CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peminat Iphone 5s Berkampung Hari Ini

20-9-2013 10:15 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11056| Komen: 58



LONDON 18 Sept. - Peminat telefon pintar iPhone 5S mula berkampung di luar kedai utama Apple, di sini semalam menjelang pelancaran rasmi gajet itu pada Jumaat ini.

Peminat tegar pertama gajet keluaran syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS) itu, mula dikesan memasang khemah di luar kedai gajet berkenaan di Regent Street dan bersedia untuk menjual tapak tersebut pada harga empat angka.

Menurut Gad Harari, 17, dia sedang menghabiskan malam keduanya di khemah sementara itu yang dibinanya menjelang empat hari pelancaran model terbaharu iPhone yang dibangunkan dengan pengimbas cap jari.

Katanya, dia telah pun menolak tawaran sebanyak 200 pound (RM1,034) daripada peminat lain yang mahu mendapatkan tapak khemahnya dan menjangkakan orang ramai akan menawarkan harga sehingga 1,000 pound (RM5,171) bagi tujuan itu.


Remaja itu yang mula membina khemahnya bersama seorang lagi rakannya, Noah Green, 17, bagi berlindung daripada cuaca basah di bawah sebuah khemah yang dilengkapi dengan gajet terkini termasuk komputer riba MacBook.

''Kami selalu menjadi antara individu pertama yang mendapatkan gajet terbaharu iPhone. Saya sampai malam tadi untuk menjadi orang pertama membeli gajet iPhone terbaharu itu.

''Ia adalah cara anda menunjukkan kesungguhan anda terhadap produk keluaran Apple serta pada masa sama berpeluang untuk menjual tapak ini pada harga tinggi kerana sudah pasti ada individu yang mahukannya,'' katanya.

Harrari dan Green berkata, mereka merancang untuk membeli iPhone 5S yang buat pertama kali diperkenalkan minggu lalu beserta iPhone 5C.

Kedua-dua gajet terbaharu Apple itu akan dijual pada Jumaat ini bermula pukul 8 pagi waktu tempatan. 


9

Bagus
4

Marah
8

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NIXAR 19-9-2013 02:42 PM
pprtnyer
Quote dragger 19-9-2013 02:48 PM
kalau kat Malaysia tudung Fareedah pun org beli beratur












Quote Lipton 19-9-2013 02:52 PM
X paham aku naluri ketaksuban nehhhh
Quote Vokuro 19-9-2013 03:00 PM
dragger posted on 19-9-2013 02:48 PM
kalau kat Malaysia tudung Fareedah pun org beli beratur

akak akak sunni wal jamaah caprut.
Quote Vokuro 19-9-2013 03:01 PM
tapi tetap tak boleh lawan jepun caprut yg start beratur masa hari umum ponsel itu lagi.
Quote wqe1922 19-9-2013 03:01 PM
gila ka apa ni....
Quote R2D2 19-9-2013 03:02 PM
dragger posted on 19-9-2013 02:48 PM
kalau kat Malaysia tudung Fareedah pun org beli beratur

tu belum tgk lagi pembukaan Court Mammoth di satu2 kawasan
lagi ramai org berkampung!
Quote R2D2 19-9-2013 03:04 PM
Vokuro posted on 19-9-2013 03:01 PM
tapi tetap tak boleh lawan jepun caprut yg start beratur masa hari umum ponsel itu lagi.


Quote sueism 19-9-2013 03:41 PM
rasa depa syiok berkampung sebab nak meriah kan suasana sedang kan kalau beli online sampai hari yg sama jugak UPS jugak yg tak menang tangan nak pi deliver kat pelanggan hehehe
Quote PenjualAPAD 19-9-2013 03:50 PM
dragger posted on 19-9-2013 02:48 PM
kalau kat Malaysia tudung Fareedah pun org beli beratur

apa yang hadap sangat, kat sini aku tengok hidup segan mati tak mau jer tudung si paredah nie
Quote evolutionary 19-9-2013 03:52 PM
lawa ka tudung fareeda ni
Quote shernazz 19-9-2013 03:56 PM
evolutionary posted on 19-9-2013 03:52 PM
lawa ka tudung fareeda ni

@Acong kata cantek cm langsir umah dia
Quote shahx 19-9-2013 03:56 PM
kat malaysia patung minion mcD pon org sanggup beratur...
Quote vespa_oren 19-9-2013 04:02 PM
malaysia ada gak beratur dulu masa iphone5 kuar...
Quote BurningTimes 19-9-2013 04:04 PM
sueism posted on 19-9-2013 03:41 PM
rasa depa syiok berkampung sebab nak meriah kan suasana sedang kan kalau beli online sampai hari yg  ...

Tak syiok la kak Dah la kena duk berkuntum macam batu, pastu kena beratur macam tin sardin. Kemudian ummah duk panggil kita bodo sebab duk beratuq
Quote nurul_akmar 20-9-2013 01:41 AM
yg 2 teenage yg sanggup bermalam beratur utk beli ifon tu, konfem kes nak cari duit lebey. bukannya dorg tu nak pakai sgt
Quote hanakikan 20-9-2013 01:49 AM
Kalau mesia nak tgk orang beratur panjang2 bila ada benda free

Breakfast mcd free. Ice cream robin free...

Tapi satu kaum tu je lah yang rajin beratur panjang2 hadap benda2 free ni
Quote kukukatablog 21-9-2013 09:22 AM
Vokuro posted on 19-9-2013 03:01 PM
tapi tetap tak boleh lawan jepun caprut yg start beratur masa hari umum ponsel itu lagi.

ponsel tu apa?
Quote kukukatablog 21-9-2013 09:24 AM
but tak sabar jugak nak beli iphone5s?

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.086609 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top