CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lagi Bayi Maut Di Tangan Pengasuh, Alami Pendarahan Otak Dan Mata

28-1-2019 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3688| Komen: 20|Original author: Oleh: Myra Rozi

Seorang lagi bayi maut di tangan pengasuh.

Pengasuh berusia 39 tahun itu didakwa di mahkamah majistret di Sibu, Sarawak kerana membunuh bayi lelaki berusia 9 bulan itu di Jalan Permai Jaya tiga minggu lepas.


mStar Online melaporkan Hayati Yaman dituduh melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, menyebabkan kematian Aariz Harraz Zahim Azman antara pukul 5.45 pagi dan 12.30 tengah malam pada 7 Januari lepas di rumahnya, dengan mengendalikan pusat jagaan kanak-kanak yang tidak sah.

Tertuduh hanya mendiamkan diri ketika tuduhan dibacakan kepadanya.

Foto: mStar Online
Mahkamah menetapkan 28 Februari untuk sebutan kes bayi yang meninggal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sibu akibat kecederaan yang serius di bahagian kepala.


Mangsa sebelum itu dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal dengan pendarahan di otak dan kedua-dua matanya.

Menurut sumber lagi, ibu bapa mangsa menghantar anak mereka ke rumah pengasuh tersebut pada 5.45 pagi 7 Januari lalu sebelum ke tempat kerja.

Bagaimanapun kedua-duanya yang bekerja sebagai guru kembali semula selepas menerima panggilan yang anaknya sukar bernafas. -CARI

13

Bagus
10

Marah
5

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaklong32 28-1-2019 03:50 PM
jauhkan lah anak2 kita dari jadi mangsa begini
Quote LoveSungmin 28-1-2019 03:53 PM
12.30 tengah malam? lamanya hantar anak ke rumah pengasuh
Quote OttoVonBismark 28-1-2019 03:58 PM
dan ke pengasuh.
Quote EvieWanKenobi 28-1-2019 04:03 PM
kalau tak mampu jaga anak orang,
cakap terus terang..

bila badan dah penat, budak yang
tak berdosa jadi mangsa..
Quote noraidil_06 28-1-2019 04:05 PM
LoveSungmin: 12.30 tengah malam? lamanya hantar anak ke rumah pengasuh

Kerja shift kut
Quote ellZack 28-1-2019 04:07 PM
noraidil_06 replied at 28-1-2019 04:05 PM
Kerja shift kut

Both cikgu.
Quote spankee_fili 28-1-2019 04:08 PM
LoveSungmin replied at 28-1-2019 03:53 PM
12.30 tengah malam? lamanya hantar anak ke rumah pengasuh

tengah hari agaknya..laki bini kerja cikgu, siang je letak pengasuh kalau ikut logik..
Quote noraidil_06 28-1-2019 04:09 PM
ellZack replied at 28-1-2019 04:07 PM
Both cikgu.

Alamak baca artikel x abis
Quote Nana_Man 28-1-2019 04:36 PM
Asal ni???? Kalau tknk jaga jgn jaga.... ni smpi anak org terbunuh ni apehal? Too much lah..
Aku nk tanya pasal parents tu.. tapi baik taknk lah...dorang pun kehilangan anak..
Quote Kurex 28-1-2019 04:37 PM
Lain kali, tak ada duit, kerja pasaraya, jual kuih je. Jangan nak menjaga anak orang.
Quote moonbug 28-1-2019 04:43 PM
Duit nak, amanah tak jaga
Quote lostfaith 28-1-2019 04:52 PM
Silap kut. Antara pukul 5.45 pagi hingga 12.25 tengahari kut. Aku dulu hantar  anak dlm masa tu jugak. S3bab kerja jauh. Kena travel pepagi.
Quote mrsT 28-1-2019 05:03 PM
kalau tak nak jaga jgn jaga.. duit ko nak.. tapi tanggungjawab tu mana..
Quote Elle_mujigae 28-1-2019 05:26 PM
Mesti menyesal kan....

Bahaya woo api kemarahan ni...
Quote laksmanabentan 28-1-2019 05:32 PM
ehhh bab* nya perangai nak bunuh anak orang..
tahu tak mak budak tu mengandung 9 bulan dalam perut....
Quote Lids62 28-1-2019 06:33 PM
Semoga semua anak cu u, zuriat kita semua dijauhkan dari benda benda macam ni.
Quote slavehunter 28-1-2019 06:40 PM
Malay kena ikut style chinese....satu pengasuh jaga 1 baby...tapi hadap la bayar rm1.2k sorang. Anak confirm terjaga kasih sayang makan pakai cukup.
Quote buapakperut 28-1-2019 07:17 PM
Kurex: Lain kali, tak ada duit, kerja pasaraya, jual kuih je. Jangan nak menjaga anak orang.

keje malas, nak golek2 kat rumah senang. ada kenalan iols spesis camni. spesis garang dan tak dapat nk cari keje sebab takde education n kuat gaduh. jadi baby sitter tapi garang juga. keje makan3
Quote Manjahati 28-1-2019 07:35 PM
Sedihnya baca berita gini... Jd baby sitter ni dibyr gaji tapi smpinya hati gi dera anak org tu

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.228284 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top