CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Tunggal Tiga Anak Maut

23-9-2013 09:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5626| Komen: 23


Keadaan kereta yang terperosok di bawah treler sehingga menyebabkan pemandunya maut.

BANDAR CHENEH BARU - Seorang jurujual produk kosmetik yang juga ibu tunggal tiga anak maut, sementara rakannya parah dalam satu kemalangan di Kilometer 153.7 Jalan Jerangau - Jabor berhampiran Balai Pemeriksaan Hutan Cheneh Baru, dekat sini, malam kelmarin.

Mangsa, Asbalela Kamarudin, 34, berasal dari Kampung Wakaf Ajik, Tawang, Bachok, Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tersepit di tempat duduk pemandu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa bersama rakannya, Normasliza Makhtar yang beralamat di Flat Buluh Kubu, Kota Bharu, dalam perjalanan dari Kota Bharu menuju ke Kuantan, Pahang.

Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang memandu kereta Perodua Kancil hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah lori treler membawa muatan batu bijih yang diletakkan di bahu jalan.

Berikutan itu, kedua-dua mereka tersepit di tempat duduk masing-masing dan Asbalela yang mengalami kecederaan parah di leher maut di tempat kejadian.

Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Cheneh Baru mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa.

Sementara itu, majikan Asbalela yang enggan dikenali berkata, kali terakhir dia berjumpa mangsa pada Ahad lalu.

Bagaimanapun katanya, mangsa tidak menunjukkan sebarang tanda atau kelakuan pelik.

“Kali terakhir saya menghubunginya pada jam 8 malam bertanyakan lokasinya dan dia memaklumkan berada di sekitar Air Putih, Kemaman.

“Namun sekitar jam 8.30 malam saya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mereka berdua terlibat kemalangan,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam mengesahkan kejadian itu dan menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat sementara rakannya yang mengalami kecederaan parah turut dirawat di hospital sama.

5

Bagus
4

Marah
7

Terkejut
10

Sedih
9

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nonarona 21-9-2013 11:57 AM
innalillah..salam takziah untuk keluarga beliau....semoga rohnya berada dikalangan org2 yg soleh...aminn
Quote juliajie80 21-9-2013 11:59 AM
nak jugak tnya pasai tanda atau kelakuan pelik kannn...

alfatihah..
Quote d-7-0ne 21-9-2013 11:59 AM
kesian anak2 yg masih kcik........
Quote perang_candu 21-9-2013 12:01 PM
tak faham lah.. time hilang kawalan tu, dan dan je ada lori tengah parking kat tepi..
Quote HUHA 21-9-2013 12:15 PM
rakyat terpaksa mati demi proton terus hidup
terima kasih madey kutty
Quote zaiha 21-9-2013 12:17 PM
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
ﺍﻠﻔﺎﺘﺤﻪ
Quote setia00 21-9-2013 02:08 PM
perang_candu posted on 21-9-2013 12:01 PM
tak faham lah.. time hilang kawalan tu, dan dan je ada lori tengah parking kat tepi..

kalau benda nak jadi, tetap akan jadi.
walaupun kita fikir tak logik.

Quote setia00 21-9-2013 02:09 PM
innalillah...takziah buat kluarga mangsa.
Quote prettyuglybabe 21-9-2013 02:19 PM
takziah kepada mereka. kesian anak-anak kehilangan ibu..
Quote Robab 21-9-2013 02:24 PM
Takziah kepada keluarga mangsa dan al-Fatihah kepada mangsa.

Ni ambik dari surat kabo ke?

Quote:
"Bagaimanapun katanya, mangsa tidak menunjukkan sebarang tanda atau kelakuan pelik."
Adoiii...macam baca mastika pulok.
Quote hellyboringe 21-9-2013 02:25 PM
takziah..ajal di mana2 dan bila2 masa saja
Quote harisbee 21-9-2013 02:27 PM
takutnya mesti leher tercucuk apa2
Quote perang_candu 21-9-2013 02:29 PM
setia00 posted on 21-9-2013 02:08 PM
kalau benda nak jadi, tetap akan jadi.
walaupun kita fikir tak logik.

Aku bukan semudah tu nak terima alasan..

Cuma aku suspek kereta ni pi hentam lori parking tepi jalan. bukan hilang kawalan ke apa. dah banyak kali berlaku..

Mata ngantuk tak fokus memacam bule jadi.

Quote setia00 21-9-2013 02:35 PM
perang_candu posted on 21-9-2013 02:29 PM
Aku bukan semudah tu nak terima alasan..

Cuma aku suspek kereta ni pi hentam lori parking tepi ...

mungkin jugak.dia mengantuk + hilang fokus lepastu langgar belakang lori..
tapi mesti ngerikan keadaan arwah...
Quote md_nana 21-9-2013 03:15 PM
Kdg2 bile drive malam, ssh jugak nk perasan Lori tepi jalan..
Quote jojo67 21-9-2013 03:21 PM
takziah....hari2 ada ja kisah kemalangan yg mengerikan....moga dijauhkan dr menimpa kita semua
Quote poyohabis 21-9-2013 03:33 PM
md_nana posted on 21-9-2013 03:15 PM
Kdg2 bile drive malam, ssh jugak nk perasan Lori tepi jalan..

ye betul tu..kalo drive mlm2 mata kene buka besor2...kene alert gan keadaan sekeliling...m'sia patutnye kuarkan arahan supaya seluruh bdn lori tak kisah ler lori pendek ke lori traller ke pasang lamppu di sekeliling bdn lori...mcm jepun buat..baru kita nampak dr jauh...bus2 selalu meriah2 cik kiah gan lampu lip lap2...

Quote yayah8989 21-9-2013 03:36 PM
innalillahh.. ..  .....
Quote sayawifenikmie 21-9-2013 03:40 PM

..  banyak kes terhentam lori yang bersidai ditepi jalan / highway ... tolong lah lakukan sesuatu ....

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.072741 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top