Lama tidak menjamah cucur pada waktu minum petang, sedap juga kalau dapat dimakan sambil berborak atau menonton drama. Jika anda tercari-cari resepi cucur kembung viral, mari kita cuba resepi sedap cucur kembung ini.
Bahan-bahannya: 1. Tepung gandum - 2 cawan 2. Air mendidih - 2 cawan 3. Gula -3 sudu besar 4. Secubit garam Cara-cara: 1. Gula dan garam digaul bersama tepung gandum. 2. Kemudian, masukkan air panas dan gaul sehingga sebati dan boleh dibentuk. 3. Bagi membolehkan ia mudah dibentuk, sapu tangan dengan minyak sebelum menguli adunan menjadi bentuk bulat. 4. Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan. Dibalik-balikkan ketika menggoreng.
5. Nah! Siap untuk dihidang. Anda juga boleh mengubahsuai cucur kembung ini dengan menabur gula setelah digoreng atau menabur cheese ke atasnya. Selain itu boleh juga menggantikan gula dengan 1/2 cawan susu pekat. Jika anda mahu cecah dengan sambal, seeloknya cucur ini tidak perlu diletak gula. Sedap juga! Eh, nak cecah Nutella pun boleh tau. Apa lagi, cuba lah! Hidangkan untuk minum pagi atau minum petang anda. Selamat mencuba! - CARI
|
MadameOnion replied at 18-2-2019 04:55 PM
kalau letak udang/ikan bilis masih kembung sebegitu rupakah?
jazaa100 replied at 25-2-2019 09:19 AM
Tgok mcm padat je.....
Klu letak baking soda, mgkin lebih sedap....
ADVERTISEMENT