CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

"Tak Janggal Ke?"-Jenifer Aniston Jemput Bekas Suami, Bekas Kekasih Pada Majlis Hari Jadi

14-2-2019 12:53 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7174| Komen: 22|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Ulang tahun ke 50 pelakon terkenal Jennifer Aniston disambut meriah dengan kehadiran rakan yang kebanyakannya  artis gred A Hollywood. Tetapi umum terkejut apabila beliau turut mengundang kedua bekas suaminya dan seorang bekas kekasihnya. 


Turut hadir bekas kekasih kepada mantan-mantannya itu. Ramai yang menjangkakan tetamu akan berasa janggal tetapi sebaliknya majlis dikatakan berlangsung sangat meriah.


Kredit foto: Carian Google
Selain kehadiran ramai bintang seperti rakan rapatnya Courtney Cox dan Lisa Kudrow, turut kelihatan termasuklah George Clooney, Amal Clooney, Reese Whiterspoon, Kate Hudson, Cindy Crawford, Robert Downey Jr, Diane Keaton, Jason Beteman, Sandra Bullock dan ramai lagi artis lain.



Kredit foto: Too Fab
Tetapi paling menarik, Jennifer turut mengundang kedua bekas suaminya, Brad Pitt dan Justin Theroux. Justin yang tidak dapat menghadirinya kerana komitmen lain bagaimanapun memuat naik ucapan hari jadi penuh kasih sayang kepada bekas isterinya itu. 


Kredit foto: Instagram
Menurut ramai pemerhati, Jennifer melayan Brad Pitt sama seperti teman-teman lainnya di majlis itu dan mereka tidak kelihatan janggal kerana selalu berutusan melalui telefon. Lebih meriah lagi, pelakon Gwyneth Paltrow yang juga bekas tunang kepada Brad Pitt turut dijemput sama.


Kredit foto: Carian Google
Selain kedua bekas suami, Jennifer turut menjemput bekas kekasihnya, penyanyi John Mayer yang datang berseorangan. Lebih menarik tumpuan, bekas kekasih kepada John Mayer, penyanyi Katy Perry datang bersama dengan tunangannya pelakon Orlando Bloom. Pendek kata sambutan harijadi beliau dipenuhi dengan kehadiran bekas-bekas kekasih dan bekas pasangan masing-masing membuktikan betapa kecilnya dunia Hollywood.


Kredit foto: The Mirror
Menurut seorang wartawan hiburan, ini menandakan Aniston ialah America's Sweetheart sebenar yang tidak pernah berdendam dan bermusuhan walaupun dengan bekas-bekas suaminya. Umum mengetahui Aniston tidak suka mencari gaduh dan mesra dengan sesiapa. 

Bagaimanapun, ada yang tertanya-tanya kenapa bekas isteri Brad Pitt, Angelina Jolie tidak dijemput hadir sama? 


Kredit foto: Youtube
Masihkan mereka bermusuhan? Semoga dendam antara mereka berdua juga akan pudar dan saling memaafkan. -CARI
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote afieyra 14-2-2019 12:59 PM
Okey..malaysia sweatheart dh boleh jemput bekas2 kekasih beliyau di hari jadi nya nanti next year..baru classy ..eheek
Quote None68 14-2-2019 01:02 PM
Omputih apa nak heran..
Quote Sang_Pencinta 14-2-2019 01:03 PM
afieyra replied at 14-2-2019 12:59 PM
Okey..malaysia sweatheart dh boleh jemput bekas2 kekasih beliyau di hari jadi nya nanti next year..b ...

Sapa? Neelopa ke?

Tak berperang ke bekas kekasih yg dah kawin tu ??
Quote kucingitam 14-2-2019 01:21 PM
apa nak heran...el pun jemput bekas kekasih bekas tunang pi makan kenduri kahwin dia pe...
Quote afieyra 14-2-2019 02:08 PM
Sang_Pencinta replied at 14-2-2019 01:03 PM
Sapa? Neelopa ke?

Tak berperang ke bekas kekasih yg dah kawin tu ??

Atoii..malaysia sweatheart neelopa ke you?haahha..igt ctdk..kuikuikui
Iols is ketinggalan
Quote bondeh 14-2-2019 02:10 PM
Heloknya Uncle Brad masa bertunangan dgn Acik Gwyneth. Bad boy konsep helok merecik persis ex bf I dulu {:hooray
Quote misz_sanggul 14-2-2019 05:14 PM
Sang_Pencinta replied at 14-2-2019 01:03 PM
Sapa? Neelopa ke?

Tak berperang ke bekas kekasih yg dah kawin tu ??

maybe Erra n bonus leh jemput si chor gigi sekali

Quote matbad 14-2-2019 05:23 PM
afieyra: Okey..malaysia sweatheart dh boleh jemput bekas2 kekasih beliyau di hari jadi nya nanti next year..baru classy ..eheek

Baru2 ni dia jemput sorang ja ex beliau hahahaha
Quote markonahkota 14-2-2019 05:31 PM
Kak Jen ni tak ageing ke? Maintain je dari dulu.
Quote Gumball 14-2-2019 05:48 PM
dua-dua single..
okey lettew...
Quote RooneyMara 14-2-2019 07:01 PM
Tak faham ngan org putih ni. Kalau msg dah love you B, why la cerai. Tak Cuba nak work on the marriage ke. Nmpk mcm masih sayang Justin tu kat Jen.
Quote RooneyMara 14-2-2019 07:04 PM
Gambar Gwenyth n Brad tu, dua-dua facial feature strong jawline. Such a handsome couple.
Quote Sham143 15-2-2019 10:22 AM
Orang putih open minded..Kalau melayu dah bergaduh dah..
Quote Artemesiaa 15-2-2019 11:27 AM
Mereka lebih terbuka berbanding yang disini sebab tu tak ada masaalah kalau masih kawan walau dah ex
Quote lasagna 17-2-2019 01:31 PM
ahhh meriah plak tgk jemputan majli pibedey acik Jen ni..
bgus lahh gittew ajak semua tanpa rse hasat dengki, kalau artis msia mmg tak laa kan.
Quote runiadreamer 18-2-2019 06:48 PM
apa nak pelik omputih bukan jenis gaduh lama life must go on katanya
Quote lee_sakura 18-2-2019 07:09 PM
mungkin beliau dh lama move on dan anggap ex semua mcm kwn2 je
Quote jeligoreng 21-2-2019 10:40 AM
Dan dia 50 nampak mudaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Quote cempakaa 21-2-2019 12:21 PM
orang putih open minded okay la.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.185817 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top