CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

9 Negara Paling Sejuk Di Dunia. Sanggup Ke Nak Tinggal Di Sini?

23-1-2019 12:27 PM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 41982| Komen: 70|Original author: Oleh: Nameera

Selain Antartika, ini negara paling sejuk di dunia. 

Kredit  Foto : Google

Rusia
Kredit Foto : earthnworld.com
Hampir suluruh wilayah Negara Rusia Memiliki suhu yang dingin. Musim panas di Rusia pula berlangsung sangat singkat. 


Di Rusia, salji dan hujan yang turun disertai suhu yang teramat sejuk berlansung selama 8 bulan dalam setahun.


Kredit Foto : Google
Rusia juga memiliki wilayah yang paling sejuk di dunia, iatu Omyakon yang mana pernah mencatat -71°C dan pada kebiasaanya pula boleh  mencapai  hingga ke -51°C. 


Kazakhstan
Kredit Foto : Google
Terletak di dalam Bulatan Arktik, negara ini berada di bawah Rusia dan merupakan sebahagian daripada bekas Kesatuan Soviet. 

Bentuk muka bumi di Kazakhstan sangat tidak sekata dan suhu yang berbeza-beza bergantung kepada ketinggian.

 
Kredit Foto : Google
Terdapat banyak tempat di negara ini sentiasa diselimuti ais.   Suhu tertinggi yang pernah dicatat oleh Kazakhstan adalah sebanyak  -57°C.


Greenland
Kredit Foto :  imgnooz.com
Greenland adalah sebuah pulau di lautan Arktik dan sangat dekat dengan kutub Utara. Greenland mempunyai kawasan yang agak mengerikan, kerana 80% dari keseluruhan kawasan ditutup dengan ais di beberapa tempat yang mencapai ketinggian 50 meter. 

Hanya kawasan pantai selatan dan barat sahaja boleh dihuni oleh manusia.


Kredit Foto : Google
Musim panas di Greenland  sangat pendek dan kekal dengan suhu dingin, sedangkan musim sejuknya pula tersangatlah sejuk. 

Suhu musim panas di Greenland rata-rata sekitar 10°C di wilayah selatan dan 5°C di wilayah utara. Pada musim sejuk pula serendah -66.1°C.

Kanada
Kredit Foto :www.tripsavvy.com
Kanada mempunyai banyak kehijauan dan tasik. Walau bagaimanapun, semasa musim sejuk, hampir  seluruh Kanada menerima salji dengan suhu - 40°C. 

Udara lembap yang berlaku membuatkan negara ini mengalami cuaca sejuk yang melampau lantas menyebabkan Kanada di sebelah utara yang berdekatan dengan kutub utara kadangkala ditimbuni salji setebal 30-60 meter.

Kredit Foto :Google
Suhu paling sejuk yang pernah tercatat adalah serendah -44°C hingga membawa -57°C. Namun begitu, Kanada masih menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia. 

Amerika Syarikat
Kredit Foto : www.tripsavvy.com
Amerika Syarikat adalah salah satu negara paling sejuk di dunia walaupun tidak semua wilayah mempunyai suhu yang sama. 

Oleh kerana mempunyai keluasan geografi yang besar, terdapat pelbagai keadaan cuaca di negara ini. 

Kredit Foto : Google
Kawasan utara lebih sejuk dan menerima salji manakala kawasan Selatan dan tengahnya lebih panas dan sesuai untuk pertanian. 

Suhu paling sejuk yang pernah tercatat adalah di Alaska sekitar −62.2°C. Bagi kebiasaanya pula boleh mencecah sehingga -30°C.

Iceland
Walaupun  negaranya bernama Iceland, namun suhu di sini tidak boleh menandingi Greenland. 

Pada musim panas, ia dipenuhi dengan kehijaun segar tetapi apabila musim sejuk  semuanya diselimuti salji.

Kredit Foto : Google
Rata-rata suhu di negara ini antara -20°C  hingga -30°C  bahkan  boleh membawa kepada -40°C. Namun begitu, bahagian selatannya masih lebih panas berbanding sebelah utara negara ini.

Finland
Kredit Foto : Google
Finland terletak di utara Eropah yang mempunyai musim sejuk yang panjang, bahkan terkenal dengan Aurora Borealis yang lebih dikenali sebagai Northern Lights.  

Kredit Foyto : hiveminer.com
Negara ini memiliki suhu sejuk hingga membawa kepada -45°C dan pernah mencatat suhu paling sejuk sebanyak −51.5°C.  Tetapi, selain musim sejuk yang melampau, Finland juga akan mengalami musim panas yang cukup hangat.

Estonia
Kredit Foto : estonianexperience.com
Di Estonia, suhu paling sejuk yang pernah tercatat adalah  -43.5°C. Namun begitu,  sub-sifar Estonia tidak disebabkan oleh salji yang berterusan. Sebaliknya, arus angin seperti angin monsun telah menyebabkan suhu yang sangat sejuk. 

Musim sejuk di sini agak panjang, tetapi saljinyai lebih kurang dari negara-negara lain yang  tersenarai. 

Kredit Foto : Google
Estonia adalah salah satu destinasi pelancongan paling popular di Eropah kerana kos yang rendah, seni bina abad pertengahan yang indah dan hutan pain yang tebal.

Mongolia 
Kredit Foto : Google
Negara yang mempunyai ketinggian 4,900 meter atas paras laut mempunya musim sejuk  yang mencapai 5 bulan setiap tahun dengan suhu -20°C. 

Pada musim panas, negara ini mempunyai suhu 0 darjah Celsius. Suhu tertinggi yang pernah tercatat adalah −58°C.

Kredit Foto : Google
Ada yang bercadang menetap di negara paling sejuk ke? Jika diberi pilihan, negara mana pilihan anda? -CARI

19

Bagus
12

Marah
11

Terkejut
8

Sedih
6

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 23-1-2019 12:36 PM
Takat hujan pun aku dah demam ketar tambah lagi nak tggal kat kawasan mcm ni..mmg takde masalah lgsg arr..habis2 jd statue..tu je pun
Quote idakamaruddin 23-1-2019 01:52 PM
matbad: Takat hujan pun aku dah demam ketar tambah lagi nak tggal kat kawasan mcm ni..mmg takde masalah lgsg arr..habis2 jd statue..tu je pun


sbb bdn kita dh sebati ngn iklim khatulistiwa.. cer dorang plak dtg negara kita mau gak demam teruk agaknye x tahan panas lembab {:question
Quote moonbug 23-1-2019 02:44 PM
Semua pun tak pernah sampai lagi. Tak tahulah boleh tahan ke tak
Quote mimz 23-1-2019 07:06 PM
Aku pny sejuk level kundasang je {:smile
Quote faraway1 23-1-2019 10:39 PM
canada tu bukan satu negara sejuk, cam vancouver,
sangat mild snow pun tak turun kekadang..

tapi jangan quebec cam tempat me, minggu lepas sampai minus 32 ..
semalam minus 22.. tapi dengan masa, kalau cam me dah belas tahun..
tiada beza pun berapa suhu, tak terasa sangat dah...
Quote arnova 24-1-2019 10:20 AM
beku lerrr...hujan kat malaysia suhu 19 darjah  pun dah gigil macam apa
tapi semua tempat tu lawa ...
Quote puanbintang 24-1-2019 11:30 AM
bestnya main salji..tapi dah memang lahir2 duduk malaysia mana maunya tahan badan ni dengan cuaca sesejuk camtu...
Quote faraway1 24-1-2019 11:45 AM
puanbintang replied at 23-1-2019 10:30 PM
bestnya main salji..tapi dah memang lahir2 duduk malaysia mana maunya tahan badan ni dengan cuaca se ...

badan cepat adapt sebenarnya...
so kalau u pergi menetap tempat sejuk,
tahun pertama mungkin azab terasa, tapi semakin tahun berganti,
you ok aje kemudian dengan suhu beku sekalipun.
Quote madamjaja 24-1-2019 12:30 PM
kt swiss & nz tu pon aku rs dah sparuh nyawa tahan..tu baru takat 2 3 mggu..nak migrate forever ever mmg jd happily never after la jd dia
Quote pavlovachoc 24-1-2019 02:30 PM
xtaula mcmne nk hidup klu sejuk sgt .. iols yg gemsss ni pun kadang x tahan sejuk  
Quote puanbintang 24-1-2019 02:42 PM
faraway1 replied at 24-1-2019 11:45 AM
badan cepat adapt sebenarnya...
so kalau u pergi menetap tempat sejuk,
tahun pertama mungkin aza ...

betul jugak tu..bila dah biasa ok je kan..
Quote Artemesiaa 24-1-2019 03:37 PM
Betul badan akan sesuaikan diri dengan keadaan setempat mungkin 1-2 tu rasa beza tapi lepas2 tu dah macam normal jer.  Yang buat tak tahan tu selalunya disebabkab angin bukan salji tu sangat.
Quote Peterpan17 24-1-2019 05:18 PM
Depress aku hidup kat negara yg matahari keluar ala malu malu kucing. Psl tu orang UK ni sgt boring sebab cuaca derang pun serupa mcm orangnya. Selalu gray saja cuaca kat sana. Cuaca memainkan peranan dlm membentuk peribadi orang dr negara tersebut.
Quote Peterpan17 24-1-2019 05:19 PM
idakamaruddin replied at 23-1-2019 01:52 PM
sbb bdn kita dh sebati ngn iklim khatulistiwa.. cer dorang plak dtg negara kita mau gak demam te ...

Byk kali aku nampak mat salleh klu dpt matahari kat Msia, siap bukan baju baring atas jalan. Td nun baru nampak kata area Dataran Merdeka. Dulu selalu nampak kat highway. Klu kat KK tu selalu nmpk derang melepek berjemur seharian kat beach.
Quote idakamaruddin 24-1-2019 05:21 PM
Peterpan17 replied at 24-1-2019 05:18 PM
Depress aku hidup kat negara yg matahari keluar ala malu malu kucing. Psl tu orang UK ni sgt boring  ...

yes yg ni btl..kalau hr2 gloomy pn hbs spoil mood rasa nk  tdo all the time


Quote faraway1 24-1-2019 08:19 PM
idakamaruddin replied at 24-1-2019 04:21 AM
yes yg ni btl..kalau hr2 gloomy pn hbs spoil mood rasa nk  tdo all the time

kat sini kalau gloomy, hari kurang sejuk, walau awan biru cantik,
sejuk ya amat tu..
Quote EvieWanKenobi 24-1-2019 08:31 PM
tak boleh la hidup kat tempat2 macam ni..
spring kat US pun dah tak tahan..
Quote AbukRokok 24-1-2019 09:13 PM
xsanggup dek.... umpama duduk dalam peti ais
Quote kaklong32 25-1-2019 02:43 PM
penah g beijing time musim sejok. dia punya sejok sampai kejang pipi nak senyum pon x bleh

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.059830 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top