CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misteri Punca Kematian Pasangan Dalam Kereta, Ibu Mangsa Dedah Kisah Sebenar

15-2-2019 04:59 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 12685| Komen: 69|Original author: Oleh: intan

Baru-baru ini, viral di media massa mengenai kematian seorang gadis dan lelaki dalam sebuah kereta di kawasan parking sebuah pusat membeli belah di Kota Kinabalu. Kedua - dua mangsa tersebut dilaporkan mati akibat keracunan gas karbon monoksida. Menurut hasil siasatan polis, tiada unsur jenayah dijumpai setelah bedah siasat dilakukan terhadap jenazah.



Jenazah kedua - duanya dijumpai tidak sedarkan diri oleh orang awam dan kemudian melaporkan hal tersebut kepada pihak polis. Menurut akhbar tabloid Berita Harian, kedua - dua mereka merupakan bekas kekasih dah dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 5 pagi.

Namun, baru - baru ini, ibu kepada mangsa, Noraya Sibul di laman Facebook mendedahkan mengenai kematian anaknya mungkin ada kaitan dengan khianat orang yang obses dan tergilakan anaknya, Marcella Nuranis.


Loading FB Post...

Loading FB Post...

MENDAPAT UGUTAN " TIADA SIAPA YANG BOLEH MEMILIKI KAMU"

My Princess sayang.. Maafkan Mama kerana tidak dpt menyelamatkan mu kali ini seperti hari2 lalu bilamana kau di ganggu oleh lelaki MANIAC yg OBSESS menagih cinta mu sejak bertahun-tahun yg lalu. Setiap kali pejam mata tidak dapat Mama bayangkan kesengsaraan yg kau lalui saat kau bergelut dgn maut.. tapi mama berjanji akan membela dan menegakkan keadilan utk NAMA dan MARUAH mu dimata awam dan melalui proses undang2.

Selepas ini Mama akan sharekan kepada netizen agar mereka faham penderitaan mu dan keluarga kita akibat daripada gangguan Lelaki Maniac yg OBSESS dan juga kegagalan pihak berkuasa membantu kita menangani masalah ini sejak dari 2017..

Rupanya pertunangan mu pada 3/11/2018, telah memburuk kan lagi keadaan, bilamana kau dpt ugutan darinya bahawa " TIADA SIAPA YG BOLEH MEMILIKI MU SELAIN DIA" yg kau sembunyikan dari Mama, dan kau anggap remeh.. Ini pun hanya Mama ketahui melalui kwn2 mu setelah ketiadaan mu. Banyak lagi gangguan2 lain yg kau sembunyikan dari Mama kerana kau tidak mahu Mama risau. Kebodohan mu itu telah menyebabkan Kami kehilangan Mu selamanya Sayang.


Kredit Foto Noraya Sibul

Mama akan share kan segala lapuran2 polis yg pernah kita buat terhadap lelaki MANIAC ini.. yg GAGAL ditangani oleh pihak polis hingga lah akhirnya mencabut nyawa mu. Tidur la sayang.. Damai la di sana.. Mama tahu kau sedang berbisik .. 'MA.. sekarang lelaki gila itu tidak sudah dapat kacau aku'. Rehatlah sayang.. Tuhan menjaga mu disana.


"JANGAN PANDANG REMEH JIKA ANAK MEMPUNYAI PEMINAT FANATIK.."


Kepada Ibubapa yg mempunyai anak perempuan, jangan pandang remeh bila anak perempuan punya peminat yg fanatik dan maniac, kerana adakala nya perasaan cinta yg keterlaluan (OBSESS) bisa mengundang kecelakaan bila cinta itu tidak berbalas.

Last but not least .. Terima kasih banyak2 pada SAC Jauteh Dikun dan Insp Nathan dan JSJ Sabah yg banyak membantu keluarga kami sehingga mayat dijumpai.. 
 Al Fatihah.. 25/1/19

#justiceforMarcellaNuranis
#justiceforNanang


Sama - samalah kita sedekahkan al - Fatihah kepada arwah, dan doa yang baik - baik sahaja kepada keluarga mangsa. Semoga keadilan dapat ditemui dengan seadil - adilnya. - CARI


8

Bagus
8

Marah
7

Terkejut
11

Sedih
10

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 15-2-2019 05:13 PM
Apa kaitan?

Yang mati dengan dia dalam kereta tu lelaki lain kan?

Kenapa blame si maniak pula?

Apa kaitan?
Quote Sang_Pencinta 15-2-2019 05:15 PM
Ke dah bertunang tapi si maniak / bekas bf ni yg dijumpai mati sama2 dgn dia?

TT apa cerita??
Quote sarahmirza 15-2-2019 05:15 PM
Sang_Pencinta replied at 15-2-2019 05:13 PM
Apa kaitan?

Yang mati dengan dia dalam kereta tu lelaki lain kan?

Perbuatan khianat agaknya..
Quote imthegirl 15-2-2019 05:17 PM
Bukan dah lama ada cerita ni? Igt ada update baru dari emak nya
Quote bawangkecik 15-2-2019 05:18 PM
perempuan tu dah bertunang, lelaki yang mati tu maybe ex dia yang maniac tu. kes pun tak selesai lagi. tu ibu dia yang post, p la tanya ibu dia
Quote bawangkecik 15-2-2019 05:19 PM
imthegirl replied at 15-2-2019 05:17 PM
Bukan dah lama ada cerita ni? Igt ada update baru dari emak nya

admin baru post, biasalh que nak post writer punya content
Quote buapakperut 15-2-2019 05:20 PM
kena bunuh ke? ade bukti ke... maniac punya taste biashe2 saje
Quote Yume 15-2-2019 05:21 PM
Bertunang dgn org kain..keluar berdua dgn org lain? Adakah statement si ibu nak tutup malu pd family si tunang? Ntah la i baca kat ig byk yg berfikir andaian gitu..wallahualam...semoga roh arwah tenang disana...Amin
Quote noor2 15-2-2019 05:22 PM
Edited by noor2 at 15-2-2019 05:23 PM

First  time akak dengar lagu2 Melayu tu...bestnya lagu....siapa penyanyi. ..apa tajuk lagu tu. ...

Yg bunuh dia maksud ibu arwah adik ni bekas kekasih yang mati bersama tu lah kan?

Apa pun ajal sudah tiba. ...cara tu penyebab saja. ...innalillah. .moga roh mereka di tempat kan bersama orang2 beriman. .amin
Quote Levespa 15-2-2019 05:27 PM
Edited by Levespa at 15-2-2019 02:37 PM

siasatan polis macamana? betul ke lelaki maniac  tu yg meninggal sama2 dlm kreta tu? artikel ni mcm tergantung aje
Quote najib888 15-2-2019 05:28 PM
Tak jelas story dia.. macam kesimpulan keseluruhan cerita.. hati2 dengan obsessive pervert
Quote hasniey 15-2-2019 05:36 PM
Tp polis kata xde unsur jenayah makcik
Quote grouper 15-2-2019 05:50 PM
Suka men fb makcik ni..apa pun kesian n takziah la utk keluarga makcik. Klau rasa itu je cara nak dpt keadilan n damai d hati post la byk2 dlm socmed..
Quote mongoose_kidz 15-2-2019 05:52 PM
Sang_Pencinta replied at 15-2-2019 05:13 PM
Apa kaitan?

Yang mati dengan dia dalam kereta tu lelaki lain kan?

kalau dr yg aku fhm yg mati dgn prmpuan tu dlm kereta la bekas kekasih dia..
maknanya kata2 ex dia xde sapa dpt memiliki dia tu betul la...last2 dua2 mati
bnda ni jadi lagi teruk bila prmpuan tu bertunang dgn org lain bulan 11 haritu.jadi mungkin trigger ex dia utk amik tindakn nekad mcmni
sori la kalau i slh fhm
Quote samasam90 15-2-2019 07:03 PM
mak dia... serahkan kepada netizen.. wow sgt mak
Quote munchkin 15-2-2019 07:36 PM
What for dia keluar ngan bekas kekasih maniac tu. Dah ada tunang kan? Kalau ugut tak boleh ke polis ke? Or inform ahli keluarga etc.
Quote AbukRokok 15-2-2019 07:41 PM
ni baru betul gila talak
nak cakap aku gila talak pulak phuiiiiiiii
Quote CiliPadiSedap 15-2-2019 09:41 PM
muka arwah cm neelofa, moga kebenaran terbuka jua. kasihan makcik ni.
Quote Dwdrum 15-2-2019 09:46 PM
kenapa masih jumpa lelaki yang maniac  ?..... kata nya tiada unsur jenayah ..... kalau sudah di ugut begitu kenapa tidak report police saja ...

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.265416 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top