Air Terjun Niagara adalah antara air terjun yang tercantik dan terpopular di dunia. Ia terletak kira-kira 27 km dari barat laut Buffalo, New York dan 120 km dari tenggara Toronto, Ontorio.
Air terjun ini terbahagi kepada 3 bahagiaan yang mana bahagian utama dipisahkan oleh Goat Island adalah air terjun Horseshoe (Canada Waterfall) dan America Waterfall. Berikutnya air terjun lebih kecil iaitu Bridal Veil Waterfall yang bersebelahan dengan Amerika Syarikat dan dipisahkan dari air terjun utama oleh Pulau Luna. Walaupun tidak terlalu tinggi, air terjun ini adalah air terjun paling terpanjang dan terlama di dunia. Lebih daripada 168,000 m3 padu air jatuh dari garis rabung bagi setiap minit dan dikenali sebagai air terjun paling banyak di dunia. Bahkan ia cukup terkenal dengan pelangi indah yang melintas di tengah-tengah air deras. Namun begitu tahukah anda keadaan dan sejarah sebenar air terjun ini pada suatu ketika dahulu? Sejarah awal pembentukan air terjun Niagara bermula sejak 12500 tahun yang lalu, apabila glasier merosot pada akhir glasiasi Wisconsin (zaman ais terakhir), dan air dari tasik besar yang baru dibentuk mengukir jalan melalui Niagara Escarpment dalam perjalanan ke Lautan Atlantik. Tahun demi tahun, pembentukan ini berterusan dengan pembekuan dan pencairan dari Sungai Niagara bersama-sama hakisan yang beransur-ansur. Memetik dari BandNiagara, Air terjun Niagara di jumpai oleh penjelajah Perancis, iaitu Father Louis Hennepin pada Disember 1678. Air terjun Niagara juga pernah dijadikan kubu kuat orang Perancis dan juga adalah sebagai loji janakuasa hidroelektrik. Hari ini loji kuasa di kedua-dua bahagian America dan Canada Falls menghasilkan hampir 2.4 juta kilowatt elektrik. Tahun 1869 Air yang mula mengalir dengan sendirinya America Falls pernah "ditutup" semasa usaha kawalan hakisan pada tahun 1969 Air terjun Niagara yang membeku, tahun 1910 Air terjun Niagara terkini Air terjun Niagara , Canada Waterfall Pelangi yang sentiasa dinanti-nantikan pengunjung Menarik bukan? -CARI
|
5
Bagus |
6
Marah |
5
Terkejut |
6
Sedih |
2
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT