P. Ramlee atau nama sebenarnya, Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh, dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929, bersambut gema takbir yang penuh kesyahduan di pagi Aidilfitri. Ayahnya adalah perantau dan ahli pelayaran dari pekan Lhokesemauwe di Acheh, Indonesia. Manakala ibunya, Che Mah Hussein, berasal dari Kubang Buaya, Seberang Prai, Malaya. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kampong Jawa dan kemudian di Sekolah Francis Light sehingga darjah lima. Seterusnya beliau melanjutkan pula pengajiannya ke Penang Free School. Ketika pendudukan Jepun di Malaya, P Ramlee terpaksa berhenti sekolah. Demi mencari rezki beliau sanggup bekerja sebagai budak pejabat di sebuah kilang timah. Ketika itu beliau juga memasuki sekolah tentera Jepun dan berpeluang mempelajari serba sedikit bahasa dan lagu Jepun.
Sikapnya yang rajin dan peramah itu disukai oleh ramai tentera Jepun. Apabila perang dunia kedua tamat, P Ramlee dapat meneruskan kembali pelajarannya di Penang Free School, sehingga darjah tujuh. Di sekolah, P Ramlee aktif bersukan dan gemar bermain bolesepak dan sepak raga. Malah pada 1939, beliau pernah memantapkan barisan pasukan bolasepak Penang Free School. DUNIA FILEM Bila tiba di Singapura, suara P Ramlee pada awalnya diguna untuk lagu latar filem. Selain itu beliau juga menjadi Clapper Boy, Budak Konti dan Pembantu Kamera. Melihat beliau berbakat dalam bidang lakonan, P Ramlee diuji dan beliau dapat berlakun dalam filem pertamanya Cinta. Dalam filem terbitan tahun 1948 itu beliau hanya memegang watak kecil sahaja. Selain Rajhans, pengarah lain yang pernah mendidiknya ialah KM Basker, L. Krishnan, B.N. Rao, Phani Majumdar dan S. Ramanathan. Selepas berlakun dalam lebih 20 filem seperti Nilam, Nur Asmara, Racun Dunia, Takdir Ilahi, Juwita, Panggilan Pulau dan Hang Tuah. P Ramlee akhirnya dapat mengarah filem pertamanya Penarik Beca pada tahun 1955. Filem yang menyayat hati itu berjaya mendapat pujian ramai, lalu menjadikan nama P Ramlee semakin masyhur. Dari tahap itu, beliau terus berlakon dan mengarah banyak lagi filem bertaraf box-office seperti Anakku Sazali, Semerah Padi, Hujan Panas, Bujang Lapok, Sumpah Orang Minyak, Sarjan Hassan, Nujum Pak Belalang, Pendekar Bujang Lapok, Antara Dua Darjat, Seniman Bujang Lapok, Ibu Mertuaku, Labu-labi dan Madu Tiga. Sepanjang tempoh berada di Singapura, P Ramlee sempat mengarahkan 16 filem dan selepas kembali ke Kuala Lumpur pada 16 April 1964, beliau menghasilkan 18 filem bermula dengan Si Tora Harimau Jadian hinggalah yang terakhir Laksamana Do Re Mi pada 1972. Antara seniwati yang pernah berpasangan dengan beliau di layar perak ialah Kasma Booty, Neng Yatimah, Siput Sarawak, Normadiah, Saadiah, Sarimah, Zaiton, Hasyimah Yon, Rose Yatimah, Mariani dan Syarifah Hanim. Tema filem-filem P Ramlee menarik dan tidak stereotype. Kisah kecerdikan kanak-kanak boleh dilihat menerusi Nujum Pak Belalang lakonan Bat Latiff. Tema percintaan antara golongan rakyat dengan golongan bangsawan pula dipersembahkan dengan baik dalam Antara Dua Darjat. P Ramlee turut menyentuh soal hukum Islam dalam Semerah Padi, manakala filem Ibu Mertuaku memfokus karektor orang tua, Nyonya Mansur yang kering hatinya lakonan Mak Dara. Kisah seram dan mistri juga pernah dicuit oleh P Ramlee dan ia tidak lain dari Sumpah Orang Minyak dan Si Tora Harimau Jadian. Tema filem lucu pula memanglah banyak dan masih boleh membuatkan penonton hari ini ketawa. Ini termasuklah Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Labu-labi, Madu Tiga, Masam-masam Manis, Do Re Mi, Tiga Abdul dan Anak Bapak. Menyedari beliau juga perlu memikat peminat bukan Melayu, P Ramlee sudi memilih pelakon keturunan Tionghua, Vera Wee bagi memantapkan Sesudah Subuh, sementara dalam Gerimis beliau memperkenalkan aktress Tamil Chandra Shanmugam sebagai bintang utama. KECINTAAN TERHADAP SENI P Ramlee lahir bersama darah seni yang pekat di dalam tubuhnya. Itulah hakikat yang tidak boleh dinafikan dan ia menyerlah sejak beliau kecil lagi. Mula mendekatkan diri dalam dunia seni ketika berusia 13 tahun. Antara instrumen awal yang dipelajarinya ialah ukelele dan biola. Di tembok-tembok tepian jalan, P Ramlee sering mengasah bakat dengan menyanyikan lagu-lagu merdu berirama langgam dan keroncong bersama rakan-rakan. Dari situlah beliau mendapat undangan menghibur para tetamu di majlis keramaian sekitar Pulau Pinang dan Radio Malaya. Malah kecintaan P Ramlee pada nyanyian dan musik mengatasi pelajaran di sekolahnya. Perkara ini diakui oleh guru yang pernah mendidiknya. Apabila menyanyi di majlis rasmi, P Ramlee sering ditemani kumpulan musik seperti Pancaragam Teruna Sekampong dan Bintang Sore. Kemerduan vokalnya itu menjadi buah mulut orang kampong. Menyebabkan ramai yang ingin mengetahui latar belakangnya yang ketika itu masih kurus dan berjerawat. Bila pula P Ramlee mula memakai huruf "P" pada namanya?. Ia berlaku apabila beliau menyertai satu pertandingan nyanyian pada 1947. Huruf "P" itu adalah singkatan kepada nama ayahnya Puteh. Lagu pertama ciptaan P Ramlee ialah Azizah. Iannya ditulis pada 1945 dan ditujukan khas buat gadis idamannya Azizah. P Ramlee pertama kali membawa lagu Azizah di khalayak ramai sewaktu menyertai Pesta Pertanian Ria di Bukit Mertajam pada Jun 1948. Tanpa disedari, kemerduan suara beliau itu sampai ke pengetahuan pengarah filem terkenal di Singapura, BS Rajhans. Tawaran yang akhirnya mengubah keseluruhan nasibnya itu datang daripada Rajhans. Pengarah itu mengajak P Ramlee ke Singapura untuk bekerja di Studio Jalan Ampas (Malay Film Productions/MFP). Memikirkan ia peluang lumayan, pada Ogos 1948, P Ramlee pun berhijrah ke Singapura dengan membawa seribu satu impian dan harapan sebagai seorang seniman. |
Originally posted by chumpon at 16-2-2006 01:41 PM
~ menangis konon .. jantan tak tau malu ..:lol
Originally posted by maeya_78 at 16-2-2006 02:09 PM
baru jer tgk crita ni.................
Originally posted by biezie_slalu at 16-2-2006 04:19 PM
semalam ada org beritahu
P.Ramlee gay?
betul ker?
:hmm:
Originally posted by biezie_slalu at 16-2-2006 04:19 PM
semalam ada org beritahu
P.Ramlee gay?
betul ker?
:hmm:
Originally posted by biezie_slalu at 16-2-2006 04:19 PM
semalam ada org beritahu
P.Ramlee gay?
betul ker?
:hmm:
ADVERTISEMENT