan untuk
diteruskan penceritaannya. Mungkin ada yang tidak tahu filem ini juga turut
diadaptasi kepada teater muzikal di pentas unggul Istana Budaya, yang turut
mendapat sambutan hangat. Sekuel filem ini akan menampilkan teraju utama yang
sama iaitu Zizan Razak dan Dato??? Awie, diarahkan oleh Helmi Yusof dan dijangka
akan dikeluarkan pada Mac 2019. 5. Boboiboy The Movie 2 Siapa saja yang sangka
usaha Animonsta dalam menghasilkan Boboiboy The Movie (2015) akan memberi
pulangan yang begitu luar biasa? Filem itu mengutip sebanyak RM15.77 juta
sekaligus meletakkan ia di tangga ke-9 dalam carta kutipan filem tempatan yang
tertinggi. Boboiboy The Movie 2 akan berlandaskan dari garis masa siri tv
Boboiboy Galaxy di mana perubahan fizikal dan peningkatan kuasa pada setiap
watak sudahpun kelihatan. Selepas kejayaan Boboiboy The Movie, pastinya rakyat
Malaysia tidak sabar menantikan apa yang ingin ditampilkan pada filem kedua
ini. Filem ini bakal ditayangkan pada September 2019. 6. Ejen Ali The Movie WAU Animation mungkin agak jarang didengari berbanding produksi animasi gergasi seperti Les Copaque dan Animonsta, tetapi percayalah bahawa mereka merupakan pesaing yang begitu hebat. Kejayaan Ejen Ali selama 2 musim di kaca tv tidak dapat dinafikan, sehingga mendapat permintaan yang tinggi bukan saja di Malaysia, malah di Indonesia. Ejen Ali The Movie bakal menjanjikan lebih aksi cemerlang dan kesinambungan plot dari sirinya. Siapa tahu, mungkin ibu kepada Ali akan didedahkan dalam filem ini? Filem ini dijangka keluar pada Disember 2019. Jika kita perhatikan,
tahun ini mungkin merupakan tahun di mana filem animasi akan mendominasi pawagam
tempatan. Terdapat juga beberapa filem lain yang dinantikan seperti Hero, Rock
4, Bulan dan Pria Terhebat dan Mat Kilau, tetapi filem-filem ini masih belum
siap produksi dan belum disahihkan tarikh tayangannya. Jadi filem mana yang anda tak sabar nak tengok? -CARI |
4
Bagus |
7
Marah |
10
Terkejut |
8
Sedih |
6
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
6 Filem Malaysia Yang Sangat Dinanti-Nantikan Tahun 2019
sapeka replied at 17-1-2019 03:04 PM
maaf la
semua iols tak hingin nak tengok
even upin ipin pon ils tak bagi anak iols tengok
ADVERTISEMENT