CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tukang Uli Tangan Berkudis Bukan Pekerja Nasi Kandar Pelita

18-1-2019 11:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9134| Komen: 62|Original author: Oleh: Myra Rozi

Tular di media sosial, gambar penguatkuasa melakukan operasi di sebuah restoran mamak dan mendapati salah seorang pekerjanya melanggar peraturan pengendalian makanan.

Menurut posting dari pengguna Facebook, Aidil Nezam, dia mendakwa pekeja terbabit merupakan warga asing.

Kecederaan di jari telunjuk kanannya dipercayai kudis.

Foto: Facebook
Harian Metro melaporkan, susulan spekulasi netizen yang mendakwa kejadian tersebut berlaku dia restoran Nasi Kandar Pelita, pihak pengurusannya tampil menafikan.

“Sekali lagi ditularkan satu fitnah jahat ke atas Nasi Kandar Pelita pada hari ini.

“Kebelakangan ini, restoran mamak dilawati beberapa jabatan kerajaan ekoran daripada isu yang ditimbulkan.


Foto: Facebook
“Semalam, Nasi Kandar Pelita cawangan Bangsar dilawati untuk tujuan pemantauan oleh beberapa jabatan kerajaan dan Alhamdulillah, premis kami yang sememangnya diberi Kategori A didapati dalam keadaan baik dan mematuhi semua piawaian ditetapkan.

“Tapi malangnya ada pihak dengan niat jahat menularkan gambar semasa operasi itu dengan menyelitkan dua gambar restoran lain menunjukkan seorang pekerja kedai yang luka di jari kanan sedang menyediakan makanan.

“Untuk makluman, 28 outlet Nasi Kandar Pelita tidak ada menjual tom yam sedangkan gambar itu dengan jelas menunjukkan papan tanda tom yam terpampang di belakang."


Foto: Facebook
Tambahnya, tiada seorang pun pekerja Nasi Kandar Pelita yang bertugas tanpa memakai uniform.

“Kepada sahabat yang membuat dan menyebarkan fitnah, berhentilah daripada melakukan kerja tidak baik itu.

“Ingatlah, kita akan diminta bertanggungjawab di depan Allah atas fitnah disebarkan." -CARI
8

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
12

Sedih
5

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SissySembah 17-1-2019 10:32 PM
syukur yg akan makan itu melayu dunia ketiga jua...
next time pilih option makanan yg lebih berkhasiat dan kurng berminyak..
even tho it's a third world country... you can still choose a healthier diet...
Quote melnanzz 17-1-2019 10:34 PM
"Roti Canai Kudis" ... haha! sadis!
Quote Jorja 17-1-2019 10:41 PM
Beli aja la yg frozen tu
Quote tungkai 17-1-2019 10:45 PM
Ni Pelita mana ni? Sebelah KLCC tu ke...??? Dah berapa banyak aku telan time bertenggek kat sana dulu. Shial laa...
Quote sinalegna 17-1-2019 10:48 PM
Jijik
Quote tumpanglalu74 17-1-2019 10:55 PM
Mana 1?  Ade 2 restoran tu.
Quote Malaysia.Doom 17-1-2019 11:00 PM
tumpanglalu74 replied at 17-1-2019 10:55 PM
Mana 1?  Ade 2 restoran tu.

sis rasa mana satu kegemaran lelaki2 Persekutuan Tanah Melayu?
Quote tumpanglalu74 17-1-2019 11:04 PM
Malaysia.Doom replied at 17-1-2019 11:00 PM
sis rasa mana satu kegemaran lelaki2 Persekutuan Tanah Melayu?

Mana aku tau..  Sume pon sama.  Tengok muke pon boleh tau pembersih ke tidak.  Aku baru je makan capati tadi.
Quote Malaysia.Doom 17-1-2019 11:08 PM
tumpanglalu74 replied at 17-1-2019 11:04 PM
Mana aku tau..  Sume pon sama.  Tengok muke pon boleh tau pembersih ke tidak.  Aku baru je makan c ...

ada rasa cheezy tak?
Quote tumpanglalu74 17-1-2019 11:10 PM
Malaysia.Doom replied at 17-1-2019 11:08 PM
ada rasa cheezy tak?

Kau penah jilat kudis ke?  Maka tau cheezy ke tidak?
Quote Malaysia.Doom 17-1-2019 11:18 PM
tumpanglalu74 replied at 17-1-2019 11:10 PM
Kau penah jilat kudis ke?  Maka tau cheezy ke tidak?

kudis tu sejenis protein kan
Quote adm7 17-1-2019 11:19 PM
Nak buka topik tu pastikan sumber sahih dulu la...gambar bercampur-campur. Atas restoran lain bawah restoran lain. Tak pernah aku tgk pekerja pelita yang tengah berkerja tak pakai uniform. Btw dah terjawab pun fitnah dan berita palsu ni

PENGURUSAN rangkaian restoran Nasi Kandar Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd (Pelita) menafikan pekerja yang luka di jari kanan adalah pekerja mereka, seperti tular di media sosial hari ini.

Pengarah Eksekutif Pelita, Datuk KK Sihabutheen berkata, tindakan pihak tertentu menyebarkan gambar pemeriksaan agensi penguat kuasaan di restoran Nasi Kandar Pelita bersama gambar pekerja terbabit itu adalah fitnah terhadap mereka.

“Sekali lagi ditularkan satu fitnah jahat ke atas Nasi Kandar Pelita pada hari ini.

“Kebelakangan ini, restoran mamak dilawati beberapa jabatan kerajaan ekoran daripada isu yang ditimbulkan.

“Semalam, Nasi Kandar Pelita cawangan Bangsar dilawati untuk tujuan pemantauan oleh beberapa jabatan kerajaan dan Alhamdulillah, premis kami yang sememangnya diberi Kategori A didapati dalam keadaan baik dan mematuhi semua piawaian ditetapkan.

“Tapi malangnya ada pihak dengan niat jahat menularkan gambar semasa operasi itu dengan menyelitkan dua gambar restoran lain menunjukkan seorang pekerja kedai yang luka di jari kanan sedang menyediakan makanan.

“Untuk makluman, 28 outlet Nasi Kandar Pelita tidak ada menjual tom yam sedangkan gambar itu dengan jelas menunjukkan papan tanda tom yam terpampang di belakang,” katanya.

Beliau berkata, tiada ada seorang pun pekerja Nasi Kandar Pelita yang bertugas tanpa memakai uniform sedangkan dalam gambar diviralkan itu jelas menunjukkan pekerja yang luka di jari itu hanya memakai t-shirt biasa dan tidak beruniform Pelita.

Berikutan itu, katanya, pihaknya akan membuat laporan polis mengenai penyebaran gambar berkenaan, esok.

“Kepada sahabat yang membuat dan menyebarkan fitnah, berhentilah daripada melakukan kerja tidak baik itu.

“Ingatlah, kita akan diminta bertanggungjawab di depan Allah atas fitnah disebarkan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 January 2019 @ 10:54 PM

Quote adm7 17-1-2019 11:20 PM
Standby merangkak la korang nnt
Quote tumpanglalu74 17-1-2019 11:22 PM
Malaysia.Doom replied at 17-1-2019 11:18 PM
kudis tu sejenis protein kan

Hah tunggu ape lagi?  Pegi nyonyot jari kuli roti canai tu..
Quote whitePoison 17-1-2019 11:29 PM
Itu baru tengok kudis..belum tengok lagi cara pembuatan doh roti canai, kari , ayam goreng yang kuning keemasan tu....sooo yummyyy marii mariii mariiii tambah lagii..tambah lagiiiii
Quote pyropura 17-1-2019 11:33 PM
Lihatlah, betapa tinggi nya kuasa beli Melayu, sampai yg berkudis pun tabah redah bekerja demi duit Melayu. Harap cina sedar diri
Quote pyropura 17-1-2019 11:33 PM
Lihatlah, betapa tinggi nya kuasa beli Melayu, sampai yg berkudis pun tabah redah bekerja demi duit Melayu. Harap cina sedar diri
Quote Malaysia.Doom 17-1-2019 11:35 PM
adm7 replied at 17-1-2019 11:19 PM
Nak buka topik tu pastikan sumber sahih dulu la...gambar bercampur-campur. Atas restoran lain bawah  ...

backup macam jilat jari ada sisa kari...

Quote Malaysia.Doom 17-1-2019 11:37 PM
whitePoison replied at 17-1-2019 11:29 PM
Itu baru tengok kudis..belum tengok lagi cara pembuatan doh roti canai, kari , ayam goreng yang kuni ...

vange vangey vangey kata acik persekutuan Tana Melayu

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.066449 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top