CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pendaki Berbikini Maut Kesejukan Selepas Jatuh Gaung Di Taiwan

22-1-2019 12:20 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7788| Komen: 35|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Seorang model dari Taiwan yang dikenali ramai sebagai 'Pendaki Bikini' maut disyaki akibat kesejukan melampau selepas terjatuh ke dalam sebuah gaung ketika melakukan aktiviti hiking di pergunungan Nantou County.



Kredit foto: Lesty

Wanita bernama Gigi Wu, 36, itu mempunyai 14,000 pengikut di media sosial dan dikenali ramai kerana suka mengenakan bikini ketika menjalankan aktiviti lasak. 

Beliau sering memuat naik gambar-rambar kejayaannya menakluk puncak gunung yang sejuk beku dengan hanya berpakaian renang.


Kredit foto: Carian Google

Menurut daftar Nantou County, Wu memasuki kawasan pendakian pada 11 Januari dan bercadang menjelajah Batongguan Historic Trail di Taman Negara Yushan sehingga 24 Januari. Bagaimanapun, pendaki itu mengalami kecelakaan apabila terjatuh ke dalam jurang sedalam 30 meter. 


Kredit foto: The Sun

Beliau kemudiannya menelefon pihak berkuasa untuk meminta bantuan, mengatakan tidak dapat bergerak kerana kecederaan. Malangnya, menurut laporan Apple Daily, helikopter penyelamat tidak dapat digunakan akibat cuaca buruk. Jadi, operasi terpaksa dilakukan melalui jalan darat.


Kredit foto: The Sun

Mayat pendaki itu dijumpai 43 jam kemudian dengan hanya berbikini. Beliau dipercayai mati kesejukan beberapa jam sebelumnya. Pengikut Wu di Facebooknya mengucapkan takziah kepada keluarganya atas kematian mengejut mendiang.

Malang tidak berbau, mungkin hayatnya lebih panjang jika beliau mengenakan pakaian yang bersesuaian. - CARI
19

Bagus
12

Marah
6

Terkejut
17

Sedih
22

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 22-1-2019 12:24 PM
Sendiri yang bertindak kurang bijak demi mencuri perhatian umum maka mendapat ler
Quote sepiITUindah 22-1-2019 12:44 PM
cash................
Quote MadameOnion 22-1-2019 12:53 PM
tu lah..kan dah mendapat..
Quote whadda 22-1-2019 12:54 PM
kan dah mendapat.. klo la dia berpakaian tebal
Quote Sang_Pencinta 22-1-2019 12:54 PM
Kesiannya, kalau berpakaian tebal pasti ada harapan masih hidup
Quote sharlenetexas 22-1-2019 01:11 PM
Memang mendapatlah kan. Berpakaian tak kena tempat. Takziah.
Quote fushimi 22-1-2019 01:33 PM
nasiblah sis sape suruh buat benda bukan bukan

kesia kat tuhan bagi ko otak akal semua tak tak guna

kan dah cash
Quote gerbera.memopad 22-1-2019 02:07 PM
Arwah memang tak bawak proper clothes kat backpack ke? Ke she lost her backpack masa jatuh tu?

Kesian jua tapi ini la satu lagi bahana socmed. Kerana nak like, famous, sanggup buat benda pelik2 yg ada harapan memudaratkan - I mean yg pakai bikini waktu hiking tu, bukan hiking itself.

Condolences to her family.
Quote NmeeraR 22-1-2019 02:08 PM
Bertapa pentingnya baju yang bersesuaian ni... Daki gunung pakai bikini, dimana logiknya pun tak tau..
Sekadar nakkan perhatian jela ni...

Kesian pun ada.. mesti kesejukan gilaa time tu....
Quote LautBiru52 22-1-2019 03:56 PM
Dekat 2 hari dia menunggu bantuan. Mau nya tak beku
Quote Sang_Pencinta 22-1-2019 04:36 PM
gerbera.memopad replied at 22-1-2019 02:07 PM
Arwah memang tak bawak proper clothes kat backpack ke? Ke she lost her backpack masa jatuh tu?

Ke ...

Rasanya dia bawa proper clothes, bila sampai puncak nak berphoto shoot baru tukar bikini


Means masa tengah bergambar selfie lah tu terpelocok atau tergelincir masuk lubang
Quote gigahertz 22-1-2019 04:43 PM
Sang_Pencinta: Kesiannya, kalau berpakaian tebal pasti ada harapan masih hidup

aku baatu tgk mcgyver tu hari. mmg ada ajar survive dalam hutan. rupanya dalam hutan jangan pakai baju berbulu. nanti hiportemia. bila nak. masuk malam suhu turun.badan tak boleh terima. saru lagi pokok cat tail. boleh di makan begitu sahaja. pokok cat tail ni bahasa melayu pokok ekor kucing. satu lagi pokok fireweed utk nyalakan api dengan cepat.  masa aku menengok tu gigih tangan mengoogle.{:run
Quote gigahertz 22-1-2019 04:44 PM
Sang_Pencinta replied at 22-1-2019 08:36 AM
Rasanya dia bawa proper clothes, bila sampai puncak nak berphoto shoot baru tukar bikini



dalam mcgyver sabtu lepas ada ajar cara mendaki gunung yang licin akibat di seliputi lapisaan ais
Quote Sang_Pencinta 22-1-2019 04:46 PM
gigahertz replied at 22-1-2019 04:44 PM
dalam mcgyver sabtu lepas ada ajar cara mendaki gunung yang licin akibat di seliputi lapisaan ais

Interesting

Nak jalan di ais tebal pun payah

Apalagi nak mendaki tebing curam
Quote ikanmasin 22-1-2019 04:56 PM
mati sia2 semata2 tamak like..kalau msh berpakaian penuh
mst dpt diselamatkan lg..
Quote OttoVonBismark 22-1-2019 05:10 PM
bagus lah dia mati.
Quote prettyuglybabe 22-1-2019 05:15 PM
kalau kat malaysia mesti dah kena seranah pasukan penyelamat amik masa 2 hari nak sampai ke mangsa
Quote trisnalovezul 22-1-2019 06:18 PM
kasihan..salam takziah
Quote AbukRokok 22-1-2019 09:21 PM
tulah pegi xajak.....

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.102300 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top